Monday, August 23, 2010

EN ARUNASALAM SPONSOR ANAK2 RG BERBUKA POSA

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Hari ni RG dapat sponsor berbuka posa dari saudara Arunasalam.Dah 8 tahun berturut2 saudara Arunasalam sponsor berbuka posa untuk RG......terima kasih Saudara Aru.Makanan di tempah dari Nasi Kandar,Sungai Petani.
Inilah wajah saudara Aru,seorang yang budiman berhati mulia....setiap tahun anak2 yatim RG bersua bersamanya berbuka posa......tapi tahun ni dia hanya datang bersama keluarganya.Tahun2 yang lepas emak Aru turut sama meraikan berbuka posa.....tahun ni mungkin tak dapat hadzir............pohon Allah memberi petunjuk kepada Aru sekeluarga.

Saudara Aru dan isteri sendiri yang menghidangkan juadah kepada semua..........dia tak mau AJK menghidangkan makanan...........'kamu semua letih,biar aku dan isteri tolong.Sat lagi kita makan bersama,bila masok waktunya.'
Susah nak cari satu dunia,orang macam si Aru ni.............payah nak jumpa
Bau aroma masakan gulai ayam Nasi Kandar ni menyucuk setiap lubang hidung....mengiorkan.



Ni adik Mat Rafi bermain mesra dengan anak2 saudara Aru........hang boleh cakap tamil ke Mat Rafi ? Hang kelentong boleh la............




Terlior melihat hidangan yang disediakan Aru dan isterinya...........Nasi beriani,gulai ayam,telor rebus,somtam (kerabu pattani),tembikai,buah korma,kuih-muih ,agar-agar........yang aku geram cucur-badak tu dan popia goreng.





Mak Wan bersama isteri Aru ( aku pun dah lupa namanya ) dan anak2nya.






Jangan makan lagi belum siap.......... Pak Cik Aru nak hidang...........berdoa menunggu masa berbuka cukup mustajab.







Masa dah masok.....selepas berdoa.....masing2 makan. Saudara Aru dan keluarga turut meraikan hadirin berbuka posa..................tambah jangan tak tambah.Kalau panjang umur boleh jumpa lagi di tahun depan..........Aru dah tempah tarikhnya awal lagi.
Salam melebar senyum................srengenge paham hidayat cuma di tangan Allah.







4 comments:

KotaStar said...

Ya sungguh terharu melihat saudara Aru dan keluarga melayan anak-anak kita. Semoga menambahkan rezeki kepada semua baik Aru, Pak Cha dan Keluarga serta Rumah Gemilang.

Ummi Humaira said...

salam ayahanda..

mudah2an Allah buka pintu hidayah buat en Aru n family dia...

seronoknya anak2 tu bulan puasa ni kan, ramai org meraikan mereka... teringin ummi nk kesana , insyaAllah suatu masa yg terdekat kot...

YB said...

salam ayahanda

Ini baru satu malaysia tulin. Moga mereka mendapat hidayah drpd Allah. Amiin.

rezeki said...

salam ayahanda

alhamdulillah, moga hidayah dr Allah menjemputnya nanti dalam mengenali dan memeluk islam, insyallah

rasa familiar sgt dgn nama arunasalam ni hehe