Thursday, January 18, 2018

MEMOIR FUTURISTIK EXTRAORDINAIRES NO. 1....AL MUKADIMAH


Dengan nama Allah ,99 semuanya
Insyaallah akan ku mulai eksperimenku ke alam futuristik ......satu alam yang tidak sesapa pun pernah menjejak kaki ,kecuali Nabi kita saw.........ini cuma igauan ku dan ngelamunan membawa perasaan dan ide2 yang aku sendiri reka-rekakan.......ia bukan ada kebenaran , cuma hasutan nafsu yang meluap-luap bencikan kerenah2 kebinatangan manusia di akhir zaman.Aku cuba lari sebentar mengeksploitasi di dunia yang future yang maha luas........tidak pernah dilihati dirasai ataupun diimpiankan.......jadi kerja yang ku buat ni ialah kerja orang gila...........
Aku sebenarnya tak berani menerjah keluar , kerana ilmu ku cukup cetek.........dunia future seperti yang dikata,sangat luas........aku kena tiru gaya P Ramlee , ZAM ZAM ALA KAZAM.....itulah ceritanya yang mudah dipahami.........aku tak boleh pergi jauh,kerana minyak sekarang mahal........takut perjalanan ku terputus,dan aku akan jatuh.........tiada ada stesyen minyak petron di luar sana........
Sesekali pikir aku tak mau buat eksperimen ini........kerana di bumi saja sudah ada 4 buah kerajaan Jin........di laut pula ada 7 buah kerajaan Jin........dan seperti yang terhurai dalam kitab2 ada lagi 7 buah kerajaan Jin di angkasa.........Yang lainnya ialah milik Allah ....wallahuaklam........ini pun kita tak larat memikirkan segala selok-belok dan beberapa banyak lagi kemungkinan2 yang akan tersua di hadapan kita..........menakjubkan,menakutkan , ngeri,seram dan jasad kita akan hancur luluh..........manusia dari unsur tanah.tanah akan hancur berdebu.........
Sesekali rasa takut.........tapi bila takut menghampiri diri........semua kerja tak jadi......bila telor sudah kecut ketakutan ,nafsu ghairah tercabut.......kelazatan habis terkikis,tumpas lampus.......umpama makanan tiada ada masinnya , tiada ada manisnya , tiada ada masamnya.........semua tiada......
Jadi aku cuma mengambil penjelajahan yang dekat........a thousand miles journey begin with one step......aku teropong , aduuuuh hebatnya, waaah luasnya ........gayat rasakan tapak kaki ku ,bila nak mula menghayunkan langkah........aku minum setegok air zam-zam untuk menghilangkan ketakutan dan mengembalikan semangat wajar.........apalah nak dibangga2kan dengan ketulan balak berlori2,banglo yang berseri2,wang berbilion di dalam peti,...........bila kita mengjengok keluar........ia bukanlah misteri ..........dunia cuma daki2 yang tercalit dicelah2 kuku , itulah bandingannya.

No comments: