Thursday, January 4, 2018

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 93.....TOK GURU DAN SEORANG PROFESSOR ( BERSAMBUNG 2)




Kedua-dua mereka berjuang dalam hidup mereka untuk Islam.......Tok Guru dalam pengajian harian dan mingguan......di hari minggu (Jumaat) hampir mencecah 2 ribu pelajar........arwah Tok Guru tak terikat dengan mana2 NGO......dia bersendirian , tanpa gaji......dari harta peninggalan Haji Musa dia gunakan untuk memberi makan kepada pelajar2nya di bulan Ramadhan.
Bapak professor pula merancang gerakan Islam dalam penulisannya........satu ketika menjadi polimik antaranya dengan kawan sekolahnya Dr Kassim Ahmad dalam isu kesusasteraan Islam........dia mendekati Islam dalam pelbagai wadah......dia joined Al Argam , dan bersahabat baik dengan Abuya Ashaari........akhirnya dia tinggal Argam kerana sesuatu yang dia tak meyakinkan,selepas itu Argam diharamkan.......dia mendekati PAS sehingga dia bertanding dalam PRU.......menjadi MP Kawasan Sik.........dia kecewa ketika berpolitik , dia dah dapat melihat haiwan setan dan iblis dalam berpolitik........Sahabatnya Zainuddin Maidin berkata ,Quote :
'Bezanya antara Shahnon dengan saya ialah beliau mengenali haiwan, iblis dan syaitan dalam kalangan manusia setelah menyertai politik tetapi sebagai wartawan saya telah berpeluang lebih dahulu mengenali haiwan dan syaitan dalam politik sebelum menyertai politik.'
USM diatas keyakinan terhadap professor tentang Islam yang dibawanya melantik professor memimpin Pusat Islam USM.......professor tak memberi peluangnya menentang kezaliman,satu warisan dari zaman Namrud dan Firaun.

No comments: