Friday, August 6, 2010

PERSIAPAN RAMADHAN

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Orang Melayu akan giler makan bila tiba Ramadhan....serba mak nenek direka untuk nak makan.........marilah kita sedar hakikat berpuasa.Seelok2nya ikutlah cara Rasullah makan.Jagalah adab2 makan.Apa nak makan,dan bagaimana nak memakannya.Bukan semua boleh dijolok ke dalam perut.


Akan aku senaraikan cara berdiet Rasullah.Akan ku senaraikan dalam beberapa N3 ku selepas ini.

ENTRY 1

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Jangan makan buah bersama susu: - dalam erti kata lain koktel. Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

akan bersambung..............selamat menyambut Ramadhan dengan selebar senyum

2 comments:

S said...

salam ayah,

jom kita betulkan yang biasa.
dana biasakan yang betul.

Ummi Humaira said...

salam ayahanda...

teruskan N3 tersebut , kami sentiasa mengikutinya....