Tuesday, May 13, 2008

PENGAJIAN BLOG

Hari ini terbaca dalam akhbar Utusan Malaysia bahawa UiTM akan membuka pengajian blog . Mengapa tiba2 saja orang berminat pada blog ? Padahal dah lama ujud orang2 berblog . Dan tak payahlah mengaji di universiti pasai blog . Pada ku mudah sangat nak membuka blog . Yang susahnya nak tulis dalam blog . Bukan semua orang minat menulis . Dan bukan pula semua orang sanggup berdepan komputer untuk menulis . Aku yang dah tua bangka pun tak pernah masok kelas komputer dan tak pernah mengikuti program berblog pun bolah buat. As easy as ABC . Tapi walaupun mudah seperti ABC , banyak juga orang yang tak boleh membaca. Ada yang tak kenal ABC. Golongan ini memang dah tak boleh berblog.
Berblogger juga adalah satu seni , dan mereka tak kedekut (lokek) memberi maklumat kepada setiap pembaca . Maklumat yang serba-aneka .Berbagaian ,sehingga isu2 terkini mudah dan pantas termaklum dari radia dan tv dan sebagainya.
Kalau UiTM berniat juga membuka jabatan bolgnya , aku cadangkan PRK 'Petra Raja Kamarudin' menjadi dekannya. Kerana PRK lah yang mencetuskan kontroversi dalam blognya " Let us send the murderers of Altantuya to hell' , sehingga beliau di dakwa di bawah Akta Hasutan. Seterusnya blog meniti di setiap bibir masyarakat di Malaysia. Sekaligus juga RTM1 juga membuka rancangan berdialog dalam tajuk BLOG . Kini bila sebut saja blog , setiap penggemar komputer akan melayari blog PRK http://www.malaysia-today.net/ . Aku pun sekarang suka surfing di website PRK .
Orang2 estet dulu pun guna perkataan blok.Mereka pandai bercakap pasai blok. Hari2 mereka masok blok untuk menureh.

No comments: