Sunday, May 31, 2009

GAI-MANA KELIAN ?

GAI-MANA KELIAN ?


Semua berubah , dan harus semestinya berubah.Bila diri disambut dengan usia tua , pasti segala2nya terubah dan diubah.Karektar kita berubah.Rasa ingin tahu nampak lebih hebat dari kecil2 dulu.Juga ku rela memaafkan sesapa saja , untuk dapat dipercayai dan ingin sekali bersamaan dengan mereka.Biarlah kelmarin,hari ini dan esok berlalu dan berlalu , tapi kita jangan berhenti.


Yang dah berlalu kelmarin , aku bersama anak menantu ku , bergerak dari srengenge kealam Kuala Nerang.Dua kenduri di sana : Pak Lang Hadi dan Ustaz Yob/Odah.Banyak kaum keluarga dapat bertemu , yang tua dan muda.Yang muda2 majoritinya aku tak kenai.Mereka dah besar panjang.Aku makin tua makin kemetot.Dan warasnya pun turut merosot.


Biarlah kelmarin berlalu tapi perjalanan ku tak akan berhenti.Perjalanan panjang dan tak habis2.Itulah satu anugerah Allah untuk kita.Sambung menyambung dan Abadan abada di sana nanti.


Semoga esok embun menitis dengan jernihnya.Semoga fajarnya menyinsing dengan kehangatan matahari.Biarlah cuaca datang dengan kecerahannya.Pohon hati dengan suasana ketenteraman,dan pikiran dalam keadaan waras.


Seharian kelmarin kabut dan awan menyelimut matahari sampai ke petang.Matahari masih malu2 dan tidak angin yang datang membisik syahdu.Hari ini diriku disambut dengan usia tua.Dan besok akan berlalu begitu juga.Aku tak akan berhenti. Gai-mana kamu kelian ?
ALLAHUAKBAR

Friday, May 29, 2009

SELF-ESTEEM

SELF-ESTEEM


Kita kena ada harga diri.Biar miskin kedana harga diri kena ada.Apa perlunya ijazah berjela2 tanpa harga diri.Semua pakat2 tau sendiri.Apa guna serban besar bakul tanpa harga diri.Harga diri bukan dok kat ijazah,kat serban , kat duit.Harganya tak ke situ.Pangkat tinggi melangit pun tak memberi erti tanpa harga diri.Ahli khashaf boleh melihat sesapa saja , tau adakah tidak harga diri.Orang tak hormat kalau takdak harga diri.Tanpa orang di sekeliling,hidup jadi hampa.Frustrated guys.Live among the frustrated.Tengok ,teliti dan lihat.Lepas tu pikiaq.


Depa selalunya banyak cakap.Jarang berdiam,lebih2 lagi orang politik.Berbuih mulut.Kelentong sana,kelentong sini.Diam itu memang indah.Lidah merobek2 rohani dan jasmani manusia.Nak cakap biar betoi,nak tuleh pun biar memberi manfaat.Lisan orang yang berakal muncul dari baik hati nuraninya.Bila saja nak bercakap,berbicara bertutur,terlebih dulu dia kembali pada nuraninya.Kalau bermanfaat dia luahkan kata2nya.Apabila dapat bahaya dia menahan dirinya buat sementara.Hati orang yang bodoh berada di mulut , ia berbicara apa saja yang dia mau.Pot-pet , pot-pet macam murai gila.Dalam dunia semua dia tau , boleh dan mau saja masok bincang.


Apa kita cakap.Apa kita buat.Manakah yang benar.

Thursday, May 28, 2009

ADAKAH AKU TAU

ADAKAH DAN ADAKAH


Adakah kita betul ?
Adakah kamu betul ?
Adakah kita salah ?
Adakah kamu salah ?

Semuanya bermula di sekolah.Kita diajar betul atau salah sejak menjejak kaki ke sekolah.Di situ kita mula kenai guru dan kawan.Kita kenai betoi dan salah.Di rumah sebelumnya kita kenai2 sikit2.Anak manja payah nak kenai.Kalau sokmo di marah,kenai semuanya salah.Dia memberi problem pada masyarakat.


Bukan senang nak kenai betoi dan salah.Ada manusia sampai ke tua pun tak kenai betoi dan salah.Lebih2 lagi bila lumpur kejahilan berselaput di badan dan minda.Hidup tak sempurna,bertatih-tatih macam budak belajar berjalan.Macam separoh lega dari chikungunya.Tak berbalance jadinya.Sat berat ke kiri.Sat berat ke kanan.Nasib tak baik terjun turun longkang.Kalau umur pendek,mampuih di situ.


Sebab utama dunia jadi busuk,dunia jadi bangkai ( kata Nabi saw ) pasai tak kenai betoi dan salah.Bila semua jadi busuk,manusia turut tercalit jadi busuk.Bukan sikit manusia busuk.Hari2 setiap ketika kena pakai pewangi.Celah kangkang busuk,celah ketiak lebih2 lagi.Tabiat pun berubah,busuk habeh hati perut.Pasai tu taik bau busuk.Shahnon Ahmad pandai tuleh pasai taik busuk.Sila baca buku SHIT.Busuk berdengung.Aku dah lima kali khatam.Hingga nak pilih pemimpin wangi payah.Banyak pemimpin busuk.Banyak makan benda2 busuk.Rasuah tu busuk,depa makan.Yang bersih pun di reka jadi busuk.Buat kerja tak ikhlas.Tangan kanan memberi,tangan kiri pun tau.Kaki kiri dan kanan juga tau.Babi di hutan pun tau.Buat kerja tu betoi-betoi.Yang salah tetap salah.


Adakah betoi atau salah ? Adakah kita tau ? Adakah aku tau ?
Belum tentu lagi.

Wednesday, May 27, 2009

ONE DAY WHEN WE WERE YOUNG

ONE DAY WHEN WE WERE YOUNG


Semua bermula dari muda.Lepas tu baru jadi tua.Ada orang tua awal,ada juga muda sampai ke tua.Malu kalau kata tua.Nak muda sokmo.Dia ikut nafsu.Dia ikut hati .Dia ikut dunia.Dia ikut syaitan.Permusuhan syaitan amat nyata.Manusia tak kenai musuh.Tabiat syaitan memusuhi manusia selama2nya.Syaitan tak pernah lalai.Yang lalai manusia.Waspadalah syaitan akan mencari jalan memperdayakan kita.Dia cukup keji.Turut menyertai syaitan ialah nafsu dalam diri.Itulah laluannya yang selalu terbuka.Payah nak memerangi dan mengalahkannya selagi nafsu menjadi perdana menterinya.


Usirlah syaitan,engkarlah dakyahnya.Tolak propagandanya.Kenali lah tipu dayanya bila mendekati kamu.Jangan takut dengan ajakan,kerana dia ada muslihatnya.Carilah perisai supaya dia tak boleh menembusinya.One day when we were young,today when we are old.We need power to fulfill selt-interest in the will of Allah.Re-new our life,surrender our souls .Keep on marching.The day will come.

Tuesday, May 26, 2009

POMPUAN BERMADU DUA

POMPUAN BERMADU DUA


Keperbagaian yang tampil di dunia membuat nafsu tergoda.Ikut nafsu semuanya nak digapai.Bujur lalu ,melintang patah.Diusaha dengan penuh gigih untuk dimiliki.Dengan cara dan kaedah , tak pernah sunyi dari mimpi dan hasrat,walaupun ngeri mau juga dijamahnya.Sapa saja tak menolak dunia,kerana sapa saja terlalu cintakan dunia.Walaupun sementara.Dunia lah halangan utama menguji manusia.


Kasih pada dunia menjadi kita sibok mengatur dan memikir.Sibok mengatur dengan pelbagai usaha.Pintu hati tertumpu untuk mencapainya.Apabila sibok dengan satu perkerjaan,kuranglah perhatian kepada yang lain.Kuranglah perhatian pada akhirat.Walaupun umum tau akhirat tu kekal.Kita ketepikan akhirat.


Dunia dan akhirat ialah seperti dua pompuan yang bermadu.Apabila kamu sukakan seorang daripadanya,kamu memberi perhatian lebih kepadanya.Kasih mu lebih diberikan kepadanya.Semuanya diberi lebih dari yang satu lagi.Yang satu lagi itu terabai.Kecenderongan padanya juga turut merosot.Ia jadi juga seperti timor dan barat.Jauh ke timur, membelakangkan barat.Dekat ke barat,menjauhi timor.


Cukup memudaratkan kalau terlalu cintakan dunia.Ini Cuma untuk orang yang tamakkannya.Nabi saw bersabda : Sapa kasihkan dunia,mudaratlah akhiratnya.Sapa kasihkan akhirat,mudaratlah dunianya.Maka UTAMAkan yang kekal atas yang fana.

Monday, May 25, 2009

MAI PIKIAQ SAT

MERENUNG SEJENAK


Nabi saw menyebut dunia ni sebagai bangkai.Tak banyak manusia sedia memikirkannya.Ramai tak sanggup membenarkannya.Majoritinya masih kelam-kabut menghambat apa yang di kejar.Lepas satu ketika ke ketika yang lain.Membolot terus tanpa pantang larang.Yang berada nak tambah keberadaannya.Yang berkuasa nak tambah kuasanya.Seperti ereng-ereng membahamkan bangkai.Seperti lalat langau menghurungi kotoran.Seperti laksamana mabok menghunuskan kerisnya.Silakan,siapa saja ia akan membunuh.


Alhamdulillah , dalam kategori yang kecil masih ada lagi berwaspada dan beringat2 pesanan pimpinan agong Nabi saw.Seluruh dunia terselamat,kalau tidak dunia tak kekal selama ini.Dah lama di musnah Allah.


Kehidupan dalam kesenangan dan di ulek oleh nafsu payah nak ditinggalkan.Mana boleh nak pantang2.Orang sakit pun payah nak pantang.Pantang larang menjadi satu bebanan pula.Tidak ada daya upaya nak memisahkan nikmat sementara ini.Kerana tak berkesempatan nak merenung apa baik atau buruknya.Inilah sebabnya manusia akan terus di dalam maksiat.Mereka akan terus di dalam dosa.Nak bertaubat menjadi perkara ringan.Depa nak bersuka2an dulu,nanti tua baru bertaubat.Depa masih muda lagi.Awat ! Hidup dan mati ni kita tentukan sendiri ? Semuanya berada dalam kudrat Allah.


Memang payah nak tolak kelazatan dunia , kerana kita tak kenal kelazatan akhirat . Gadis di depan mata kita lihat tercantik , cuma sebelum kita melihat gadis2 cantik yang lain.Bila kenal ada lagi gadis2 yang cantik,masa tu baru boleh buat penilaian.Itu Cuma sebagai ibarat.Supaya mudah paham.Kalau tidak mampuih tak paham.Mana pernah kita tengok akhirat,hanya sa-nya mendengar dari Al-quran dan hadis.Aku dengar dan aku patuh.

Sunday, May 24, 2009

RONGKAI KONFLIK

RONGKAI KONFLIK


Mengapa kita berkonflik ? Kata orang semulajadi.Bermula dari Habil dan Qabil.Berkonflik sehingga berlaku pembunuhan.Tapi mengapa ? Kerana pendapat kita tak sehaluan.Kita converge ke bermacam hasrat,cita2 dan maklamat.Kita tak diverge kepada kehendak Allah dan RasulNya.Kita anggap kita superior.Kita anggap kita boleh.Malaysia pun boleh.Satu Malaysia boleh.Semua itu membolehkan kita berkonflik.Kita pandang diri sendiri.Kita percayakan diri sendiri.Kita hendakkan sesuatu hak untuk diri sendiri.Kita terlalu gelojoh.Kita lupa diri bila sesuatu di amanahkan kepada kita.Buat dunia ni hak sendiri.Begitu ragusnya manusia.Tamak dan haloba memporakperandakan segalanya.Segala kedamaian,kemurnian dan kesentosaan menerima padah yang ngeri.Mengelirukan hati sanubari.Mengelirukan rohani dan jasmani.Pada setiap hari.Dan hari demi hari.Tak renti2 hingga kini.We want to win one battle,but lose the whole war.Dan aku pernah kata,kita kurang pengalaman kerana tak mau belajar dari pengalaman.Dan kita kurang bijaksana ,kerana kita Cuma bijak di sini.


Tak sama bijaksana dan bijakdisini.Di sini kita bijak apa gunanya kalau tak bijaksana.Orang yang bijaksana ialah orang yang kenal masa depan disana.Pasai tu orang tua2 namai orang cerdik itu orang bijaksana.Takkan nak dipanggilkan gulai kalau tak dimasukkan rempah dan santannya.Nak jadi orang besar.Nak jadi orang berpower.Nak segala2nya,tapi kalau tak bijaksana,hapraklah kesudahan jadinya.Tok sah bersembang besar,tok sah bercakap pandai.Tok sah bertutur manis.Pepat di luar,rencong di dalam.


Bijak disini akan membawa peristiwa ngeri.Bijak disini akan melondehkan pekerti diri.Bijak disini perlu dihindari,dan ia bukan lagi misteri.Semua dah dimaklumkan Nabi saw.Semua dah ada di dalam kitab2 wahyuNya.Misterinya tak dijumpai di putrajaya.Atau di mana saja.Cuma yang ada, hanya dan sanya dalam kalbu2 yang bersih putih.Bersih putih di basuhi oleh ayat2 suci.Dimiliki oleh ahli2 bijaksana.Cukup bijaksana.


Wallahuaklam.

Saturday, May 23, 2009

THE WORLD IS A STAGE

THE WORLD IS A STAGE


Kita tak kenai diri.Ego kita terlalu tinggi.Tamak kita terlalu bertambah halobanya.Tidak ada kehambaan dalam diri.Kita hilang pedoman.Cakap berderai2 ,pungkoq tercalit taik busuk.Kita lupa terus hakikat kejadian,hakikat keujudan kita.Mulut mengaku Allah,Allah.Tapi tak menyerap masuk ke dalam kalbu.Dok meniti di bibir saja.Mulut manis menanam tebu.Hati busuk tak sapa yang tau.Manusia jadi hewan.Ikut2 hewan lebih mulia.Banyak berkhidmat untuk dunia.Membantu dan memusnahkan.Membantu supaya manusia banyak bersyukur.Dengan perkhidmatan dan makanan.Hewan memusnahkan,supaya manusia dapat bersabar.Dengan sakit deman berpunca dari binatang.La ni chikungunya asyik menyerang kita.Sikit sangat yang mengaku bala.Banyaknya kerana nyamok.Tapi manusia jarang2 bersyukur dan kurang bersabar.Manusia membuat mainan di muka bumi.Dari kecik manusia suka bermain dan sehingga dewasa juga turut bermain.


Dari kecik kita terpegun dengan dunia.Melihat dunia ni cukup cantik.Tapi Nabi saw barsabda dunia ni seperti bangkai.Kanak2 bermain dan main.Tak habeh2.Di kelas tadika lagi penoh dengan barangan permainan.Di ambil dan dimainkan.Pencipta reka pula berbagai2 lepas satu satu.Bila besar pun main lagi.Berbagai jenis direka dan di promotkan.dan dipertandingkan.Ditayang pula di kaca tv.Diberi hadiah kepada pemenang.Yang tak berkebolehan bermain menjadi penyokong.Keghairahan bermain membawa sampai ke tua.Kita permainkan dunia selumat2nya.Kita perlakonkan sehebat2nya.Dalam perbagai aktiviti.walaupun dalam majlis agama.Majlis kenduri kita lakon dengan adat2 kono dan baru.Kita sanding pengantin dalam edagan mainan .Kita bermain dengan makanan yang berbagai supaya menambahkan seri.Dengan DJ yang menggamatkan suasana.Hinggalah kita dibawa mati.Hari mati ada satu gulungan yang meraih untung.Sembahyang mayat di upah.Apakah itu khidmat kita pada si mati.Lepas tu dengan khenduri 7 hari,sebulan dan 100 hari.Kena ada pula hadiah Tupperware,kalau tidak tak sah.Semua jadi mainan……..panjang ceritanya………wallahuaklam.


Kerana suka sangat bermain2 dari kecik lagi,akhirnya bila lanjut umur Allah anugerahkan sifat nyanyok.Jadi budak2 semula. Mulalah kita bermain dengan taik sendiri.Sebelum itu bernostalgia dulu,seronok dengan masa lampau.Bermain dalam otak minda.


Berpolitik kita mempermain2kan lagi dengan berbagai propaganda.Kita permainkan politik yang sedia ada.Seolah2 dalam agama takdak politiknya.Kita bermahkamah membelakangkan mahkamah Allah.Kita berhujjah membelakangkan ayat2 Al-quran.Lintang pukang kita hambat dunia.Nasib baik Allah buat dunia ni bulat,mudah berguling.Naik turun atas bawah.Pengalaman kita pendek,kebijaksanaan kita kurang..............nak sedar tak sedar , dan baru sedar sudah pun masok kubur.

Friday, May 22, 2009

GOPOH DAN KALUT DAN TERBURU2

GOPOH


Kadang2 kami orang utara kata gopoh.Ada juga ketika kami kata kalut.Dua2nya sama.Satu sifat yang banyak mendurjanakan keadaan.Kerana sifat gopoh / kalut ni datangnya dari pengaroh syaitan.Iman yang menentukan baik/buruknya.Adalah satu nikmat kalau kita kasih pada iman.Bila gopoh ,kalut kita akan terburu2 nak buat sesuatu.Gopoh,kalut dan terburu2 semua ada dalam hati.Lintasannya tak berhenti datang ke dalam hati.Kita semua ada pernah mengalami semua ini.Hingga termimpi2 dalam tidoq.Hingga mengigau2.Orang srengenge kata ‘nak dik,dik’.Bila nak sesuatu , sifat ini tak dapat di halang oleh sesapa.Bila syaitan dah berjaya pengaruhi kita,dia akan lari jauh2.


Orang yang gopoh sokmonya ikut perasaan.Dia tak baca risikonya,hujung jatuhnya.Gopoh lawannya berhati2.Kita cermat dalam tindakan untuk mengelak akibat buruknya.Kita nenilai halangan dan bahaya.Kita perhalusi kerja yang kita buat.Kita cuba mengelak penyesalan.


PPSMI adalah satu kerja terburu2.Duit habeh banyak ,yang berjaya elek.Yang berjaya kami2 dulu.Belajar inggeris di special malay class.Pelajar2 terpilih.Di srengenge Cuma dapat 3 orang.Yang lain2 , sambung belajar si malay medium class.Yang di special malay pun berjaya.Yang di malay medium pun berjaya.Yang special malay tu boleh bercakap inggeris lebih baik dari orang putih.Dapat A1 in English depa hantar pi Kirkby .Dapat F9 pun pandai bertutur inggeris.Di malay medium pun ada yang boleh jadi doctor.PPSMI APA BOLEH ? Nak bagi lulus perturunkan graf.Dapat A1 bahasa inggeris pun lintang pukangnya dia punya grammer.SHIT.Semuanya kerana terlalu gopoh.Orang Melayu cepat gopoh dan mudah latah.


Menteri2 pelajaran dulu yang asal dari guru ada membuat kejayaan.Akhir2 ni yang tiada asas perguruan kurang menyengat.Banyak menyusahkan.Aku suka syorkan pada piem.Lantik menteri pelajaran yang dah menjalani 2 tahun kursus guru.Apa kata pembaca semua ?


Sempena hari guru 2009,itulah leteran ku.

Wednesday, May 20, 2009

WABAK DUNIA ,WABAK AKHIRAT

DARI WABAK KE WABAK


Dunia hari ni tak habis2 dengan berbagai wabak.Semua itu membuat manusia memberi perhatian sepenuhnya pada jasmani.Sepantas mungkin jasmani perlu dijaga.Berbagai virus di temui menggoda jasad manusia.Manusia cukup perihatin pada jasmani.


Yang melanda rohaninya ,manusia kurang beri perhatian.Berbagai virus juga serang rohani manusia.Virus kezaliman,virus rampasan kuasa,virus pilihanraya,virus caci mencaci,virus membenci adalah antara begitu banyak rahoni2 manusia menjadi rosak.Virus ini pula dibaja dan disemai.Habis rohani dan hati manusia pecah-belah.Virus altantuya pula membuat najib gundah-gulana.Big Mem juga tidor tak lena.Banyak virus jenis ini menjahanamkan manusia dalam hidup diakhirat.


Perhatian pada jasad lebih dari rohnya.Doktor merawat berbagai penyakit.Pesakit pula mencari ubat dengan cepat.Rohani yang sakit,tak perlu dirawat.Mereka tak kenal nilai manusia.Nilai manusia adalah pada rohnya.Roh yang sihat hidup aman damai di alam akhirat.Akhirat ialah tempat sebenar untuk hidup.Hidup di dunia hanya sementara,tempat menduga nafsu.Hidup akhirat Abadan-abada.Ambillah dunia sebagai bekalan.Agama tak menolak dunia.Tapi dunia yang membahamkan manusia.Yang cantik bukannya dunia.Nafsu memberikan kecantikan padanya.Dunia tak kekal.Tapi manusia tertarik sangat pada dunia,kerana mereka tak kenal akhirat.Tak dapat terpikiaq oleh akal,tak dapat dilihat oleh mata,tak pernah terdengar oleh telinga.Cuma kita percaya kerana itulah di ceritakan Al-quran dan hadis nabi saw.


Wallahuaklam.

Monday, May 18, 2009

CUMA DARI NYAMOK KEMETOT

WABAK CHIKUNKUNYA….Cuma dari nyamok kemetot


Walau apa pun kita kena redho pemberian Allah.Cuma kita ikhtiar mengatasinya.Oleh kerana aku seorang victim dari penyakit yang ramai kenalinya sebagai demam cikgu Ya,ingin ku coretkah sedikit kisahnya.Sebulan aku diserangnya.Kini di daerahku dan persekelilingnya boleh dikatakan kawasan wabak.Selang satu rumah adalah victimnya.Yang aku tau semuanya orang tua-tua.Sebelum ini hospital tambah 2 buah wad,dan sekarang banyak yang tak pi ke hospital.Berubat di klinik swasta.Ada yang berubat sendiri : minum air 100 plus atau pun air nyiok.Semua dah tau kena minum air banyak-banyak.Selain demam habeh sendi sakit dan tak berfungsi.Aku selama 3 hari tak boleh bergerak.Macam tongkai kayu.A hard days night,I had been sleeping like a log.Kata2 itu dari The Beatles 1960.


Selepas itu bila bangkit rasa pening.2 hari selepas itu hilang peningnya.Lengoh sendi2 masih tak reda.Kemudian rasa lupa-lupa perangai macam orang bodoh.Nak kata sesuatu tak boleh.kerana lupa.Bila sembahyang ( sembahyang duduk) lupa nak membaca dalam sembahyang.Tunggu lama2 baru boleh baca.


2 minggu berjalan macam Charlie Chaplin.Kena pakai tongkat.Badan mula rasa gatal2,naik biji2 halus.Kemudian dua tapak kaki dan tangan mula menggelupas kulitnya.Bila kesan biji halus mula menghilang, mula pula terasa kedua tapak kaki dan tangan macam dicucuk2 oleh jarum.Sakit tapi serangannya datang sekali-sekala saja.


Kini aku tak stabil lagi.Ada sikit2 lengohnya dan rasa bodohnya.Deman ni ada 3 kategorinya : seminggu,sebulan dan tiga bulan.Sekarang aku berpantang.3 benda yang di nasihat oleh pihak medic: nenas,pisang dan daging.Yang lain semua aku kebas.


Semua penyakit ada ubatnya,kecuali mati.
Bye,bye chikunkunya.

Friday, May 15, 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

SELAMAT HARI GURU 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi.


____________________________

CARILAH BUMI LAIN

BILA IBRAHIM a.s BERHUJJAH DENGAN NAMRUD


Ada yang bahagia dan ada yang sengsara.Banyak raja2 zaman dulu yang diriwayatkan hidup cukup sengsara.Raja Namrud cukup sengsara bila berhujjah dengan Nabi Ibrahim as.Dengan kezalimannya dia mengaku sama dengan Tuhan Nabi Ibrahim.Dengan zalim dia hukum Nabi Ibrahim.Dia menzalimi untuk menegakkan kuasa padanya.Supaya kuasanya tak diganggu gugat.Akhirnya Allah menunjukkan kuasaNya yang lebih tinggi.Hidayah Allah tak diberi kepada yang zalim.Jadi tok sah sangat nak berhujjah dan berurusan dengan yang zalim.Berdamping jauh sekali.Silap2 hari kita di baham oleh si zalim.


Pasai undang2 aku langsung tak pandai.Buta terus.Dalam pembicaraan kes2 terkini,lebih membuat aku bodoh sebodohnya.Yang ni kata sah,yang ni kata haram, yang ni kata tangguh.Yang aku Cuma paham ialah tak releven,semasa kes cokelat hacks.Pasai altantuya langsung aku tak reti.Yang jadi idaman ku ialah nak melaksana hukum Allah , dan aku cukup yakin dengan keadilannya.Berambuslah dari bumi Allah ini kalau sesapa saja yang tak yakin dengan undang2 Allah.

Wednesday, May 13, 2009

PENYAKIT LAMA DAH KEMBALI

PENYAKIT LAMA DAH KEMBALI


Al-kisah teringat aku pada cerita2 lama.Dalam cerita2 lama banyak memberi ibarat dan tunjuk ajar dalam semua hal.Di didik masyarakat supaya tak berhingus.Dulu masyarakat kita di kelas yang terbawah,tapi ilmu tradisi membuatkan bangsa di minda kelas pertama.Kini penyakit lama kembali pada bangsa kita.Pada bangsa satu Malaysia.Sikap kemarok mencampakkan satu Malaysia dalam kebinasaan.Dulu british menaklok Malaya bermula dari perak.Penyakit yang bernular dari perak ini juga akan menular.Kalau dibiarkan.


Singapura di langgar todak (ibaratnya tinggi),diselamatkan oleh akal budak.Kini kita perlukan akal budak untuk selamatkan satu Malaysia.Demokrasi macam tak boleh diharapkan.Islam hadhari jauh sekali.Pak lah hilang dalam semua iklimnya.Yang tinggal Al-quran dan Hadis.Itu pun tak dak sapa nak rujuk sebagai pedoman.


Penyakit lama dah kembali.Hasad dengki dan benci membenci bermula dari atas dah menular ke bawah.Penyakit ini jadi pisau cukur.Dan dia akan mengikis nilai2 agama.


Pergilah ke Mesir,ke China,ke Indonesia.Kita boleh lihat pyramid,tembok besar dan borobador.Mendatangkan hasil yang lumayan pada negara2 tersebut.Hasil pelancongan.Rakyat bergembira dapat duit.Tapi depa tak tau semua itu adalah dari hasil kezaliman firaun,raja2 dulu.Mendera tok nenek mereka membina pyramid,tembok besar dan sebagainya.Kalau depa tau ,depa tak akan berasa bangga.


Lihat dan renunglah dalam diri kita.Hakiskan penyakit lama.Syaitan menggunakan berbagai cara memusnahkan nilai manusia, mensemarakan hasad dengki,benci membenci dan meng-upgrade-kan kezaliman.

Tuesday, May 12, 2009

SHOOTING SPREE

SHOOTING SPREE


Today I go shooting spree.With Hasang and Smail much more younger than me,they are local hunters known not only in Srengenge but Sik as a whole. Musim buahan tahun ini kurang menjadi kerana berbagai bala,bermacam bala,serba mak neneknya bertubi2 menyerang manusia.Allah tak merestui permohonan hambanya.Orang tua ku beri tau salah satu sebab buah2an mogok ialah bila kerajaan tu zalim pada rakyatnya.Itu pertanda yang cukup jelas.


Kerana buahnya kurang dan diserang pula oleh tupai sebelom dibolot oleh babi yang berkeliaran ,aku ambil tindakan memanggil Hasang dan Smail menembak tupai2 yang aku cukup sayang nak membinasanya.Hasang dan Smail tepat mengena sasaran bila trigger dijatohkan.Satu pun tak miss.15 biji peluru,15 ekor tupai yang depa dapat membunuh.Bulat2 dan gemok.Kerana cukup makan.Sebelum ni aku tak pernah melastik.Tapi kalau biarkan depa,nanti habis tak dapat makan.Tupai tu pun bukan makan sangat,tapi dengki yang banyak.Tebok sana,tebok sini,merata2 buah.Jadi habis rosak semuanya.


Semoga bila musuh2 dah reda , dusun akan ada dalam aman damai.Negeri kita pun kalau nak bagi aman damai kena buang had dok khianat dan dengki….insyaallah aman lah kita.

PANDANGAN KU LI.....dari malaysiakini


Ku Li sokong DUN Perak dibubar

May 12, 09 9:28am

Pemimpin berpengalaman Umno menyokong tindakan menteri besar Pakatan Rakyat di Perak mengusulkan kepada istana agar membubarkan DUN bagi mengatasi kemelut politik sejak Februari.Mengulas keputusan mahkamah memberi semula jawatan menteri besar kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembubaran "satu-satunya cara" keluar daripada krisis tersebut."Kita berharap Sultan memperkenan untuk membubarkan DUN. Ia bukan sahaja tindakan sewajarnya, tetapi satu-satunya cara keluar daripada krisis yang membelit Perak, merosakkan keluhuran undang-undang, mencalarkan badan kehakiman, polis dan perkhidmatan awam negeri, dan mencemarkan sistem beraja di mata umum," kata bekas naib presiden Umno itu di blognya.


Di awal krisis ini, Tengku Razaleigh telah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa BN, termasuk menggugurkan jawatan Mohammad Nizar, dengan menyifatkannya di luar proses perlembagaan. Beliau juga telah mencadangkan pilihanraya negeri diadakan atau rakyat akan semakin meluat pada Umno.Dalam tulisan terbarunya, bekas pemimpin Parti Melayu Semangat 46 berkata kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Zambry Abd Kadir lebih kurang tiga bulan "selama ini haram dan semua keputusan serta kontrak yang dibuat olehnya tanpa asas perundangan."Tindakan kerajaan BN di Perak juga tidak sah menghalang sidang tergempar DUN pada awal Mac dan usul yang dibawa Zambry untuk menggantikan Speaker, V Sivakumar pada persidangan paling kecoh, Khamis lepas."Sultan, dan sistem beraja itu sendiri, menanggung malu dengan babak (politik) ini, termasuk usaha terancang oleh sesetengah pihak untuk menyemarakkan lagi isu menjadi perkauman dan penderhakaan."Tindakan seumpama ini hanya merosakkan lagi institusi yang mereka dakwa cuba mempertahankannya, dan (susulan itu) ia mencemarkan Umno dan BN," katanya. "Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."
Berita Terkini dalam SMSMaxis users- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)Umobile users

Saturday, May 9, 2009

BILA SYEIKH BERSIDANG DI BAWAK POKOK.......dari 1426.blogspot.com

petikan dari 1426.blogspot.com

Bila Sheikh bersidang Bawah Pokok
Sewaktu menanti majlis 'High School graduation' Saifullah, saya sempat membaca kembali buku foto SHEIKH ZAYED: LIFE AND TIMES 1918 -2004 oleh Noor Ali Rashid, di perpustakaan Sekolah Sheffield.Sheikh Zayed adalah bapa negara UAE yang wafat dalam bulan Ramadan tahun 2004 lalu. Saya tidak pernah berkesempatan untuk melihat Baba Zayed ini, tetapi dikatakan beliau ada aura dan karisma, selain bijaksana dalam menangani perpecahan antara kabilah arab di kawasan yang dulunya dipanggil Trucial States dan kini UAE.SheikhZayed adalah lagenda. Walaupun bilioanir tetapi hidup penuh sederhana, banyak membantu dari segi sumber kewangan....baca lapuran Telegraph sini. Menghijaukan gurun sebagai menghargai alam. Secara rasmi, beliau mempunyai 19 orang anak lelaki...Begitupun, dalam drama di Perak hari ini, antara foto yang menarik ialah, Sheikh Zayed banyak kali bersidang dan bertemu rakyat jelata di bawah pokok....hebat manusia Zayed ini.

Posted by fudzail at 8:25 AM 0 comments

Friday, May 8, 2009

MAU , TAK MAU...........

MAU , TAK MAU………


Mau , tak mau (MTM)…….boleh membongkar alam misteri dalam diri setiap individu.MTM juga melambangkan kerugian.Mesti kena,there is no choice.MTM membuat sesapa saja tak boleh lari.Mesti dihadapi.Suka atau tidak ,mesti bertemu.Hujung jatuhnya yang ada.Banyak perkara membuat kita MTM.
MTM,kita akan mati.MTM kita akan bertemu dengan Allah.MTM kita adalah nobody.MTM kita kena serahkan kuasa.MTM menunjukkan kita hidup dalam serba kerugian.Kita rugi kerana dunia yang pendek membuat kita lama merana di akhirat.Orang yang untung mendapat lazat akhirat,cuma dengan sedikit amalan baik.Kelazatan Abadan-abada.


Oleh itu MTM…berserahlah diri.Jangan jadi orang gila,jangan jadi orang bodoh.Jangan jadi MTM saja.Selidiklah rahsia alam,bongkarlah khazanah akhirat.Lepas tu mesti punya mau.


MTM , kenalah bertemu Allah.Kena MTM guna hukum Allah.MTM kena pandu dengan Al-quran.MTM janganlah bongkak.Jangan sombong.MTM dunia akan binasa.MTM jangan jadi haprak.Dengan kuasa yang sedikit Allah berikan,pandai2lah gunakan dia.Jangan terperangkap dengan syaitan.Syoknya sikit,azabnya lama dan perit.MTM muhasabahlah diri.Buat checking segera,sebelum ajal tiba.MTM mati juga.

Thursday, May 7, 2009

DARI angkasanuri.blogspot.com

PILIHAN BLOG YANG KU BACA HARI NI
07 May 2009

ORANG GILA DI TANJUNG RAMBUTAN PENING KEPALA DENGAN KERJA GILA DI DUN PERAK
Bila mendengar Tanjung Rambutan terus kita membayangkan tentang hospital yang menempatkan orang yang sakit jiwa, mengalami gangguan emosi dan psikoterapi kronik atau dipanggil gila.Pengalaman saya membuat lawatan ke hospital seperti ini di Tampoi Larkin Johor Baharu untuk membuat kajian ilmiah, orang gila ini ada juga kewarasannya. Misalnya ada yang dapat mengingati asal usul diri dan mempunyai sifat dan nilai-nilai kemanusiaan.Sebab itulah ada di kalangan penghuni di hospital gila dibenarkan berkeliaran bebas di perkarangan hospital. Cuma sifat mereka yang kadang-kadang gila-gila menyebabkan mereka tidak boleh bersama masyarakat umum yang tidak gila.Tetapi apa yang berlaku di DUN Perak hari ini menunjukkan sifat-sifat yang lebih gila daripada penghuni di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Di antara ciri-ciri gila yang dikenal pasti ialah :1. Gila menangkap orang2. Gila nak jadi speaker3. Gila nak jadi menteri besar4. Buat-buat gila.....
Posted by angkasanuri at 5/07/2009 02:23:00 PM

Monday, May 4, 2009

HADIS NABI saw MEMBONGKAR RAHSIA

HADIS NABI saw MEMBONGKAR SEGALA RAHSIA


Kita tak akan rasa pelek melihat kejadiaan2 terkini.Segala rahsianya telah pun diceritakan Nabi saw.Pilih mana saja hadisnya,bukti terpampang di mata. Tidak satu pun ,malah hampir semuanya ada.Cuma yang besar2 saja yang tak dapat dilihat.Tapi ketibaan akhir zaman cukup jelas.


Aku cuba nak menulis,tersalah sana sini.Macam cakap juga,mudah tersasul.Aku terpaksa buat checking supaya tak tersalah.Yang takutnya….takut orang tak paham apa yang ku tuleh.


Tadi aku membaca sebuah hadis yang mengupas panjang lebar tentang keadilan pemerintah.Membaca hadis semasa badan tak sihat cukup memberi kesan.Kerana nyamok kemetot ( kata anak saudaraku) ,dah hampir 20 hari aku jadi melongo bodoh.Hadis tersebut memberitau bagaimana pemerintah menghisap darah antara satu sama lain.Mereka adalah seperti serigala mengoyak daging2 kambing.Aku tak mau kupas lebih panjang kerana aku tak 100 % sihat.Tapi cuba saudara renungkan sikit,sudah pasti ia akan mentafsirkan segala yang berlaku kini.Dengan tamak pada dunia itulah mereka menghisap darah sesama sendiri.Masing2 berebut , walaupun sesama kroni.Masing2 berebut walaupun tendernya terhad.Aku pijak kepala hang,hang pijak kepala yang lain.


Wallahuaklam.

Saturday, May 2, 2009

HIDUP DAN MATI......apa dia ?

BERPIKIAQ NAK HIDUP


Semua orang dok pikiaq nak hidup.Celik2 mata bangun tidoq tak dak benda lain yang nak pikiaq.Dok ronda2 nak hidup.Ramai manusia yang jadi lupa akan mati.Kekadang tak mau pikiaq langsong tentang mati.Masing2 dengan kerenah hidup sendiri.Orang politik berligat otak dengan politiknya.Orang business dengan businessnya.Seterusnya dan seterusnya begitulah.Sedikit sangat yang nampak mati dihujung kaki.Halobanya manusia pada harta dan pangkat tak terkira.Tak cukup,mau dan mau lagi.Dikumpul dan dijulang entah kemana nak dibawanya.Masih tak sedar,walaupun dalam nyawa2 ikan.


Kongkongan sifat tamak payah nak ingat pada mati.Tamak pada harta dan pangkat tu sama saja.Mengikat minda ,mengusek kalbu dan menjahanamkan citarasa untuk mati,dan tak mau kenal pada mati.Perjalanan hidup kita didunia ialah perjalanan maut.Penghujung kita ialah mati.Kematianlah kejaran kita.Hidup yang sebenar ialah di akhirat.Tiada kehidupan selain akhirat.


Bersedap2lah seketika sebelum tiba ajal.Kalau mau hidup senang lenang kenalah banyak buat persediaan untuk mati.Ambillah dunia untuk bekalan mati.Kena pandai2,kena ada ilmu,kena ada caranya dan juga kaedahnya,kena pandai niatnya,kena ikut pedoman Al-quran dan sunnah.Ikutilah sahabat2 Nabi saw.Bilangannya seperti bintang2 di langit.Ribu2an.