Thursday, July 14, 2011

JANGAN BIAR ROSMAH JADI SOMBONG



Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cawangan Pulau Pinang berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinKetua SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga US$24.4 juta (RM73 juta) itu bebas daripada dikenakan cukai import. Menurut Badrul, yang popular dengan panggilan Chegubard, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai“Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalaui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Harga barangan itu diletakkan pada US$24,458,400, dakwanya. Antara maklumat tertera pada cetakan komputer itu adalah: Nama Barangan: Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond Nama Pengekspot: Jacob & Co dari New York Nama Pengimpot: Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee Tarikh Impot: 6-04-2011 Tempat Impot: KLIA Sehubungan itu, Badrul menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.





1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah... ramai lagi rakyat negara kita yg perlukan makan utk hidup dan terabai. Celiklah sikit wahai insan sekelian....:(