Saturday, May 17, 2008

SELAMAT HARI GURU

Al-Fatihah untuk bekas guru2 ku yang telah kembali ke rahmatullah.

Aku baru pergi cari cikgu aku semasa di Sekolah Melayu dulu.Hanya dia seorang saja yang aku tau masih hidup.Tapi malang bagi ku , dia tak dapat sempat berjumpa . Kuburnya masih baru .Hasratku berjumpa dengannya juga cukup istimewa : Nak tunjuk padanya sebuah buku yang dia hadiahkan padaku semasa aku di darjah 3 . Tandatangannya masih jelas terpapar di buku itu,tercatat tarikhnya 30 / 6 /1952 bersamaan 8 / Syawal / 1371.......thank you very much cikgu .Aku mula memahami 1,2,3.....aku mula mengenali ABC.....dan aku mulai membaca Alif , Ba dan Ta , itu semuanya dari mu .
Nama mu sentiasa di kenang.Semoga roh mu bersama orang2 solihin.
OLEH DATO' USMAN AWANG
Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa
Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat
Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia
Sejarahnya dimulakanoleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca
Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara.
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.

2 comments:

Azizi Ahmad Termizi: said...

Pak Cha

Selamat menyambut Hari Guru.
Once a teacher, always a teacher at heart.

NGINAP SRENGENGE said...

Saudara Azizi,

Terima kasih .Saya juga suka ucapkan pada bapa saudara ( a kirkbyite )....SELAMAT UNTUK CIKGU.