Monday, August 16, 2010

6 PETANG CHECKING RUMAH GEMILANG

Dengan nama Allah , 99 semuanya

Ni kakak2 kena gilir bahagian laundry........membasuh kain baju adik2 ........selamat berkhidmat.
Banyak lagi yang belum dibasuh............yang kecik2 tu tak boleh harap depa basuh sendiri......nanti membazir ayiak,sabun dan belum pasti basuhan mereka tu suci dan bersih.

Kakak2 ni pula bertugas menyapu sampah disekeliling kawasan.Banyak daun2 gugur kerana musim berangin dan juga hujan.


Mereka ni tiada ada giliran bertugas...........letih juga kerana baru saja habis tuition......Malam ni berbuka posa di RG....tiada jemputan malam ni........semalam dah ke Alor Setar di Hotel Seri malaysia.........kena sekali sekala makan masakan sendiri......kalau tiap2 hari makan di hotel nanti gemok gedempol pula........Nampak menu hari ni sedap.....ayam goreng masak toyu,pajeri nenas,kerabu tomato dan korma telor.
Yang lain2 dalam dorm masing2............men are out-of-bound......mungkin kerja masing2 dan dah tentu ada yang tertidoq.
Salam melebar senyum................srengenge petang ni berbuka dengan pashemor.....hanya orang Penang yang paham.



2 comments:

Unknown said...

salam ayahanda...

rasanya ummi pun tahu pashemor tu.

ijoi said...

Salam ayahanda

Betullah orang berbelanja sakan membeli makanan di bazar ramadhan. Nafsu makan membuak2 di bulan puasa. Saya lihat kat tempat buang sampah, berlambak ayam yg tak habis, lauk-pauk sampai kucing pun tak larat nak makan. Dok tengok shj. Entah apa yg depa dok fikiaq no. Kalau beli untuk RG pun lebih baik.