Saturday, December 26, 2009

KAN KU GOSTAN






INILAH RUMAH IDAMAN KU DI WAKTU TUA BEGINI.BOLEH MEMBAWA LARI DARI KEGELISAHAN HIDUP DUNIA MODEN.DUNIA YANG MENANTI HARI AKHIRNYA.


Di dalam rumah ini,dinginnya lebih nyaman dari aircon.Pelbagai makanan ada di sekitarnya.Yang paling digemari ialah jagong bakar.Nasi berlauk ikan tawar.Di gaul dengan sambal belacan.Berulamkam petai yang juga di bakar........silalah singgah di gubuk buruk impian ku.





KAN KU GOSTAN


Mana ku tau bagaimana nak memulakan.Biasanya beginilah bila aku nak menulis.Ku hanya membenarkan jejariku mengetik di keyboard.Dia akan berlari2 ke kiri kanan ,depan belakang.Aku tak boleh prepare .Just write right away.Hari ni aku merasa kebuntuan dalam diri.Semalam tidoq hamper pukul satu.Mesyuarat di Rumah Anak Yatim,di Banggol Derdap.Siangnya pula ke madrasah Haji Salleh mengaji kitab.Mengaji tauhid.Nak kenai Allah.Dunia la ni berserabut kerana banyak orang tak kenai Allah.Kalau tak kenai depa berani buat apa saja.Berani berasuah,berani membazir,berani menipu.Dan berani juga menjual enjin kapal terbang.Berani buat dunia ni macam pak depa sendiri..haprak punya manusia.Kata guru ku :tak kenai diri,tak kenai tuhan.Depa bertuhankan duit ,depa bertuhankan pangkat.


Sebelum sembahyang jumaat,Tuan Syeikh Yusof Habib Al-Hasani datang ke majlis ilmu.Rasa cukup bahagia sekali.Dapat bertemu dengan keturunan keluarga Nabi saw.Tuan Syeikh ialah keturunan yang ke 16 dari Saidina Hassan.Tuan Syeikh memberi nasihat hamper sejam untuk hadirin yang berjumlah hampir2 1,500 orang.Ngalamunan ku menuju ke Rasulullah bila mendengar nasihat2nya.Menggenang airmata di kelopak mataku.Dunia sekarang sesat sesatnya.Dunia dah hilang pedoman.Dunia,dunia.


Ku rasa kalau boleh nak gostan kebelakang.Nak hidup di rumah lama,Rumah usang.Dalam dunia aman damai.Boleh makan yang tak tercemar.Boleh hirup udara yang tak tercemar.Air parit yang tak tercemar.Boleh aku meminumnya.Boleh aku mengabdikan diri pada Allah sekusyuk2nya.Tanpa gangguan alat2 moden yang banyak memudaratkan hidup manusia.

6 comments:

Leenoh said...

Salam.

Selepas kita baca pasal injin kapal terbang dikebas penyangak bertali lehir, kelmarin pula kita dengar pasal kemalangan yang meragut 10 nyawa manusia.
Semuanya ini menggambarkan kelemahan dan kelalaian manusia, nampaknya manusia itu adalah bangsa kita. agaknya mereka tak perasan yang Allah sedang melihat kita.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam leenoh,

saya dok impi nak jumpa kat gathering nanti.

Tolong tinggalkan nombor h/p.

Ya,manusia dah nak jadi raja dunia.

Pohon Allah kurniakan taufik dan hidayahNya pada kita.

wassalam.

Anonymous said...

Salam tuan,

Once again,the fish rots from its head.
Kelip-pok,kelip-pok,hari ni dah 10hb.Muharam1431.Tak kacau bubur asyura ke?

Anonymous said...

Lawanya dangau ayahanda ni..

Anonymous said...

Jangan la gostan pak cha. But you must go foward.

Unknown said...

salam ayahanda...

indah sungguh pertemuan dgn ayahanda dan bonda semalam... moga takdir membawa pertemuan kita semula di masa akan datang... banyak yg ingin saya dengar dan saya pelajari dari ayahanda sebenarnya... insyaAllah kemudahan yg di depan mata ini akan jadi pengantarannya.