Thursday, May 15, 2008

MULLAH AWANG HAMAD

MULLAH AWANG HAMAD

Entah tiba2 saja aku teringat pada mullah Awang Hamad.Dalam tahun 50an/60an AH (Awang Hamad) ialah satu tokoh yang tersohor di daerah ku ( persekitaran srengenge ).AH ialah ketua kampong , pendekar ( guru silat) , bomoh , dan AH juga digeruni oleh sesiapa saja kerana orang percaya AH mempunyai ilmu kebal . Dalam ilmu silat tak sapa pun berani bersemuka dengan AH . AH boleh menepis dalam sekelip mata.

AH mendapat tempat sebagai tokoh /watak teristemewa dalam novel2 Shahnon Ahmad. Dalam Ranjau sepanjang Jalan, Rentong ,Srengenge dan berbagai lagi nobelnya, watak AH ada diselit oleh Shahnon Ahmad.

Semasa aku muda2 dulu aku berkawan baik dengan mullah. Beruntung aku berkawan dengan mullah kerana beliau membuatkan aku cepat matang.Di atas dorongannya aku mula membuat rumah kediaman sendiri , lepas itu mullah juga menguruskan perkahwinan aku . Masa itu aku belum lagi galak nak kawin , nak kata warok taklah warok tapi tergolong dalam budak2 yang baik. Aku jadi malu nak membuat perkara2 mungkar , kerana sentiasa terasa macam mullah berada disamping ku setiap masa. Sokmonya bila ada aku adalah mullah , dan bila ada aku dan mullah adalah juga mullah Haji Sahak (HS) . HS juga mempunyai keistemewaannya tersendiri , HS ialah seorang master-of-ceremony yang bukan calang2nya . Dalam semua upacara dan majlis perkahwinan HS lah orangnya. Orang ternama yang ada di daerah kami semua kenal HS . HS juga mampu mengendalikan majlis2 rasmi . Pejabat DO mullah boleh keluar masuk dengan bebas. Mullah Datuk Tengku Fariddudin , DO semasa itu cukup kamceng dengan mullah HS . Jadi kami mudah mendapat bantuan2 dari pejabat daerah. Melaluinya kami dapat jalan luarbandar,dewan,benih2 tanaman dan ternakan dan sebagainya . HS membuat kerja dengan ikhlas ,tidak ada penyelewengan,rasuah dan sebagainya. Berbeza dengan pemimpin2 sekarang ni ………..sama2lah piker , kata raja lawak Nabil.

Mullah AH cukup tenang orangnya , jiwanya tenang.Cukup sederhana hidupnya. Aku cuma dapat mengutip dua peristiwa bilamana AH menjadi cemas.Kedua2nya ialah peristiwa anaknya Mael dan Mezah nak kawin.Bersama HS dia datang ke rumah ku untuk nak tau tentang menantunya. Kebetulan saja kerana bakal menantunya bertugas di sekolah yang sama denganku.......Sik English School.........atau lebih terkenal dengan Syed English School......pasai Pak Tuan Syed Bakar ialah gurubesarnya. Begitu juga bila anaknya Mezah nak kawin dengan anak seorang Dato' , dia tergesa2 juga ke rumah ku untuk mendapat ketenangan dirinya. Dia rasa takut nak berbesan dengan orang ternama . Dia rasa tak padan dengannya sebagai seorang kampong , orang hulu , dan dia takut akan terasa malu . Tapi aku waktu itu pun masih muda lagi dan aku pun tenggelam punca juga , kerana waktu itu gelaran Dato' cukup menggerunkan kami , kerana kami orang ulu. Tapi dengan pertolongan Allah aku dapat mengurangkan sedikit kegelisahannya.....kami bersambung lagi topik itu pada besoknya. Akhirnya AH dapat tidor lena .
Hingga kini kedua2 pasangan anak menantunya hidup aman damai.......alhamdulillah.

Kepada AH dan HS , mullah-mullah yang berminda kelas pertama......al-fatihah.


Orang macam mullah2 tersebut adalah dalam masyarakat kelas bawahan , dalam kelas ketiga . Tapi mereka mempunyai minda kelas pertama . Walhal kita sekarang adalah warga kelas pertama , tapi, tapi minda kita tercorot di kelas ketiga .

Terbalik pula jadinya……..lepas PR12 jelas terlihat kecorotannya.

phoooorahhhh........yang depa tau bincang pasai babi , pasai berok.Aku jadi malu seorang diri.

Bermahabbah ialah yang terbaik.

2 comments:

mamat said...

bila rakyat majoritinya minda kelas ketiga, maka lahirlah pemimpin mempunyai minda kelas ketiga malah lebih teruk lagi. cuba lihat kelantan, majoritinya minda kelas pertama. kadang2 malu jadi melayu ni........

KotaStar said...

MAH . Nampaknya pak Cha dapatjuga berilmu dengan MAH dan jesteru itu sedikit sebanyak meneruskan kepimpinan dan tauladannya. Kalau hang dah berlajar ilmu pendekar ingin pula hendak tahu sedikit sebanyak. Cakap pasai keris senjata tok nenek kita, kini dah pun menjadi isu besar pula dan ada yang telah minta maaf. Tak ada satu sebab pun. Now hendak hunus keris pun nampaknya tak boleh lagi nanti orang kata apa-apa. orang seperti MAH berani belaka, masuk jumpa DO, buat kerja untuk masyarakat dan dikenang pulak oleh orang kampong dan daerahnya walau pun dah meninggal. Teringat pula kita sejauh mana orang akan mengingati kita termasuk keluarga sendiri apabila kita ..... seperti selalu sdr kata amalan dan ilmu sahaja yang kekal.Salam dan terimakasih atas posting2 yang menggelikan hati atau membawa kita sedar dengan apa yang sedang berlaku.