Thursday, February 4, 2010

COVER ALBUM BARU



Hari ni aku tak tulis skrip drama detektif.Hari ni aku exercise sikit.Pagi2 lagi aku dan mak wan buat exercise.Aku cangkul sana sini.Mak wan sapu sana sini.Bila keluar peluh aku rehat sebentar terus pi mandi.Selesai sunat Dhuha pi pekan Sik beli dua bungkus nasi.Satu untuk aku ,satu untuk mak wan.Hari ni tak payah masak.Makan nasi boleh kenyang sampai ke petang. Lepas tu pikiaq lain,apa nak makan.Kueh bakar dari kak as masih ada.Cukup sedap.Hari itu terlupa nak jamu CL dan Nazir.


Berdering telepon.
Hello ,assalamualaikom,sapatu.
Waalaikomsalam,ni ijoi…ayah ker..
Ya,saya ayah.
Ayah ijoi nak pi rumah hari sabtu ni.Ayah ada kat umah ker..
Sila,sila.Ayah ada.Mai lah.
OK ayah,ijoi pi,asalamualaikom.
Waalaikomsalam.

Apa aku nak beri kat ijoi ni.Buah keranji dah habis.Album PDKM pun juga habis.Aku start motor buruk ku,terus ke Sik sekali lagi.Keranji dah tiada.Cuma aku boleh pesan kat kedai printing buat lagi 5 buah album.Kali ni aku buat cover baru.Aku tukar cover gambar makwan dan kakas.Website rakan2 pun terlupa nak setkan…..maaf yer kalau tak tercatit.Cuba tengok gambar cover baru di atas tu.

17 comments:

YB said...

Salam ayahanda,

Terharu, saya punya pun masuk list.

shami2 said...

Salam Ayahanda...

Terima kasih kerna memasukkan blog anakanda dalam senarai.....

Kalau cik ijoi nak pi sabtu tu...waah anakanda pun nak pi jugaklah.... bila masa ..nanti anakanada bagitau ayahanda...

Tulisan ayahanda makin menyentuh jiwa..ringkas dari dalam maknanya...

Ayah Zain said...

Salam Ayahanda,

bukan keluarga tetapi kawan semASA sama kat U dulu. dia dok kg pisang. bapa dia nama yahaya. emak dia, tak ingat pulak.

S said...

salam ayah n mak,

cantik cover baru album PDKM.
yang hari tu lebih spesial dan ekslusif ubtuk mak n kak S.

rindu kat mak n ayah.

kalau sapa2 nak p umah ayah habaq na. kalau ada kelapangan kak S n AM nak p lagi, dpt jumpa dan berborak kat umah ayah.

honey said...

salam ayahda,

sebenarnya sy ni one of blog follower cl, but silent je, tetapi sentiasa mengikuti jugak perkembangan esp. blog ayahda, rasa kagum yang teramat buat ayahda, yelah kebanyakan yg sebaya ayahda tak banyak yg aktif berblog, but ayahda memang sy respek la, cuma sy rasa apabila kita dikelilingi oleh kawan2 jiwa 2 lebih sihat, and bila tengok gambar ayahda, u look young and healty bila ramai insan yg menyenangi kita, alhamdulillah semoga ayahda mendapat kesihatan yg berpanjangan, rezeki yg banyak lagi halal serta keampunan darinya amin

Anonymous said...

salam ayah & mak.

ayah & mak memang romantik..solat sama2 ..ke kebun sama2...ke pekan sama2...makan sama2....hanis doakan semoga ayah & mak sentiasa berada dalam lindungan Allah & sihat selalu....

ayah, sampaikan salam rindu hanis tuk mak ye.... :-)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

kak nab kagum dengan segala aktiviti yg ayahanda & mak wan lakukan. romantik di usia sebegini..bagus. sama2 mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa dalam meniti hari2 yang bersisa ni. kak nab pun dah ke arah tu jugak..

sinomosa said...

Salam Ayahanda,

Bestnya ada album tue..cantik & kreatif ayahanda
Nak order bleh hehe..

ijoi said...

Salam ayahanda

Ayah... susah2kan ayah dan mak pula sediakan itu, sediakan ini. Tak patut anak2 dok buat cam tu no.

Anonymous said...

Yes undoubtedly, in some moments I can bruit about that I agree with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is still a without question as you did in the downgrade issue of this request www.google.com/ie?as_q=cypress sharpridge investments ?
I noticed the utter you suffer with not used. Or you profit by the black methods of inspiriting of the resource. I take a week and do necheg

Leenoh said...

Salam Pak Cha $ Mak Wan.

Saya kagum usaha giat mengikatkan silaturrahim ini.

Nampaknya cikgu pulun sungguh,kalau duk pulun macam ni insya Allah sihat sebab fikiran kita sentiasa berfikir sesuatu yang baik, kerisauan tidak ada ruang utk mencelah.

Pada masa perjumpaan tu saya berada di Kluang, sekarang pun masih di Kluang kerana ada urusan dgn anak cucu.

Saya akan berada di sini sehingga anak saya dapat tukar ke Shah Alam mengikut suaminya yang baru pindah bertugas di sana.

Saya pun macam YB juga terkejut sebab ada nama dalam senarai.

Unknown said...

salam ayahanda ..

ummi selalu gak balik ke utara ni , tp tak tinggal jejak , tak gheti nk tulih apa , ummi tumpang baca aja .

tumpang lalu ayahanda..
Sham kalau nk pik Sik tu habaq ala kat akak sama , kita pi sama2 naaa.

Wan Rusyaini Wan Mohd said...

Salam Ayahanda,

Sedih pulak rasa dan terharu sebenarnya, bila tengok Ayahanda bukukan album dan senaraikan bloggers. Wan kagum pun ada lihat semangat Ayahanda dan Bonda. Sayang Ayahanda! Wan sentiasa doakan Ayahanda, Bonda dan kita semua diberikan hidayah berpanjangan dan dirahmati Allah selalu serta ditempatkan kita semua di Jannah. Amin...

CASA QASEH said...

salam, terima kasih juga kerana address blog anakanda disenaraikan sama didalam pakatan PDKM. Semuga usaha murni ayahanada ini akan menjadi kenangan buat kami semua.

mama ju said...

Saya memamg tapik spring kat ayahanda..banyak idea...

Jumpa lagi...

S said...

salam,
ayah n mak apa habaq? sihat ka.

tenet tak elok lagi ka ayah.
rindu kat ayah tak masuk bolg CL banyak hari dah.

aznaz said...

salam ayahanda,

wahh cantik sungguh cover baru ayah tuh...

waslam