Sikap dan sifat 2 orang professor orang putih inilah memertabatkan SN Shahnon Ahmad unggul ke akhir hayatnya.Pandangan futuristik mereka berdua ternampak benih sastera penulisan yang dibawa Shahnon akan menjadi sepohon rendang,kalau dipupuk dan diasuh dengan baik.
Dengan beberapa buah cerpen berserta dengan novel Rentong dan Ranjau sepanjang Jalan (mengetengahkan kemiskinan rakyat) dan Terdedah ( mengeksploit kebinatangan manusia dengan seks ) , 2 orang professor ini telah dapat melihat bahawa SN Shahnon adalah potential writer dalam perjalanan yang sempit.Mereka berdua telah membuka jalan yang luas untuk Shahnon berkarya.
Harry Aveling yang pernah datang in person ke Banggol Derdap mengambil langkah menterjemahkan Ranjau Sepanjang Jalan ke bahasa inggeris.Selepas itu diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain,seperti Russia dan Jepun.Professor A H Johns pula meminang Shahnon untuk ke Australia menjadi seorang penyelidikan Kamus di Australian National University.Shahnon waktu itu mula membuka matanya lebih jauh.Menulis dan menambah ilmu.Kerana pada waktu itu Shahnon hanya memilki Cambridge Certificate gred 3 dan sijil perguruan TEVS ( Teachers of English in Vernacular School).......
Kesempatan yang dia dapat dipergunakan sepenuhnya.Kerja kerja kerja.Menulis menulis menulis.Belajar belajar dan belajar.
Kerja,Menulis dan belajar berjalan seiring dalam hidup dengan pendapatan yang tak lumayan.Ongkos dari hasil penulisannya ,terutama menulis cerpen turut membantunya hidup bersama keluarganya di Canberra.Banyak cerpen semasa ditulis di Australia melihat kemantapannya dan Shahnon mula terkenal di Tanahairnya sendiri dan di luar sana.
Kerja,Menulis dan belajar berjalan seiring dalam hidup dengan pendapatan yang tak lumayan.Ongkos dari hasil penulisannya ,terutama menulis cerpen turut membantunya hidup bersama keluarganya di Canberra.Banyak cerpen semasa ditulis di Australia melihat kemantapannya dan Shahnon mula terkenal di Tanahairnya sendiri dan di luar sana.
Orang putih tak seperti orang kita........mereka nampak dan meneropong ke masa depan.......kita tidak sebijak itu......PHD kita pengkhianat hasaf dengki terlalu menebal dalam diri.......orang cerdik kita pancong awal2 lari........terutama dalam dunia politik..........ambillah mesej dari cerita Singapura Dilanggar Todak.
Tabek kita kepada Harry Aveling dan A H Johns.
No comments:
Post a Comment