Sunday, August 15, 2010

PETAI OH PETAI

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Tahun ni petai cukup menjadi.........kerana orang perhilitan mengambil perhatian tegas membasmikan musuh segala jenis buah.......yaitu monyet.Cuma babi yang depa belum membuat kata putus.


Masyarakat aku cukup cinta pada buah petai.Kami makannya sejak sebelum merdeka lagi.Di waktu itu orang melayu di bandar belum sanggup memakannya.Orang cina jauh sekali.

Semasa tinggal di asrama sekolah inggeris dulu puak kami dari Sik di cemuh kerana memakan petai....pernah kami membawa bekal pergi kesekolah.......marah depa....busuk...orang ulu.Dan kami diberi amaran supaya jangan membawa petai..........salahnya kami juga,kerana tak curah ayiak banyak2 selepas membuang air.


Kini memakan petai cukup glamour.Bila membeli pun tak dibungkus lagi.Boleh tayang bermegah.Semua anak cucu ku digalakkan makan petai.Dia ada khasiatnya tersendiri.Yang mentah tu boleh makan bersama kulitnya.Tentang memasaknya semua orang dah tau...cuma yang belum buat kek buah petai,belum ada orang mencubanya.Keluarga aku di Pattani buat jerok petai berguri2.Biasa saja kami makan dengan pulut bersambal.


Tahun sudah aku bawa petai pi Makkah,bawa masok Al-Shafwah kebilik CL 728.Sebahagian lagi aku buat makan semasa di sana.Berbuka posa dengan korma,makan nasi dengan masakan sambal petai campor daging unta ataupun kibas.Sedappppp.Tahun ni aku di sini dengan petai diatas tu..........nak jerokkan sebahagiannya....untuk makan dihari raya bersama pulut lemang panas dan kopi O asli.
Salam melebar senyum.........srengenge 'taik' petai.

14 comments:

Ummi Humaira said...

salam ayahanda...

salam Ramadhan dan selamat berpuasa..

arwah tok ummi buat sambal petai tu , cuma dikikis kulit luar yg hijau tu saja , pastu rendam sekejap n hiris 1 cm .
buat sambai tumis dgn udang , makan dgn nasi panas2 ...

wassalam

Atikah said...

Salam Ayahnda...

Cantik mata petai tu...

rosli said...

Salam Ayahanda,

Geram tgk petai tu, mata dia besar2, mesti sedap, bau dalam toilet belakang kira. Saya memang peminat petai. Petai celor pun sedap, sambal tumis pun sedap , kalau makan mentah pun saya suka. Pembuka selera

Rozali said...

Salam Ramadhan Ayahanda

enak dimakan begitu shj
he he

Wassalam

Kak Sidah said...

Salam Ayahanda dan bonda,

Saya suka petai..cantiknya petai tu, kalau rumah ayahanda dekat memang saya dah dtg ambik..buat jerok sedap.

Selamat berpuasa pada ayahanda dan bonda sekeluarga..salah silap mohon maaf.

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,
Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa,
Satu ketika dulu,saya pernah seludup petai mentah ke UK (Leicester} untuk anak dan rakan2nya.Hari itu,semua masakan mereka berperisa petai.Yang seronoknya,toilet tempat mereka menuntut pun berbau petai.
Masih teringat cerita tuan menghantar petai kepada rakan di US,harga postage lebih mahal berlipat ganda daripada haraga petai."What is the....."

PINATBATE said...

Salam Ramadhan ayahanda
saya pun peminat tegar petai,boleh makan petai macam makan kacang..lepas sebijik..sebijik..ekeke..
cuma bila makan petai waktu berbuka mestilah dengan adab sopan dan tatacara yg betul..takut nanti orang sebelah pening lalat masa solat terawih..mulut ada bauuu..haha!

NGINAP SRENGENGE said...

salam Ummi,

Tak payah kikis kulitnya,tinggi klorofilnya.

Goreng kicap dengan daging kibas.....uuummmmmphhhh

Wassalam.selamat berposa.

NGINAP SRENGENGE said...

salam Atikah,

Selamat berposa.
Dekat raya ni tentu sibok.
Tempahan dah tutupkan ?

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

Salam Rosli,

rupa2nya sama la kita ni.

Jarang jumpa orang geram kat petai.

Wassalam...selamat berposa

NGINAP SRENGENGE said...

salam Rozali,

Ayah pun minat makan mentah2 bersama kulitnya.

Wassalam...selamat berposa.

NGINAP SRENGENGE said...

salam Kak Shidah dan Abang Zaks,

Kalau dekat semua boleh jadi.
Selamat berposa.
CL kita dah siap visanya ?

NGINAP SRENGENGE said...

salam anonymous ( Pak Lah/Kak Timah),

Aduh Anas pun minat petai juga ?
Kamil pun sama agaknya.

Rupanya cerita petai dah lama bermula......petai dari Sik ni dah menjelajah seluruh dunia......di amerika kekawan sahabat panggilnya chain-beans.....buah yang tiada isinya,only ada bijinya.

Selamat berposa....kalau dok Penang ni tiap2 petanglah berbuka dengan pashembor.

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda Pinatbate,

Waalaikomsalam.

Oh satu geng rupanya.

Berbuka makan ringan saja.Kalau tidak tak larat nak teraweh.

Lepas teraweh baru balon sakan.

Wassalam....selamat berposa.