Thursday, December 17, 2009

MUSIM KEMARAU






MUSIM KEMARAU


Dulu masa kecik2 boleh lari laju dan boleh berjalan pun laju juga.Lari2 anak kecik cukup menakjubkan.La ni bila dah tua,umur lebih dari subsidinya berjalan pun seperti rumah usang.Kereot-kereot bunyinya bila saja lantainya di pijak.Tersilap pijak terjereloh masok celah lubang.Gitulah perjalanan hidup seorang insan yang sudah bertambah usianya.


Kini aku mencari kehidupan sendiri.Ku cuba dampingi serapatnya dengan Maha Pencipta.Ku dapat melihat alam begitu baik buat manusia,wajar sangat manusia berbaik-budi dengannya.Nak ambil sesuatu darinya,ambillah.Ambil seperlu saja.Dulu manusia di daerahku saling mencari dan menerima darinya.Saling tau diri dan saling memelihara.Kini manusia berkonflik bukan saja sesama manusia,tapi berkonflik dengan alam dengan lebih dahsyat lagi.Manusia ber’kemarau’ dan manusia ber’musuh’ dan manusia juga me’rogol’ alam di segenap penjuru.Alam menjadi bengis pada manusia.Alam membuat manusia hidup tak senang.Dengan banjirnya.Dengan belahan buminya.Dengan anginnya, taufannya.Dengan gelora2nya di setiap sudut.


Kini di daerah ku ‘srengenge’ hinggalah ke ‘high chapparel’ mula pula musim kemarau.Kemarau mula menyapakan diri.Terik matahari lebih terasa menusuk kedaging.Puncaknya boleh memeritkan rasa.Tunggu bulan januari dan februari.Pada ketika tu matahari betoi2 di atas kepala.Parit dan sungai akan kering airnya.Ikan dan segala hidupannya akan mati kepanasan.Manusia juga akan gelisah.Dapat merasa dari hasilan tangan manusia sendiri.YOU REAP WHAT YOU SOW.

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan,

....dan dalam bulan Januari hingga Mac latihan rumah sukan dijalankan.Bayangkan warga rumah Tumasik, Srivijaya, Bentan dan Langkasuka bertungkus lumus mengadakan latihan di padang sms setiap petang. They got rosy,...rosier and finally roasted. I belonged to Rumah Langkasuka.Selamat menyambut Maal Hijrah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam tuan dan puan,

Let us make 1431 H more insaf tentang hidup dan mati.

Those were the days.I got roasted like charcoal.

Leenoh said...

Salam.

Ikan pun akan mula turun ke sungai, mereka pun tahu bahawa tempat kediaman dan mencari rezeki akan dikunjung sang kemarau, kata mereka lebih baik berundur ke sungai, di sana lebih selamat,

bila laluan tersekat mereka akan melompat,maka tersadailah di atas batas bendang, ada yang selamat ada yang menjadi rezeki manusia dan memerang.

Apapun bila dikenangkan balik masa dulu, teringat sejarah main bola di dalam bendang pada musim kemarau.....memang lasak....itu cerita dulu....cerita sekarang dah terpeleout, dah senget sebelah...he3.