Mullah TA seorang wira menentang penjajahan Belanda di Sumatera Utara.......tahun 1929 TA terpaksa membawa diri lari dari Paya Pasir dengan sebuah bot memintas Selat Melaka apabila pihak Belanda memerlukannya dead or alive........cekal dengan semangat TA selamat mendarat di Pantai Remis,Perak.......beberapa hari tinggal dalam hutan,kemudian muncul menumpang dengan seorang perempuan tua yang baru kehilangan seorang anak.........hidup menjual kayu api secara murah-murahan.Kemudiannya membawa diri ke Sungai Petani.
Mullah TA seorang yang berpelajaran terpisah dengan keluarganya ,tanpa siapa yang tahu,mempunyai 4 orang lagi adik2nya.....Be'ah , Ja'il , Amah dan Bapak Djana ......diatas kepintarannya TA dapat bekerja dengan kumpulan surveyor sukat tanah........menyukat tanah di daerah Kedah Tengah,dapat membawa dirinya ke kawasan Teloi,Batu 5 dan sampai ke Banggol Derdap.
Tok Keresong di satu hari sedang mengutip buah janggus,terjeromos dengan kumpulan TA yang sedang menyukat tanah..........terkejut terus lari balik ke rumah yang tidak jauh dari situ (di kaki bukit srengenge sekarang).........peristiwa ini berlaku di tahun 1930/31........kumpulan TA selepas bertugas mengambil bakul buah janggus Tok Keresong dan membawa memulangkan kepada tuannya............mata bertentang mata,dan disinilah cinta pertama memutik.......akhirnya pendek kata mereka berkahwin..........TA pernah ada isteri di seberang,Jambul namanya.....mereka tidak dikurniakan anak.......Tok Keresong janda kematian suami mempunyai seorang anak perempuan Esah namanya...........Tok Keresong dari generasi yang kedua,pelarian dari Poseng,Pattani..........
TA berhenti kerja sebagai surveyor , bekerja di kampung sebagai seorang petani..........kekawan senegeri TA dari seberang yang aku tahu ada 4 orang di daerah Sik : Pak Hassan Jawa,Pak Sarip Jawa , Tok Engah dan Pak Mat Sampan.......mereka semua berjiwa besar.......baik dengan aku,dan mereka selalu menasihatkan supaya rajin mengaji.........
Tulisannya cantik,bahasanya pintar tersusun indah bila bercakap bersalut dengan mimik muka dan gerakan fizikal.......dengan pertolongan pegawai2 kerajaan daerah,akhirnya TA berjaya menjawat sebagai seorang posmen..........kerjanya berat terpaksa mengayuh basikal selang sehari ke Gurun mengutip surat...........di zaman Jepun ,pihak British menjerat TA sebagai pengintip mereka,oleh kerana posmen boleh bergerak bebas di markas2 Jepun..........TA berjaya dengan tugas berat ini , bila Jepun Surrender TA diberi hadiah dan pingat.......hadiah yang TA dapat ditukarkan menjadi biasiswa untuk anak2 mengaji di sekolah inggeris SAHC........Pak Shahnon Ahmad (anaknya ) yang waktu itu sudah lanjut umur di darjah 5 sekolah melayu diberi tempat untuk belajar di SAHC di Special Malay Class.
Shahnon Ahmad semasa kecilnya yang berminat dengan selut lumpur di bendang dan hutan hutan belantara tak gemar ke sekolah inggeris..........beliau kemudian diugut oleh Tok Keresong untuk di kawinkan dengan orang Ujung Bandar kalau enggan ke sekolah.......disinilah bermulanya Shahnon memulakan eksperimennya menulis cerpen.........Berkawin Orang Ujung Bandar......... aku hilang pedoman mencari cerpen tersebut , kerana kekawan baik Shahnon ,Cikgu Salleh Yahaya dan cikgu Yahya Ahmad ,kedua2nya pun dan meninggal..........aku cuma nak dapat sedikit isi ceritanya dan mesej dikemukakan Shahnon........ tulisannya dah hilang kemana,mungkin dihanyutkan di sungai Chepir bila banjir mengganas.
TA yang ku maksudkan itu ialah bapa kepada Datuk Shahnon.........meninggal dunia pada tahun 1981.....semoga roh2 mullah keluarga TA mendapat kecintaan Allah di Alam Barzach....aamiiinn
Gambar: Karikatur Mat Posmen
No comments:
Post a Comment