Friday, January 5, 2018

JERKAHAN YANG KELUAR DARI NOVEL SHIT






Melalui novel ni, Shahnon menggambarkan PukiMak atau PM sebagai seorang ahli politik yang mempunyai sikap negatif. PM juga digambarkan sebagai ketua yang ada kuasa dominan, tanpa ada sesiapa pun yang berani bersuara. Jadinya, PM buat apa saja untuk kekalkan kuasanya....QUOTE; soscili
… ahli sejarah menggelar ku sebagai PukiMak. Tentu saja panggilan itu bernada jerkahan dalam perasaan panas baran tapi aku tidak ambil kisah sangat. Dalam seruan kemarahan itulah aku terkenal dengan nama julukan Shit! Aku terkenal dengan nama julukan PukiMak! Lebih terkenal lagi dengan nama kependekan nama jilikan pm!” – Petikan dari novel Shit.
“Novel ‘Shit’ dibakar, dijual secara haram, ditipu jualannya dan banyak menerima bayaran melalui cek tendang. Kawan kini menjadi lawan. Kebanyakan mereka dulunya nampak jujur dan alim, tiba-tiba kerana ‘Shit’ mereka jadi penipu dan saling bermusuhan sampailah sekarang. Hutang beratus ribu pun langsung tidak berbayar.” – Shahnon Ahmad, dipetik dari buku: Setitis Embun Semarak Api.
Kerajaan tidak perlu mengharamkan novel SHIT dan menarik balik anugerah Sasterawan Negara, Datuk Profesor Shahnon Ahmad kerana SHIT adalah shit, kata Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Zainudin Maidin.
Beliau berkata, persepsi manusia yang telah melalui evolusi dan revolusi peradaban sejak turun-temurun tidak pernah menukar persepsi dan penilaian mereka terhadap shit kecuali segelintir manusia yang terpesong daripada tamadun kemanusiaan itu sendiri
Pada ketika-ketika tertentu, penyesalan kadang-kadang melanda hati. Mengapa gerangan aku boleh terjebak dalam jaringan politik murahan begini? Apakah hanya melalui penglibatan secara langsung dalam kancah politik, baru boleh mengecapi pengalaman itu?” – Shahnon Ahmad, dipetik dari buku: Perjalanan Ku Sejauh Ini.
Allyarham Tun Abdul Razak pernah menggelar Shahnon sebagai Victor Hugo Melayu, kerana keprihatinannya terhadap keperitan dan kemiskinan petani-petani Melayu. Rakan sedarjahnya, Kassim Ahmad pernah berkata: Shahnon seorang penulis. Beliau bukan ahli politik.
“Mengarang tidak lagi main-main dengan kata-kata… Mengarang harus mempersoalkan keadilan dan ketidakadilan dalam masyarakat… juga perlu mempersoalkan keganasan dan keamanan, rasuah dan penipuan dalam masyarakat, pembohongan dan korupsinya para pemimpin,
… dan kalau perlu mengarang perlu berani mendedahkan segala kepalsuan supaya masyarakat terbanyak tahu segala pembohongan yang sedang berlaku.” – Shahnon Ahmad, dipetik dari buku: Perjalanan Ku Sejauh Ini.

No comments: