Thursday, May 28, 2009

ADAKAH AKU TAU

ADAKAH DAN ADAKAH


Adakah kita betul ?
Adakah kamu betul ?
Adakah kita salah ?
Adakah kamu salah ?

Semuanya bermula di sekolah.Kita diajar betul atau salah sejak menjejak kaki ke sekolah.Di situ kita mula kenai guru dan kawan.Kita kenai betoi dan salah.Di rumah sebelumnya kita kenai2 sikit2.Anak manja payah nak kenai.Kalau sokmo di marah,kenai semuanya salah.Dia memberi problem pada masyarakat.


Bukan senang nak kenai betoi dan salah.Ada manusia sampai ke tua pun tak kenai betoi dan salah.Lebih2 lagi bila lumpur kejahilan berselaput di badan dan minda.Hidup tak sempurna,bertatih-tatih macam budak belajar berjalan.Macam separoh lega dari chikungunya.Tak berbalance jadinya.Sat berat ke kiri.Sat berat ke kanan.Nasib tak baik terjun turun longkang.Kalau umur pendek,mampuih di situ.


Sebab utama dunia jadi busuk,dunia jadi bangkai ( kata Nabi saw ) pasai tak kenai betoi dan salah.Bila semua jadi busuk,manusia turut tercalit jadi busuk.Bukan sikit manusia busuk.Hari2 setiap ketika kena pakai pewangi.Celah kangkang busuk,celah ketiak lebih2 lagi.Tabiat pun berubah,busuk habeh hati perut.Pasai tu taik bau busuk.Shahnon Ahmad pandai tuleh pasai taik busuk.Sila baca buku SHIT.Busuk berdengung.Aku dah lima kali khatam.Hingga nak pilih pemimpin wangi payah.Banyak pemimpin busuk.Banyak makan benda2 busuk.Rasuah tu busuk,depa makan.Yang bersih pun di reka jadi busuk.Buat kerja tak ikhlas.Tangan kanan memberi,tangan kiri pun tau.Kaki kiri dan kanan juga tau.Babi di hutan pun tau.Buat kerja tu betoi-betoi.Yang salah tetap salah.


Adakah betoi atau salah ? Adakah kita tau ? Adakah aku tau ?
Belum tentu lagi.

5 comments:

Anonymous said...

salam pakcha,

Ada sebuah lagu : Mana ku tau,oh mana ku tau .

Penyanyinya pun aku tak tau.
Tahunnya juga tak tau.

thank you.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

waalaikomsalam,

CARI TAHU , SEMUA ADA ILMUNYA.

Kalau tak silap itu lagu R.Azmi.
Arwah asalnya keturunan raja perak.
Memilih untuk hidup sebagai rakyat,sebagai seniman.Menyanyi.Sebagai rakyat.

Kalau masih hidup dah tentu dia setuju bubar DUN perak.Kembalikan kepada rakyat.

thank you too.

Leenoh said...

Salam.
Saudara Pak Cha.
Pasal tahu dan tidak tahu ini panjang ceritanya.
Ada yang dia tau, yang dia tak tau. Ada yang tak tau yang dia tak tau disangkanya dia tau.Ada yang dia tau yang dia memang tau tapi dia buat tak tau. semua di atas tak berapa boleh pakai.

Dia tau, yang dia tau dan dia ambil tau, orang ini ok.
Faham kot, saja melawak dengan Pak Cha. hehehe.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr. leenoh,

Tau-tau sajalah leenoh . Setengah orang nak melawak pun tak tau .he,he,he.

wassalam.

Leenoh said...

Salam.
Sdr.Pak Cha - dulu masa bersekolah Us.Fadzil Noor cerita berkenaan jahil murakkab, masa itu saya tak tau apa itu jahil murakkab, rupanya dia tak tau, yang dia tak tau dalam sesuatu hal dan bila dia tak tau yang dia tak tau maka dia sangka dia tau. Jadi dia pun tak pergi belajar.
Susah juga nak terang.hai berbelit-belit.