Thursday, February 5, 2009

GHEE HIN & HAI SAN

GHEE HIN & HAI SAN


Di Australia memang terkenal dengan binatang kangaroo. Kangaroo suka buat hopping.Hop sana,hop sini .Binatang tu tak membiak di sini.Yang suka lompat2 ni yang terkenal di sini cuma si katak.Bila suka lompat orang panggil si katak.Dulu ketara sangat melompat ni ialah Sabah,lepas tu Kelantan,dan la ni menular ke Perak pula.Dan orang nak cari katak pun banyak.Bila ada katak mudah tubuh persatuan.Maka kwek,kwek,kwek sana sini.Di srengenge orang guna katak untuk umpan kail,mengail ikan haruan.Mudah dapat haruan kalau guna umpan katak.Di Perak ada banyak kolam bekas lombong bijih.Maka bolehlah orang Perak guna katak sebagai umpan memancing.


Aku mula kenai sejarah Perak bila Ghee Hin an Hai San mula mengganas di lombong2 bijih timah.Kacau-bilau orang Perak kat Taiping,dekat Cangkat Jering tapi jauh sikit dari Behrang . Dari haru-biru itu orang putih ambil kesempatan memerintah Perak.Tubuh negeri bersekutu : Pahang , Perak,Selangor,Negeri Sembilan.Pak hang berak celamor penoh tengah jalan.Orang Melayu putih mata.La ni tragedy yang sama berlaku lagi.Tapi pertubuhan serumpun sedarah melayu pula.Dulu keturunan cina,la ni keturunan melayu.Selalunya bila sesama sebangsa yang bergaduh ,orang ketiga yang akan menang.Ghee Hin lawan Hai San,yang menang orang putih.Melayu lawan Melayu agak2nya sapa akan menang.Sdr. Tajul awai2 dah tewas.Yang melompat tu pun kalau bertanding lagi mampuih tak menang.Gajah juga akan menang.Kan Pahang disebut sebagai negeri banyak gajah.Pahang akan control Perak.Yeop-Yeop Perak bukan bodoh.Demo akan kejor sampai ke lubang cacing.La ni Yeop pun pandai macam orang Kelantan juga.Pandai makan umpan,kail depa tak telan.Cuma katak yang tak pandai pilih , makan umpan dan kailnya sekali.Memang otak katak tak bijak.Kalau mati pun mati katak.Tak dihargai.Tak dak nilai diri.Maklumlah hanya si katak.


Bala katak cukup merbahaya.Dulu zaman Nabi Musa a.s ,katak membawa bala kepada rakyat firaun.Macam2 cara dibuat tak berjaya.Akhirnya kena minta tolong Nabi Musa a.s.Kalau lah katak lompat sana-sini,kita pun kena bersedia.Kerana bahayanya lebih dahsyat dari serangan chikunguya.


Ku Li kata : People will not believe that these crossovers were honest.


HONESTY IS THE BEST POLICY

4 comments:

Leenoh said...

Dari utara menuju ke Behrang.
Singgah sekejap di Changkat Jering.
Kerana menyaksikan pahlawan bersaing.
Pelahab makanan macam Pak Belalang.

Perut diisi tong diusung.
Rakyat rugi tanpa untung.
Rakyat dibuat seperti dilelong.
Dulu janji tidak akan dipesong.

Bahagiakah diri hidup begitu.
Sekejap ke sini sekejap ke situ.
Bermutukah diri berkelakuan begitu.
Tidak ingatkah Allah yang satu.

wassalam.

Unknown said...

Pakatan rakyat bawah pimpinan anwar ini pun pelik jugak. Bila melompat ke PKR tak apa pulak. Tapi bila melompat ke BN tetiba tak boleh pulak, perlu pilihanraya semula pulak. Tak paham aku dengan si anwar and konco2nya ini. Mana2 parti di malaysia tak setanding dengan PAS. Bagi aku PAS sebuah parti yang paling stabil di malaysia. Tak macam YB dari PKR dan DAP yang mudah sangat kelabu mata bila disogok. Dari dulu lagi aku kata PAS tak perlu bergabung dengan PKR dan DAP. Buat malu saja bersekongkol dengan geng2 yang metarial macam ni. Pada election 2004 PAS menang sangat tipis di kelantan berkelebihan 1 kerusi sahaja. Tp mampu bertahan sampai 2008 tanpa sebarang masalah.



PAS FOREVER!!! REJECT PKR & DAP & ANWAR!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Benar kata dikau jalaluddin.
Pas bertarong solo.
Umno pun kena solo.
Baru gentleman.

Pantun leenoh terimakasih.Boleh buat pedoman.

Allahuakbar.

Anonymous said...

grief affect exaggerated assisted finished dashboard demographic zenia inoperative kutch blogsall
masimundus semikonecolori