Thursday, January 4, 2018

MEMOIR SEORANG PESARA....NO. 92.....TOK GURU DAN SEORANG PROFESSOR




Mengingati mullah Tok Guru dan Professor membuat rasa gundah-gulana.........menyepi terhimpit di celah perasaan.......lesu luluh segala urat dan sendi.........mengapa tidaknya merekalah jenama2 yang kami sanjung dan hormati.........merekalah yang memperkenalkan Banggol Derdap ke setiap pelusok dunia..............
Ketika mereka belum bermullah , kunjungan bebagai ulamak dan intellek bertaraf antarabangsa datang mengadap kampong kecil yang tersorok di celah2 hutan belantara penuh dengan pembangunan asli.
Ulamak dari Timur Tengah dan di Asia Raya datang mengjengah Tok Guru yang kommited dengan pengajaran Tauhid,cuma melalui Kitab Bakoroh karangan Pak Da Ma'il dari Pattani.Pada satu ketika dulu kitab ini menjadi kontrovesi ,dan ada pihak mengecapnya sebagai ajaran sesat......dibawa ke majlis agama........tapi akhirnya Tok Guru berjaya menepisnya dengan memberi hujjah2 cuma dari segi nahu.
Para akademik,professor dan ahli sasterawan dan nobelis2 pula datang mengintai suasana Banggol Derdap , mencari Jeha dan Lahuma,Semaung,Jusoh,Senik,Kaseng,Tok Heja,Keresong,Awang Che Teh, Debasa,Saad Che Lah,dan melihat bendang seluas sekangkang kera yang pernah diusahakan 'orang2 kaya dengan kemiskinan' di Banggol Derdap.......Professor Johns dan Dr Harry Aveling dari Australia turut datang ke Banggol Derdap ..........merekalah yang mengangkat martabat Shahnon Ahmad dan membawa dia ke Australia bertugas sebagai pegawai penyelidik .Sejak itu nama Shahnon dikenali sehingga novel2nya diterjemahkan ke bebagai bahasa.
Seperti Tok Guru, Shahnon juga mempunyai kontrovesi.......Novel satirenya SHIT melanda busuknya keserata tanahair.........cuma membincangkan seorang politikus muda (Anwar,yang berjiwa besar) hendak membersihkan umno dari dalam.Watak itu bergelumang dengan najis yang busuk bernanah.Ratusan ribu dicetak secara haram dan halal..........dan sekupang pun tak masok dalam poket si pengarang.Segala ketulan taik yang busuk mengambil peluang menerjah anwar keluar melalui lubang jubur (lubang keramat,katanya)..........dia ditendang keluar dan dihina sebagai peliwat........SHIT diharamkan kemudiannya.
Tok Guru dan Professor umur sebaya , masing2 besekolah melayu di Sik.......berdua selepas itu berpisah mengikut agenda orang tua mereka..........seorang ke pondok dan seorang ke sekolah inggeris..........mereka mengharungi alam mengaji dan mengaji.............akhirnya TokGuru mengajar di pondok ayahnya setelah berada di Makkah selama lebih dari 20 tahun........pondok pakar ilmu tauhid........Professor pula menjadi guru TEVS ,kemudian guru bahasa /sastera,pensyarah dan professor di universiti........kelebihannya ,ia rajin mengarang.........lebih dari 60 buah novel,ratusan cerpen,kritikan sastera,puisi dan drama.
Mereka ialah dari keluarga terdekat berketurunan pattani.......Shahnon pula ada berketurunan Deli di sebelah bapanya,ibunya keturunan Pattani.........depa dek beradek.
Doakan kepada mullah-mullah berada dalam penuh kecintaan Allah

No comments: