Tuesday, August 19, 2008

NGAPA SYOK PAMER YANG HUDUH DAN BUSUK ?

NGAPA PAMER YANG HUDUH @ BUSUK


Ulamak tulin patut ujud dalam masyarakat kita untuk mengheningkan suasana huduh dan busuk.Nampak sangat bangsa kita dalam keadaan cukup kritikal.Dari atas ke bawah tak jelma yang elok.Cuma busuk dan huduh.Dah nak menyambut puasa dalam sehari dua nanti,tapi kecoh akhlak ketara nampaknya.Sorak-sorai bergema di segenap penjuru,dengan media tulis dan tv memperbesarkan lagi rioh-rendahnya.Tak perlu lagi ulamak ciplak,ia akan menambah lagi kerohnya.Dalam ghairahan pilihanraya PP44,gamat bunyi al-sodomy dan altantuya.Aduh al busuknya.Mana pergi Al-Ghazali dan Al_Shafie ? Ngapa jadi begini rupa ? Nampak al-haprak sepanjang lintasan.

Kalau Lee Chong Wei memenangi emas di Olimpik,mungkin suasana reda sikit,kerana masing2 bermegah dengan emas itu.Nak cakap pasai emas dan badminton saja.Kurang la sikit berhaprak.Tapi dia kecundang.Dan kita juga akan kecundang .


Untuk jadi hebat kita kena letak kehebatan Allah dalam diri.Baru kita tau makam diri sendiri.Ni kita tak langsung menghargai Allah,tak peduli kehendak Allah.Jadi Allah juga tak pedulikan kita.Dia berikan kita istidrat.Kita berpura2 dengan Allah.Kita lupai kembalikan segala nikmat kepada Allah.Kita anggap semua dalam dunia ni kita punya.Walhal diri kita adalah kepunyaan Allah.Jangan banggakan diri,kerana semuanya dari Allah.

Dalam dunia,semuanya Allah beri,walaupun kita derhaka kepadaNya.Tapi tidak sekali di akhirat.No way.Lebih2 lagi orang cinta pada kuasa,tamak pada harta.Kalau 5 kali diberi can hidup harta yang ada tak habis,tu pun dok nak lagi.Kita nak dipuji dan ada yang nak memuji saja.Masing2 goblok.


Tempatkan segala kehendak Allah sewajarnya,pastikan kita berpedulikan segala suruhan Allah,semolek2nya segala perintahNya dituruti…….insyaallah kita mendapat keredhoanNya..

4 comments:

Anonymous said...

Salam pak cha.

Ada baiknya chong wei kalah. Sekurang2nya terselamat jugak duit rakyat rm 1 juta.

Pena Ungu said...

Asmkm Pak Cha.
Azli ni, anak Cikgu Uda. Blog Pak Cha sangat menarik. Minta tolong Pak Cha war-warkan blog saya pada rakan2 blogger kita yg lain. TQ

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.nurwandi,

bukan duit depa,duit haram entah dari mana.

anakanda bob (azli),

waalaikomsalam.
Dah pak cha bubuh dalam blog list.Cari kawan melalui komen2 kita.Selamat berblog.

Anonymous said...

Dear pak cha,

Ulama' tulin memang dah lama ada dalam negara kita pak cha, cuma mereka ini telah ditekan sebegini rupa. Tiada ruang untuk bersuara.

Yang bersuara hanyalah insan2 jahil yang bertopengkan ulama'. Sebab tu habis seluruh masyarakat jadi jahil..