Wednesday, August 25, 2010

BERJIMAT & MEMBOROS

Dengan nama Allah , 99 semuanya


Dalam bulan Ramadhan kita diasuh untuk berjimat cermat dan sekaligusnya menyuruh kita bersifat boros.........kita kena jimat-cermat dalam soal makan minum.....jangan berbelanja sewenang2nya ikut hawa nafsu........makan ikut padan.


Sebaliknya kita disuruh sedikit berboros dalam memberi sedekah membatu orang2 kurang berada......kena gandakan sedikit infak.........di luar Ramadhan kita mampu sedekah RM 10,tapi dibulan Ramadhan gandakan sedekah kita.....boroskan sifat bersedekah.

Aku cuba latih diri......dan hari ni itulah juadah berbuka posa........korma,pisang,betik dan sejuris pulut seri-muka.............berbuka di Makkah lebih simple : korma dan air zamzam..........itu pun boleh bertahan sehingga tamat teraweh...........selepas teraweh baru merayap keluar MH cari makanan yang lebih berat.

Nasik selepas teraweh berlauk ikan rambai yang di 'steam'..........ulam dari hutan srengenge,yang hitam tu daun mengkudu yang dicelor air panas.........sekaligus sambal belacan....cara ini memenuhi seleraku.



Minuman kegemaran ku ialah air telaga 'boring',ia dah cukup bersih,tapi ditapis sekali lagi dalam water dispenser...........untuk memberi ia kekuatan dijampi dengan doa2 dan ayat Al-quran......boleh buat sendiri ala kadar...........insyaallah mujarab untuk kesihatan.
Salam melebar senyum..................srengenge merawat diri sendiri.


2 comments:

Unknown said...

salam ayahanda...

kat kwsn rumah ayahanda ada tak pokok (ulam) daun cemumaq ...lama tak makan daun tu...

atuk said...

Salam Ramdhan Ayahanda

lama dah tak makan pucuk mengkudu
awit muda...he he

Wassalam