Thursday, January 4, 2018

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 94....TOK GURU DAN SEORANG PROFESSOR ( SAMBUNGAN 3)




Seiring Tok Guru mendapat laluan mudah dalam merealisasikan Islam......ilmu yang dimilikinya sudah cukup untuk membawa masyarakat mengaplikasikan dalam hidup seharian.........bila arwah didampingi oleh Ustaz Fadzil, presiden PAS , bermulalah cita-rasa politik terbenam di hatinya........dia berjinak2 dengan PAS ,yang belum ada parut2 penyakit demokrasi warisan dari Namrud dan Firaun.......arwah kemudian dicalonkan sebagai DUN ,tapi kalah dalam pertandingan.........alhamdulillah.......aku bersyukur dia kalah,kerana tak mau arwah bergelumang dalam politik yang virus menularkan kekejian , kebinatangan,keiblisan dan kesetanan . Sepertimana Zainuddin Maidin pernah berkata kepada Professor semasa bertanding mewakili PAS dalam PRU.......QUOTE "
"Bezanya antara Shahnon dengan saya ialah beliau mengenali haiwan, iblis dan syaitan dalam kalangan manusia setelah menyertai politik tetapi sebagai wartawan saya telah berpeluang lebih dahulu mengenali haiwan dan syaitan dalam politik sebelum menyertai politik.".............dan Tok Guru pun belum lagi kenal kebinatangan,kesetanan dan keiblisan tersebut.
Kedua-dua tokoh ini masing2 minat beriadah mencari dan menangkap ikan darat dan laut.......memukat,memancing,menjala menjadi kegemaran mereka....hasilnya di bedak-bedak kepada jiran........Professor pula ada hobi menembak........di Bukit srengenge dia sering membawa senapang bersama kawan sekampong Mahmud Sudin .........pernah satu ketika semasa dia menerima latihan askar balik ke Banggol Derdap bersama kekawan dari Kolej Sultan Abdul Hamid ,termasuk Almarhum Tunku Abdul Halim menembak tupai.
Tok Guru dan Professor ialah milik rakyat.......milik Allah Azzawajala..........
Gambar Asrul Sani dan isteri anak professor

Tunjukkan lagi reaksi

No comments: