

Cuma merakamkan 'homecoming' dari BERSIH 2.....9 Julai 2011
Letih dan penat berbaloi
Demi untuk Malaysia
Untuk generasi akan datang
Supaya tidak tertipu lagi
Dengan cintakan dunia tanpa had
Oleh firaun2 moden
Hamam
Dan qorun
Aku sejahteraAku bangga
Kerana masih ada lagi
Seribu Pak Samad
Seribu pemimpin yang ada teloq
Beribu2 anak muda
Berani meharungi gas pemedih mata
Mereka paham secebis rasa
Kalau dibandingkan dgn api neraka
Demi masaBerjuang dengan ikhlas
Allah akan insyallah berikan
Benda yang tak diduga
Di sambut warisanSyukur BERSIH berjaya
Biar apa mereka kata
Haprakkan lidah mereka
Mungkin bercabang tiga
Kata SN Pak samad : mereka bertelinga satu,berlidah dua

Dunia tak sebesar mana
Kuasa tak sehebat mana
Berjuta ringgit pun tak sebanyak mana
Tengok di kiri kanan ku
Kamera dan laptop
Itulah dunia
Dapat ku genggam ke mana2
ADIOS
1 comment:
Assalamualaikum Ayahanda
moga Allah memberi SyafaatNya kepada Ayahanda dan seluruhnya (tak kira warna apa yg dia pegang) yg menegakkan amal makruf nahi mungkar
Takbir
Allahuakbar
Al-Baqarah : 254
Artinya: Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah di jalan Allah sebagian dari rezeki yang telah Kami anugerahkan kepada kalian sebelum datangnya hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli, persahabatan, dan syafaat. Sedangkan kaum kafir, mereka adalah orang-orang yang zalim.
Wassalam
Post a Comment