Tuesday, July 19, 2011

APA ISTEMEWANYA BERAHIM ALI

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.

“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.

Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.



NONE

1 comment:

Aki44 said...

Salam Ayahanda,

Biaq pi lah. Sesiapa saja yg korup, penjilat, haramjadah boleh dianugerahkan sbb yg memberi pun korup, penjilat dan haramjadah jugak.