"Memarak" ialah perkataan lama , dan ia jarang sekali digunakan lani. Bila sesuatu itu memarak itu menandakan ia sudah dekat ajalnya.Bila pokok itu memarak , saat untuk tumbang sudah dekat.Rumah2 traditional kita juga memarak bila kita memijak lantainya.Pak Non sudah pasti kenalnya,kerana Pak Non cukup berminat mengkaji rumah2 lama ini.Kenderaan baru dibeli tidak ada bunyi memarak sana-sini.Tapi kalau naik VW aku , wah rioh-rendah sana sini, krik-krek,krik-krek sana-sini dan di mana saja . Kekadang tak dapat pastikan yang manakah bunyi anak tikus yang bersarang di dalamnya.Tak payah on radio kerana bunyinya juga muzik yang terpaksa kita mendengarinya. Orang tua macam aku juga suka 'memarak' , tapi dalam bahasa harian kita kata 'berleter'. Memang hobi orang tua ialah berleter.Itu menunjukkan zaman kini dah berlainan dengan dulu.Orang tua suka yang dulu-dulu,yang lani dah tak sesuai lagi .
Dalam dunia moden ini banyak lagi 'memarak' berlaku pada alamnya sendiri . Peperangan memarak dimana saja , angin dan taufan memarak. Gunung berapi memerak . Lautan memerak dengan ganasnya.Suara2 manusia juga memerak menuntut keadilan , kerana kezaliman memarak dalam setiap sanubari yang berkuasa.
Dalam alam siber para bloggers memarak mensuarakan pelbagai peristiwa yang menghiris hati dan jiwa rakyat.Orang yang berkuasa hendak terus berkuasa berasa tak senang mendengar memarak berlaku dan cuba menghindari tidak mendengarnya. Sebenarnya they want to listen to memarak of the bloggers . They get troubled , so they refused to listen . Dan yang lebih anehnya they prevent others from listening.
Selepas PR12 ,umno juga memarak dan hingga kini masih rancak memarak. Begitulah benda yang lama akan memarak . Memarak sekali-sekali boleh memberi pengertian akan hari maut. Bila dekat dengan maut,kita diceritakan akan gelisah tak tentu pasal , kerana bukan senang hendak mati. Umur kita pun bila dah mencecah 60an , pastinya mati itu dah dekat.Kekasih Allah Nabi saw pun dia sempat 63 tahun saja. Sebenarnya berapa umur umno yer ? 2008 - 1946 = 62 . Memang umur ini dalam lingkongan penalti........memaraklah penjaga golnya .
Memarak..........bukankah ia juga 'point of order' / 'standing order'?......aku pun tak tau maknanya . Tapi itulah yang ku kerap dengar bila yb-yb kita mula nak berhujjah.
Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok , P.Ramlee sokmo berhujjah bila nak BUKA dan nak TUTUP pintu gua :
NIAT INGSUN MATEK AJI SEMAR NGISING
&
RAMPUNG NGISING SEMAR TILEM
Sekaligus pintu gua akan memarak bila terbuka dan tertutup.
WALLAHUAKLAM
.
2 comments:
Dunia kita pun sudah ke arah memarak?
Hi there all, here every person is sharing such know-how,
thus it's nice to read this webpage, and I used to go to see this website every day.
Here is my web-site ... perfumes baratos
Post a Comment