Saturday, May 17, 2008

IN SILENCE THEY SUFFER

IN SILENCE THEY SUFFER

5% merupakan secebis isi yang dapat dirasai oleh rakyat Trangganukite dari duit royalty minyaknya . Bekas MB mengakui menerimanya sebanyak RM 1.3 billion setahun , bermula dari 2004 hingga 2007.

Tapi yang anehnya parlimen melaporkan RM 7.34 billion dibayar ke Terangganu Bistari Islam Hadhari dari 2004 hingga 2007. Jadi maknanya MB sepatutnya menerima RM 2.4 billion bukan RM 1.3 billion.

Arithmatik yang mudahnya ,kemanakah RM 1.1 billion lagi tersimpan di poket siapa ? Kalau 3 tahun bermakna RM 3.3 billion . Bukan satu angka yang kecil . Apakah kita semua nak berdiam diri kerana susah kita nanti bila berdepan dengan Allah. Tiada sesiapa yang berkuasa nak mencari dalam poket haprak manakah duit itu ? Kita semua nak tahu , takkanlah Islam Hadhari yang kita sanjung kehebatannya boleh membenarkan pedosa besar ini melepaskan diri . Walaupun kita tau ia akan dicekop juga oleh para malaikat nanti . Tak tersedar dalam kehingaran sorak-sorai Monsoon Cup .Terlena nyenyak dalam Masjid Kristal.

Aduhai rakyat Bistari kamu menderita dalam kesunyian ………in silence you suffer.

Cubaan
Cubaan
Cubaan
Sampai ke bila yer ?.............grief is incomplete

2 comments:

mamat said...

hanya Allah yang mengetahui orang haprak mana yang mengambil semua wang itu......... tapi aku sangat hairan dengan kejahilan orang2 terengganu ini. minda mereka masih belum terbuka untuk mengenal yang mana pembela dan yang mana pengebas!!!

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Sdr. Mamat ,
Sepatutnya kemerdekaan memantap minda orang2 Melayu yang telah dijajah lebih 450 tahun.Tapi minda kelas pertama orang2 dulu ( masa menuntut kemerdekaan ) terhapus dalam duduk syok-syok diri sendiri.Pemimpin Melayu jadi haloba dan tamak.Lupa diri,lupa asal,lupa dosa,lupa pahala,lupa kubur,lupa mati dan....dan....mereka pening dalam kemewahan,dan nafsu serakah mereka memandu kesegenap kepuasan yang tak pernah ujud pada diri mereka,kepuasan yang tak pernah puas,lazat yang tak habis lazat sehingga masok ke 'lubang biawak'.
Di ayun dan dibuai dengan lagu2 kepasikan sehingga tak tersedarkan diri.
Wallahua'lam