Aku tak ambil kisah bilamana Tun Mahathir keluar dari UMNO . Aku tau sejarah UMNO dah memang macam tu . Semua Presiden UMNO keluar UMNO kecuali Tun Razak saja , itu pun kerana dia meninggal masih Perdana Menteri lagi. Dato' Oon keluar UMNO tubuh Parti Negara . Yang ahli biasa pun macam tu juga,keluar-masuk,keluar-masuk. Pak Lah dulu pun keluar UMNO masuk Semangat 46 ikut Ku Li .Lepas tu masuk balik dan kerana masih terkenal sebagai Mr.Clean , Tun M lantik dia sebagai menteri. Menteri Penerangan Ahmad sabbery pun dulu S46.Rais Yatim pun orang kuat S46.Ibrahim Ali pun sama masuk balik Umno , dan akhirnya Ku Li pun turut masuk Umno dan sekaligus membubarkan S46.Dalam politik ni keluar-masuk tu perkara biasa ja . Tapi rakyat Malaysia ni cepat panik , rioh-rendah sana-sini tak tentu pasal .Sejurus saja Tun M umumkan hasratnya keluar Umno , beritanya tersebar meluas di serata media .Di media letronik penuh ulasan yang berbagai dan kerana aku tak kisah , aku tak minat mengikuti teka-teki mereka .Di media tulis pun begitu sehingga aku tak berminat membacanya. Dalam blog-blog berbagai yang diulaskan oleh para bloggers.Dengan komen2 yang berjumlah ratusan banyaknya.Hingga kini pun masih berdengung kedengaran di setiap inci laluan udara Malaysia dan dah merebak ke seantaro dunia.
Tapi kali ni tidak ada lagi Fidah yang dapat menghalang Tun M . Jeritan keramat Fidah ," No,No,No" seketika dulu dapat menangguhkan Tun M meletakkan jawatan Perdana Menteri. Ketika itu mereka belum lagi bersengketa pasai AP . Jadi typical bollywood drama cukup menjadi dan aksi seolah2 orijinal . Kalau Mad Nisfu jadi pengarah dah pasti dia memuji setinggi langit dan sepontan akan mengeluarkan kata-kata seperti dalam tape video VG.Linggam ," Correct.Correct,Correct".
Tapi yang aku syoknya bila Tan Sri Sanusi umumkan bahawa dia keluar UMNO lebih awal dari Tun M. Sanusi seorang manusia yang cukup cerdik.Aku kenalnya kerana kami masing2 dalam satu kelas semasa di Ibrahim School.Lepas tu dia pi ke Malay College.Lepas 40 tahun kami tak pernah bersua muka , tapi bila jumpa dia masih kenai aku . Sebelum aku menegur, dia yang lebih awal menjerit," Pak Itam". Ya akulah pak itam.Ingatannya cukup istemewa.Aku mudah kenal dia sebab dia orang ternama,orang besar. Macammana aku yang kerdil dia boleh ingat .Itulah dia Sanusi. Pertama kali aku makan keropok belulang kerbau semasa Sanusi berikan pada ku semasa di sekolah dulu . Selepas 50 tahun kemudian baru aku dapat rasa pula bila anak ku pi belajar kat Aceh. Dia bawa balik . Sekali-sekala aku pi juga kat Kampung Aceh di Yan , kerana kawan2 ku banyak dari keturunan Aceh. Dulu aku tertarik juga dengan anak dara Aceh , tapi memandangkan aku tak lawa , aku batalkan saja niat ku . Lagi pun aku ni jenis orang ulu. Lebih baik meminang orang yang sama2 ulu . Ulu Sik dengan ulu Tikam Batu.Niat anak dara Aceh dah tak tersimpan di kepala hotak ku lagi . Aku cuma doakan semoga Negeri Aceh maju.Tsunami 2004 dah berlalu , sekarang tsunami PR12 (2008) masih mengganas.
Balik ke topik asal.Aku pula tak masuk UMNO , jadi macam mana nak keluar UMNO . Aku ni tak berminat sangat berpolitik , bukan kerana politik tu kotor , tapi budaya berpolitik tu kotor . Jadi tak mau bergelumang dengan kekotoran . Kekotoran tu bagaikan SHIT . Dah 3 kali aku baca buku SHIT karangan Shahnon Ahmad. Baru sekarang terbukti pandangan dan pendapat Shahnon dalam SHIT tu ada kebenarannya......bila baca baru dapat tau gimana busuk berdengungnya. Baru2 ni Shahnon karang yang semerbak baunya. MAHABBAH nama bukunya.Aku baru saja habeh membaca......harum,harum,harum.
Selamat berjaya Tun , mungkin ada lagi kejutan2 lain yang boleh menyelamatkan agama,bangsa dan negara. Aku cuma berdoa saja , kerana doa ialah senjata orang mukmin.Habeh berdoa aku boleh releks . Buat kejutan tak boleh releks . Mana boleh suruh orang mengandung , tapi tak mau beri perut buncit .......kah,kah,kah
Setiap orang ada gilanya , inilah gaya kegilaan ku .
Pohon Allah redhokan ku , astagfirullah
Jom kita bersedia keluar dari dunia ni , untuk sama2 pula masuk ke Surga Allah .
Wallahua'lam.
1 comment:
aku dulu pun pernah minat kat sorang gadis aceh. tapi jodohku dengan insan lain yang jauh lebih baik dan telah memberiku 4 cahaya mata. hahaha. tapi harap2 bini keduaku orang aceh.... hehe
Post a Comment