Wednesday, January 3, 2018

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 91....HILANG SUDAH PAYAH DIGANTI




Di Kampong Banggol Derdap musim bergabong diatas pemergian Shahnon Ahmad masih berjalan...........majlis doa selamat di adakan di surau dan rumah keluarga terdekat.Kami tidak tinggal dalam satu kelompok seperti dulu........orang2 luar sudah banyak memasuki daerah kami,termasuk penduduk keturunan china.......ada 4 buah taman penduduk ( Taman Pelangi,Taman KEDA,Taman Kiara dan Taman Che Lah)......ada orang luar membuat rumah di tanah kami........ada Rumah Anak Yatim,didirikan diatas tanah nenek-moyang yang dipindah-milik oleh pihak berkuasa.......bendang tanah nenek-moyang kami juga pihak berkuasa menimbus dan dirobek untuk orang yang berada membelinya......dibuat kilang ,kedai dan supermarket ......seluruh pekan Sik baru sekarang terdiri di atas tanah nenekmoyang kami( ada Bangunan Tabung Haji,ada TNB)...........susahpayah nenek moyang berpindah dari Pattani ,membina sebuah tempat tinggal yang cantik dan comel habis hilang dalam sekecip mata...........memugar tanah bendang dengan keringat dan tulang 4 kerat mereka............kami bangsa dari orang pelarian....mangsa dari kekejaman pemerintah yang misgoverned.......rata2 kami dari keturunan Wan Ibrahim Mekong.......anak2nya Wan Abd Latif,Wan Mas,Wan Miring,Wan Aminah dan Wan Fatimah membawa nyawa dan diri berlari ke sini,kemudiannya berselerak di Sik Baling Gerik dan Perak di Batu Kurau di Taiping ,dulu didaerah Bendang Siam........Kami pun dah tak kenal sesama sendiri.........cuma boleh buat pengecaman dari loghat bahasa kami.........Kerok-pekot dan kerenyeh kerising ( karya Bang Wie).
Habis terkikis,tumpas lampus dan kini aku cuma memiliki seinci dari tanah generasi dulu........aku dah masuk generasi yang ketujuh , dan aku cuma kenal Chey Lateh ( A Latiff namanya) ,dan tanah yang aku berpijak sekarang adalah menerusi miliknya.........aku berdoa moga dari keturunan aku dapat mempertahankan tanah ini.
Mullah2 beserta Chey Lateh yang aku masih ingat ialah Chey Tek,Chey Che Teh,Chey Che Hat,Chey They,Chey Debasa, Chey Hamad ,Chey Musa,Chey Putih,Chey Sahak , Chey Poseng,dan.........moga Allah anugerahkan mereka kecintaanNya sepenuh-penuhnya.
Dan arwah Shahnon Ahmad semoga dapat bertemu semula dengan arwah2 yang dulunya beliau pernah bersama memukat ikan di baruh , menjala di sungai chepir , menciding pelandok di bukit srengenge dan bersilat pulut di gelanggang Awang Ahmad Che Teh.
Itulah perjalanan hidup,mohon Allah meredhoi kita semua.
Gambar Haji Ahmad Haji Musa,sekarang 102 tahun......Mantan Pengerusi Ikatan Ibrahim Mekong .

No comments: