Friday, May 23, 2008

DURI DALAM DAGING

Peribahasa Melayu tidak ada calang yang dapat menandinginya.Cukup tajam , cukup sinis . Kini peribahasa itu dah jadi mainan ramai bila memperkatakan isu Tun M me'lompat' keluar dari umno. Susah juga duri dalam daging nak keluar kalau tidak dicabut oleh orang yang merasai sakitnya. Tapi duri itu keluar sendiri kerana duri yang sakit berada dalam daging . sebelum ini daging tak pun rasa sakitnya. Yang sakit ialah duri . Kerana duri dah tak bersedia lama dalam daging , sebab daging dah mungkin berbau busuk . Duri tak senangi berada disamping bau busuk. Dan duri akan rasa lega bila berpisah dan dapat menghirup udara nyaman di luar alam maya.
Yang aku dok pikiaq sesuaikah peribahasa itu digunakan di masa karang ni ? Dunia dah berubah dan orang zaman kini pun dah tak terjebak dengan duri2 lagi , cuma yang rakyat2 marhean macam aku saja setiap hari terkena duri ,lebih2 lagi bila memasuki hutan Bukit Srengenge. Ya yang marhean macam kami lah yang banyak terdapat duri dalam daging . Tak kah mereka sama2 mau pikiaq bahawa mencabut duri2 dalam daging rakyat miskin adalah lebih penting sekarang ni ....ia adalah lebih aula . Rakyat tak tertahan bagaimana royalti minyak T'ganu lesap RM 3.3 billion, dan banyak lagi penyelewengan , pembaziran dan pembohongan yang Allah Ta'ala saja yang tau. Adoooh....Adoooh ....ADOOH , sakitnya cukup berbisa dalam daging2 kering rakyat . Oh Lahuma , bagaimanakah sakitnya bila kakimu terpijak duri nibong di Banggol Derdap dulu ? Di masa itu setiap pegawai terpaksa belajar tentang kesakitan kau . Mereka membaca tentang susah-payah kau . Mereka diuji kepahaman tentang kau . Selepas lulus mereka menjadi pentadbir yang cekap dan komitted. Duri2 dalam daging anak-cucu Lahuma dibuang satu persatu.
( ps: Ranjau Sepanjang Jalan ialah Teks HSC/STP 1960an)
DURI TERBARU
Kerajaan membatalkan MOU dengan Universiti Al-Azhar cukup mendera daging kering rakyat.Duri dan onak menusuk sehingga ke tulang sum-sum.Berapa banyak graduan Islam di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),Kolej Islam Antarabangsa (KIAS) dan Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) akan menghadapi kemelut ini . Alasan yang diberi di parlimen oleh Tim.Menteri Pengajian Tinggi ialah kerana permintaan pasaran graduan agama terlalu minima , jadi kerajaan perlu menghadkan hantar pelajar ke Azhar . Duri jenis ini mengabaikan pembinaan insan . Terhakisnya roh Islam dalam diri . Bukan saja iblis menjadi musuh Islam tapi rupanya sesama kita pun ada . Yang aku tau kebanyakan pelajar di Azhar Mesir ni membiayai perbelanjaan sendiri , tak da biasiswa tak da PTPTN . Itu pun nak sekat . Dulu sekolah2 agama rakyat disekat bantuan. Bila bersangkut agama ni ,aku cepat jadi hot.Dulu2 Abu Lahab dan isterinya sekat Nabi saw dengan kayu berduri di laluan , kini duri2 yang diguna juga bertaraf yang sama . Rupa2nya duri2 juga yang menusuk ke daging2 kering anak2 kita . Janganlah bina pusat perpecahan ke arah mengabdikan diri dengan Allah , Tuhan seluruh alam.
Kalau masih ingin , buatlah dosa sebanyak2nya , kerana hanya di dunia saja tempatnya.
ASTAGFIRULLAH..........KAYU ZAKOM DI NERAKA PENUH BERDURI MENJADI MAKANAN AHLI2NYA............siapa sudi memakannya ?

No comments: