Monday, May 12, 2008

CORRECT,CORRECT,CORRECT...........AH !

Dalam perbualan telefon atau dalam percakapan sesama orang ramai lani , celahan 'correct,correct,correct' , dah digunakan cukup meluas . Kekadang lucu juga apabila bualan tersangkut2 dengan celahan 'correct,correct,correct'. Bila berbincangkan perkara2 yang serius juga dah tak jadi serius .'Correct,correct,correct'. Jadi sedikit sebanyak menghilangkan tekanan dalam diri . Hilang stress . Ubat mujarab terkini , lebih2 lagi dapat menstabilkan perasaan yang memarak-marak di dada , disebabkan kenaikan harga barang ,lebih2 lagi beras yang menjadi nadi rakyat miskin di kampong. 'Correct,correct,correct' . Dulu pun mereka makan beras kelas rendah dan harga terendah.'Correct,correct,correct.' Tapi harganya lani pun dah melunjak sama tinggi berdiri. 'Correct,correct,correct'.
Hari ni 12 Mei,ialah hari ibu dan hari ulangtahun umno ke-62 . Apakah malangnya seorang bapa dan ibu yang sudah tua melihat anak2nya menghadapi segala susah-payah dengan kekurangan bahan makanan."Correct,correct,correct'. Sekaligus pula pegawai kerajaan terpaksa pula pencen di umur ke-58.Aduh,sekarang pun dah banyak yang mengidap darah-tinggi dan kencing-manis , bagaimana nak sambung lagi 2 tahun.'Correct,correct,correct'. Apa pula kata anak2 muda kita ,graduan2 universiti yang berjumlah puluhan ribu masih lagi menganggur.'Correct,correct,correct'. Kata raja-lawak Nabil,' Sama2 pikir la". 'Correct,correct,correct'.
When making wrongs how come it be correct ?............'correct,correct,correct'.

No comments: