Monday, July 5, 2010

HARI NI TETAMU KU IALAH.............

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Cikgu Ya Leman dan isteri datang petang tadi............lama dah tak berjumpa.........Mak Wan pula tiada di rumah.........Kalau ada tentu boleh makan something........ataupun kalau balik awal tentu Mak Wan membeli sesuatu.............tapi depa balik lebih awal,selepas tu baru Mak Wan balik dengan popia basah dan putu buluh......depa tak dak rezeki..........rezeki ku sorang.
Cikgu Ya masih ceria dan sihat.......kami berkawan sejak kecil lagi.Kami bersunat sama2 sehari.Cikgu mempunyai sejarah tersendiri sebagai guru.Semasa menjadi pengetua di sekolah menengah gulau,hampir2 2 tahun dia terpaksa berdepan dengan makhluk2 halus.Sekolahnya setiap hari diserang oleh hysteria.................berbagai peristiwa ngeri yang berlaku.........lebih dari seratus bomoh menolong memulihkan keadaan................akhirnya Allah perkenaan permohonan mereka............nilah sejarah terbesar hysteria berlaku di Kedah...........kesabaran nampak tertulis di wajahnya.Kami berbual panjang.Banyaknya cerita dulu2...........Mak Wan belum juga sampai.
Ini gambar isteri cikgu Ya...........dia batuk2.......aku berikan petua untuk berubat........bunga belimbing buluh di campor dengan gula batu dan air.......bubuh dalam cawan......dimasukkan dalam periok nasi selepas mendidih.....tutupkan periok.......biarkan sampai nasi masak......dan gula batu larut dalam air dalam cawan............selawat dan mohon pada Allah.........insyaallah di perkenankan.................tu bunga belimbing di tangannya.


Dah pasti nak bergambar juga dengan Iskura ku.......cikgu Ya dulu pun pernah memiliki iskura.Tapi dia dah jualkan lama dulu.........dia punya berwarna hijau........memang kami orang Kedah minat hijau dan kuning............mai oh mai,mai ke negeri Kedah.........kami banyak beras....jamu nasi dalam kawah.
Salam melebar senyum..............srengenge biasa membuat bendang dan menanam padi.



2 comments:

sonata anak kancil said...

salam ayahanda ...dari iras2 wajah itu jelas masih sihat walafiat...semoga sentiasa sihat walafiat

mama ju said...

Salam ayahanda

Wah petua tu bagus...nak perturunkan dekat anak2..tkasih.