Apa dah jadi pada bangsa ku ? Ke hulu ke hilir aku cuba mencari jawapan , tapi tak ku jumpainya . Selagi ku cari selagi itu kegelapan berzelumat di depan mata ku . Yang terjurus maknanya cuma ternampak layu,layu dan layu . Apakah bangsa ku sudah layu ? Sukukata pertamanya "me" sudang hilang entah kemana . Ia tak sehebat semasa berjuang menentang Malayan Union. Semangatnya dah kurus .Urat dan dagingnya dah berlendir .Kencing dan beraknya dah tak sebusuk dulunya , semasa berminat memakan jering dan kerdas ( genuak ). Mana nak makan , kita dah tamaddun . kita semua dah jadi Si Tanggang . Kita lupa diri , kita sombong , kita angkoh . Kita bukan bangsa penyamun , tapi kita kerap menyamun , kita tak kenal dosa dan pahala . Kita kebas apa saja tanpa malu dan silu . Sehingga misai tertegak melintang. Antara Malayan Union dan Pulau Batu Putih , bukanlah zaman gemilang,cemerlang dan terbilang........we were in the dark age..........correct,correct,correct
4 comments:
Pak Cha
menang sorak aje...tapi yang dapat hanya terumbu.
bukankah melayu dah lama lesu.........?? dan yang pasti melayu semakin lesu dan terus lesu. you are correct pak cha!!
sdr Azizi dan Jalaluddin ,
Yang dapat saya telaah ialah orang Melayu sendiri yang bunuh Melayu.Dari JKKKKnya sampai keatas menipu . Saya tau kerana disekeliling saya rakyat kampong yang kurang faham tentang politik.Melihat keadaan ini , buat pening kepala dan jiwa memberontak.
relax pak cha, jangan nak pening kepala and memberontak jiwa tu. sia2 aja kita dok pening kepala, walhal pemimpin kat atas senang lenang makan duit rakyat... diorang senang pun sbb kelesuan orang melayu. be cool mr. pak cha.....
Post a Comment