Akhir2 ni aku tengok orang Melayu dah jadi tak keruan . Orang2 politik pula bercakaran sesama sendiri . Orang2 berpangkat pula tu , berpendidikan tinggi pula tu . Kalau begininya, gimana pula rakyat yang doeh-doeh , yang mengaji tak setara mana ,yang cerdik pun tak setara mana . Sama2 bertengkar ekoran dari pilihanraya 12 .Awat ? kalau kalah tu , ngaku kalah saja lah . Bertanding pula 5 tahun akan datang . Biar yang menang tu tunjuk jasa dia dalam 5 tahun ni. Awat nak kalut sangat . Kini tak . Macam jadi gila maroyan . Kalau nak kata gila talak pun bukan. Yang aku tau,gila kuasa . Kalau gini , habeh bangsa Melayu jadi lintang-pukang . Yang dok keluar-masuk umno pun makin rancak . Heboh sana , heboh sini . Sokong sana ,bangkang sini . Kalau gini lah kamu tak kan jadi orang Melayu , kerana kamu makin layu dan layu . ME nya dah tak dak.
Duit pula billion2 dan juta2 banyak terhilang tah kemana . Royalti minyak Terengganukite hampir RM 3.3 billion , di Selangor pun juta2 , diPerak pun juta2 , yang ku tak dengar kat kedah jer.Kami tak heboh dapat tengok bola free , hasil tanah pun turun , bendang kami luas , tapi harga beras mahal , harga padi tak dengar berita. Dan buah kayu tahun ni tak menjadi .Menurut dalam kitab2 lama yang tok lebai dok kilek bawah ketiak memberitahu bahawa pokok kayu mogok dari berbuah bila kerajaan tu zalim. Cuba tilik tengok,berbagai bala menimpa kita.Dan babi hutan pun banyak mengganas di kampong2 .Kampong Banggol derdap pun tak terlepas . Di Srengenge habeh anak2 getah termusnah.Busuk taik babi menusuk kesetiap lubang hidung.
Lepas tu pakat sibok nak buka blog , kononnya blog boleh menambah pengaruh.Sapa kata ? .Bila orang meluat jangan nak kunjung blog kita , nama pun depa tak mau dengar ....phoooraaaahhh. Tapi mantan PM kita Tun chedet.com dalam sebulan dapat jadi millionaire . Sejuta lebih pengunjung melayari blog ajaibnya . Lebih terpengaruh selepas keluar dari umno . Lama2 umno akan mati tak berkubur macam semangat 46 dulu.....amin. Mengapa tidak ? orang dah meluat dengan budaya politik yang dah jadi kotor . Betul kata Shahnon Ahmad, " SHIT ".
Sambung balik pasai gadoh.
Sepatutnya yang pandai2 pimpin yang bodoh2 ni . Tapi pakat jadi bodoh sama . Kalau dok bergadoh macam ni, setahu aku hangpa tak dak masa nak pikiaq tentang rakyat . Nak pikiaq pasai rakyat macam mana , mimpi pun tarak. Ingatlah hidup ni penuh dengan dugaan.Semuanya adalah cubaan. Kamu dicuba dengan pangkat , dicuba dengan wang , dicuba dengan kuasa, dicuba dengan pengaruh ,dicuba segala2nya. Takut termasuk dalam lubang biawak. Yang miskin dicuba dengan kemiskinan, dicuba dengan kemalaratan , dicuba dengan kepapaan,dicuba dengan sakit dan berpenyakit , dicuba dengan segala kekurangan. Tapi ubat golongan ni mudah saja, iaitu sabar. Ubat golongan yang pertama tu susah sikit ,kerana mereka akan jadi lebih sombong dan susah nak melihat ke bawah.selalunya mengdongak ke atas.
Ingat lah kita semua akan mati...QULLUL-NAFSIN ZAIKATUL MAUT.
Kita akan disoal satu persatu,secara terperinci.
Nabi saw memberitau banyak orang miskin di dalam Surga Allah. Dan banyak orang perempuan di dalam Neraka. Atas pagar, tarak.
Jom pi tunai tugas sebagai kalifah Allah...sesal sekarang ada gunanya,sesal bila dah mampuih tak dak gunanya.
No comments:
Post a Comment