Monday, May 25, 2009

MAI PIKIAQ SAT

MERENUNG SEJENAK


Nabi saw menyebut dunia ni sebagai bangkai.Tak banyak manusia sedia memikirkannya.Ramai tak sanggup membenarkannya.Majoritinya masih kelam-kabut menghambat apa yang di kejar.Lepas satu ketika ke ketika yang lain.Membolot terus tanpa pantang larang.Yang berada nak tambah keberadaannya.Yang berkuasa nak tambah kuasanya.Seperti ereng-ereng membahamkan bangkai.Seperti lalat langau menghurungi kotoran.Seperti laksamana mabok menghunuskan kerisnya.Silakan,siapa saja ia akan membunuh.


Alhamdulillah , dalam kategori yang kecil masih ada lagi berwaspada dan beringat2 pesanan pimpinan agong Nabi saw.Seluruh dunia terselamat,kalau tidak dunia tak kekal selama ini.Dah lama di musnah Allah.


Kehidupan dalam kesenangan dan di ulek oleh nafsu payah nak ditinggalkan.Mana boleh nak pantang2.Orang sakit pun payah nak pantang.Pantang larang menjadi satu bebanan pula.Tidak ada daya upaya nak memisahkan nikmat sementara ini.Kerana tak berkesempatan nak merenung apa baik atau buruknya.Inilah sebabnya manusia akan terus di dalam maksiat.Mereka akan terus di dalam dosa.Nak bertaubat menjadi perkara ringan.Depa nak bersuka2an dulu,nanti tua baru bertaubat.Depa masih muda lagi.Awat ! Hidup dan mati ni kita tentukan sendiri ? Semuanya berada dalam kudrat Allah.


Memang payah nak tolak kelazatan dunia , kerana kita tak kenal kelazatan akhirat . Gadis di depan mata kita lihat tercantik , cuma sebelum kita melihat gadis2 cantik yang lain.Bila kenal ada lagi gadis2 yang cantik,masa tu baru boleh buat penilaian.Itu Cuma sebagai ibarat.Supaya mudah paham.Kalau tidak mampuih tak paham.Mana pernah kita tengok akhirat,hanya sa-nya mendengar dari Al-quran dan hadis.Aku dengar dan aku patuh.

4 comments:

Anonymous said...

CIKGU PAK CHA,

Ikut ayah saya,dia kata banggol derdap ni cukup terkenal di era 50an dan awal 60an dulu.Lahuma dan Jeha ,2 watak dalam 'Ranjau sepanjang Jalan' mengajar masyarakat 'mai pikiaq sat' mengenai kemiskinan rakyat.

Masa itu pegawai yang majoritinya membaca nobel tu cukup kenai yang masyarakat kita kaya dengan kemiskinan.Novel tu jadi teks sastera.

Mungkin cikgu lebih termaklum.
wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

saudara anonymous ,

Terima kasih kerana mengikuti blog saya.

Benar seperti apa yang dikata.Novel RSJ di karang oleh Prof.Em.Shahnon Ahmad.Mengarang lebih dari 50 buah novel.RSJ diterjemahkan dalam 6 bahasa.

Novel SHIT pun banyak orang tau.Semua cerita2 novel berkait dengan masyarakat,walaupun cerita pasai sang kancil,ia menggambarkan masyarakat di masa itu.Orang mengaji sastera boleh mendalami penghayatannya.Kalau SHIT tu busuk,busuklah masyarakat kita di masa tu.

Mungkin kalau dia sihat,dia akan tulis banyak lagi tentang masyarakat kita.Mungkin akan tulis tentang hantu altantuya.

Harap jumpa lagi.
wassalam.

CM said...

Salam cikgu..

Masyaallah,sungguh puitis frasa ini..

" Seperti ereng-ereng membaham bangkai....
Seperti lalat langau menghurungi kotoran...
Seperti Laksamana mabuk menghunus keris.."

Dipetik dari Hikayat Hang Tuah,bagaimana Laksamana Hang Jebat menjadi mabok darah,takkala ditikam dengan Taming Sari oleh sahabat dianggap sejati..dengan satu laungan "akan ku amuk seluruh Kota Melaka" (teringat belajar sastera form 6 dulu)

Semua tu berlaku kerana nafsu,kemahuan mengatasi pemikiran,kehendak mengatasi kemampuan,keinginan mengatasi keimanan..akhirnya hanyut tanpa sempat pikiaq walaupun sat..hancuss lebur..

Saya ingin sepuitis cikgu...tapi mungkin masih mentah dalam hidup.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam cikgu mas,

you pun ada bakat,anak cucu tok Adam boleh menguasainya....dan pernah belajar sastera,tentu sekali memiliki seninya.

Seni sastera dalam Al-quran lebih menakjubkan.Pembaca Al-quran tak pernah tegeliatnya lidah.Keindahannya tak tau nak komen, maklumlah Kalam Allah.Otentiknya Al-quran,dijamin Allah hingga kiamat.

wallahuaklam.