Sunday, August 17, 2008

TERHUYUNG-HAYANG

TERHUYUNG-HAYANG

Suasana di sekeliling cukup kalut . Kalut tak tentu pasai.Masing2 tak cukup dengan 24 jam sehari yang diperuntukan Allah.Sibok tak tentu hala-tuju.Macam orang kena hysteria.Kena rasuk dek hantu.Manusia dalam keadaan kemabukan.Buat serba tak kena.Nak ke kanan,terpelanting ke kiri.Macam dah hilang pedoman.Masih mencari2 Al-Ghazali,Al-Shafie.Belum juga terjumpa.Masa kan nak jumpa,kerana lalui denai yang salah.Sampai bila pun tak jumpa.Padahal dekat dengan batang hidung . Bukan tak tau,tapi buat tak indah.Kerana kepentingan dunia lebih menarik.Dalam kes Mikraj ,Nabi sudah diberi peringatan supaya jangan layan ‘pompuan tua ‘ itu. Ia adalah dunia.Dunia yang tak akan memberi manfaat pada akhirat.

Cukup cantik lah kalau kita exploit minda rakyat dengan adegan2 agama . Habis2an kita hiasi dan persolekan .Alangkah moleknya,comelnya.Cukup indah dan menarik.Kerinduan pada hidup sejati di akhirat terserlah.Tak lah terhuyung-hayang ke kiri-kanan.Tak lah hilang diri.Terpelihara harga diri.Tersekatlah segala projek syaitan laknatullah.

Tapi sekonyong-konyong dalam 3 bulan teristemiwa (Rejab,Syaaban dan Ramadhan yang masih ada 2 minggu lagi ) manusia telah disogokkan dengan berbagai kejijikan yang bosan aku nak menyebutnya.Sepatutnya dalam Rejab , peristiwa Mikraj patut di highlightkan.Sepatutnya dalam Syaaban , malam Nisfu Syaaban patut di tonjolkan.Sepatutnya di utamakan persiapan berpuasa dalam Ramadhan nanti.Tapi yang tak septutnya mengambil alih yang sepatutnya.Itulah pentingnya PEMIMPIN .Pemimpin kita tak pandai memimpin.Kerana kita takdak pemimpin sejati.Pemimpin banyaknya berhati serigala.Ada dalam hadis Nabi saw bermaksud hati2 pemimpin berhati serigala ini.Mereka menunggu masa untuk membaham saja.Mereka membuat isu2 untuk kepentingan diri masing2.

Hubaya2,Jangan terlalai.Demi kepentingan rakyat,ketenteraman rakyat,betulnya akidah rakyat adalah mercu utama slogan kita.Harta dan pangkat tak akan memberi manfaat di akhirat,kalau tidak dinawaitukan dan di praktikkan dengan betul.Kreditkanlah duit berbillion2 tu dalam bank akhirat . Nak makan di dunia dah tak habis.Pandai2lah mentakbirkan diri dan harta.Kalau tidak mampuih tak memberi makna.Hanya manusia dan jin yang terhumban ke neraka.Babi dan anjing tak masok neraka.Pikiaqlah.

1 comment:

Unknown said...

Dear Pak Cha,

Memang bagus jika pemimpin kita berfikiran macam pak cha, tapi malangnya tidak.

Mereka dah tak nampak akhirat, dunia adalah segala2nya. Tak kenal halal haram.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat.