Friday, February 19, 2010

MAKAN TAPAI:DAH PANAS BERTAMBAH PANAZZZZ


MAKAN TAPAI, OHhhhh ! SEMUANYA PANAZZZzzz


Paginya sejuk bila ditiup oleh angin timur.Inilah musim minyak nyiok beku.Kerana dah biasa mandi pagi,menyamankan dalaman badan yang panas.Berkepul2 nampak bagai asap keluar dari badan.Mengikut arwah orang tua ku : Mandi pagi cukup baik,lebih2 lagi sebelum subuh.Ini yang sering aku amalkan.Susah kita nak istikomah dalam hal2 yang kecil dan mudah.Seelok2nya minum segelas air sejuk sebelum mandi.Jangan tanya pasai apa,ini ialah juga sunnah Nabi saw.


Baru saja 11 pagi,tapi suhu dah mula menggigit.Terjahan sebegini dah berterusan sejak 6 hari dulu.Dedaunan sekeliling dah kecut kekuningan dan kerepot.Menunggu hembusan kencang dari timur.Lepas tu habis gugur menjunam ke bumi,macam kita semua sujud sejadah di Masjidilharam.Tersusun indah menutupi muka bumi.Begitu sekali mereka melaksanakan perintah Allah….masyaallah.Tapi yang banyak hapraknya ialah manusia.


Semalam mak bonda ku dah mula membungkus tapai.Pulut susu dibelinya dari Pekan Rabu Alor Setar.Diperamnya selama 24 jam,tapai akan masak.Aku dah belikan air kacang soya ‘drinkho’.Inilah amalan ku bila ada tapai.Sebungkus dua tapai diselamkan dalam air kacang soya berais.Kacau dan minum.Yang belum mencuba , why not make a try.


Dua gelas aku ‘membelasah’. Se jam kemudian aku rasa panasnya.Luar panas,dalam pun panas.But worth a drink.Yang belum aku cuba ialah makan bersama ABC.Why not with icecream yang CL tayang kat kita : just 2 riyals.Tapi pulut kukus di aron cukup lazat di makan dengan aiskrim.Percubaan aku sebulan dulu.


Orang siam suka makan pulut tanak.Kaedah menjaga kulit jadi cantik.Aku tau sedikit sebanyak kerana keturunan ku dari Pattani…..wallahuaklam.


27 comments:

CM said...

salam

doa cm ,ayahanda dan bonda sihat dan sejahtera dalam perlindungan Allah..

di Melaka tapai adalah dessert@pencuci mulut ketika kenduri kawin,

olive oyl said...

salam ayahanda...

ayahanda,daun yg balut tapai ni nama apa ayahanda???anakanda o2 terlupa nama daun ni...

Unknown said...

salam ayahanda...

kalu kat kmpg ummi dulu2 makan tapai dgn air susu ( susu pekat manis ) .

tp kalu yg ada penyakit darah tinggi jgn makan tapai banyak2 .

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda CM,

Terima kasih doa anaknda tu.

Kat kedah pun dah mula dijamu tapai.

Makan dengan aiskrim CL tu tentunya sedappp.Hanis tentu terlioq.

Wassalam.

Azima said...

Salam ayahanda dan bonda,

Moga ayahanda dan bonda sihat2 aje.
Ayahanda..tgk tapai tu mengingatkan saya akan arwah mak.Tapai yg dia buat mmg best.

Tapi..semua itu dah berlalu ayahanda.Tapai air tangannya xleh nak rasa dah.

Sapa yg blum try rugikan ayahanda..best tau.Manis asli tuh..tanpa gula tanpa perasa.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam 02,

dalam gambaq tu daun getah.Sebarang daun pun boleh,biasanya daun pisang,daun keladi.Dengan daun pandan lagi bestnya.

wassalam.

Azima said...

Salam olive oyl,

Tapai tu dibungkus dgn daun getah..betol x ayahanda?kalau tmpat sy,ada jgk yg dibungkus dgn daun pisang.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda ummi humaira,

Kat kawasan rumah anaknda tu,kalau makan dengan air nira nipah cukup bestnya.

Aduhhai sedapnya anugerah Allah.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam AZIMA,

Sesapa pun akan memuji masakan emak sendiri.Yang memikat tu ialah air lelehan dari jejari dan kuku mereka.Ulamak beritau begitu.

Musim panas tapai memikat dan memanaskan badan.Menyihatkan tubuh.Cuma pada sesapa yang tak berpenyakit.

wassalam.

aznaz said...

salam ayahanda..

alahmdulilah....tapai tuh peberet cl yah....memag suka snagat ..arwah mesti buatkan kalau cl teringin...mak teror buat tapai pulut dan ubi...almaklumlah orang melaka...heheheh( aduh Cl dah teringat lahhh)..


waslam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam ayahanda,

semoga ayahanda dah cool down selepas makan tapai. do not take too much!

hmm..dah lama tak makan tapai,last makan hari raya yg lalu.

S said...

salam,

tapai oh tapai....
sedap dimakan ngn nyoq kukoq, susu lembu fresh, ais krim vanila dll.

feberet kak s juga. hik hik.

Anonymous said...

Salam ayah & emak,

Ya Allah...ayah..betul kata ayah...hanis dah dok kecur ayaq liuq dah nie....dok baca n3 ayah dok terbayang.."tapai..air soya..ABC..icekrim kat n3 CL tu"...fuhhh semua sedap..bila baca ke komen terus buat hanis tak tahan dah...macam2 lg keluar...hanis mmg kena p cari kat pasar tani ahad nie...huhuhu..dugaam besar baca n3 ayah kali nie...

Ayah Zain said...

salam ayahanda,

Semoga ayahanda sabar menmpuh musim panas di saing hari dan winter di malam hari.

kat NS, tapai pulut adalah satu kebiasaan semasa kenduri kahwin.

Hari tu kat umah kawan az kat baling ada tapai juag. Tapi az ambil bau sahaja. hehehh. Kalau ABC, AZ tibai

Atikah said...

Salam ayahanda...

tapai nie kalau masukkan dalam peti ais... makan sejuk2 bestnya...

sonata anak kancil said...

Salam Ayahanda & Bonda : amalan ayahanda - mandi sebelum subuh & minum air 0 - memang diamalkan...

Alahai ayahanda....sedap sungguh tapai tu...peberet saya weh...tapai pulut + tapai ubi....kalau pegi rumah kenduri kawen kat sini biasanya ade tapai....saya buat muka seposen...makan 1/2 bungkus! ambik banyak mana boleh...perut dah kenyang dengan nasi minyak...!

olive oyl said...

salam ayahanda...

o2 dah dapat jawapannya ayahanda...bukan daun pisang ,getah dan keladi..tp daun maru..
kat kampung o2 iaitu perlis tapai dibalut dgn daun maru...

kat indonesia ubi kayu dibuat tapai.tapainya dari setongkol ubi kayu tanpa dipotong atau dibalut..makan mcm kita tebu tu ayahanda..

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda CL,

Gathering nanti kita order tapai.
Banyak rakan PDKM minat tapai.
Hanis meleleh2 ayiak lioqnya.
Usus kena tip-top,kerana panasnya menggiler.

Berat badan dah turun ?
Banyak doakan utk kesihatan diri,semoga mudah beramal ibadat.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam Hajjah zainab,

Insyaallah boleh cool down.
Penawarnya ada......ayiak nyiok.

Thank you beri peringatan.
Doakan selamat semua sekeluarga.

wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam kak S ,Abg Megat,

Pastikan buat dengan pulut susu.
Nyiok kukoq separuh muda best Kak S.

Makan dengan nira nipah lagi uummmpphhnya.

salam dari ayah/mak.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam anaknda Hanis,

Dah disangka Hanis memang suka.
Jangan makan dengan daging...nanti meletop lubang telinga.

Gathering nanti kita suruh Kak S buat.Makan dengan nyiok kukoq.

salam Ayah/mak.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Salam Ayah zain,

AZ kena pantang tapai.
Kesihatan lebih bermakna dari kepuasan.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam atikah,

Betoi makan yang diperam dalam freeze memang enak.

Masokkan dalam ais di sagat.Enaknya.

wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anaknda sonata,

Minum air sebelum mencuci mulut tu amalan Nabi saw.Ia bukan najis.Yang jadi najis tu bila keluar dari mulut.Orang panggil ayiak lioq basi.

Begitu juga air kencing dan najis di dalam perut,bila keluar baru dianggap najis.

walahuaklam.

safiudin said...

salam ayahanda,

alhamdulillah, sedapnya.

betul tu CM..

Kak Sidah said...

Salam Ayahanda,

Tapai memang sedap tapi jaga2, sapa yang ada penyakit tu..

Kat tempat saya pun tapai dibuat dalam daun getah juga, bila kenduri kawin mesti ada di hidangkan..best..

S said...

salam,
ayah n mak, waalaikumsalam.

mana nak lawan tapai yg mak buat.
manis macam wajah mak .