Thursday, May 22, 2008

HAPRAKNYA SEJARAH MANUSIA

Sejarah manusia ialah satu sejarah yang cukup aneh , walaupun diberi akal manusia tak pandai mempelajari dan membaiki diri dengan melihat dari sejarah yang sudah dilalui nenek-moyang . Jatuh bangun satu kuasa ke suatu kuasa , satu tamaddun ke satu tamaddun , tak jadi pengajaran pada manusia . Otak di kepala dah menjunam ke tumit . Allah menghantar silih berganti nabi2Nya,Rasul2Nya untuk mendidik manusia , tapi manusia ni degil . Sifat Abu Jahal , Abu Lahab diwarisi .Sifat Firaun ,Namrud di kilek dan disemaikan kepada generasi2 yang mendatang . Mereka nak ambil kuasa .Sejarah manusia ialah sejarah pertempuran untuk merebut kuasa , sekaligus untuk kepentingan ekonomi . Hukum ini tak pernah di ubah manusia dan tak akan berubah selagi ada jenis manusia yang tak berkepala hotak.

Inilah asas perjalanan sejarah denai-laluan dimiliki manusia yang tak berkepala hotak . Berebut apa saja tak berkesudahan , dan berperang adalah asas dalam perebutan ekonomi .Benci-membenci tak habis2 antara satu sama lain . Yang berkuasa sama yang berkuasa , yang bawah sesama bawahan .

Kemudian Allah memberi peringatan dengan menurunkan bala . Apabila datang bala , semua boleh merasai pahit-maungnya. Kini kita semua dapat kesan dari melunjaknya harga barang , kurangnya bahan makanan seperti beras , buah-kayu tak menjadi , gempa bumi ,tsunami ,nargis ,letupasn gunung berapi dan cuaca buruk yang tak menentu . Kezaliman , rasuah , penipuan ,pembohongan dah berlaku depan mata secara jelas dan nyata . Itu semua menggamit murka Allah . Aduhai manusia,mengapakah bangangnya kamu ? Lama mana kamu boleh hidup di dunia ni ? Mengapa nak sombong dan angkuh .

Beringatlah kamu semua dalam apa juga wadah perjuangan kamu : UMNO kah ,PAS kah ,Keadilan kah……………….sedarlah Nabi saw tinggal kat kita Al-Quran dan Al-Hadisnya………….kerekah lah dengan geraham mu , supaya kamu terselamat.

Wallahua’lam.

JANGAN BERHAPRAK SEPANJANG ZAMAN

2 comments:

jalaluddin said...

semakin maju dunia ini semakin ramai yang haprak!!! cukup haprak!

mamat said...

betul tu sdr jalal, tapi yang paling menyedihkan masih ramai lg yang tidak dapat membezakan antara orang haprak dan tidak!! kalau tak dah lama nik aziz jadi PM...