Tuesday, May 26, 2009

POMPUAN BERMADU DUA

POMPUAN BERMADU DUA


Keperbagaian yang tampil di dunia membuat nafsu tergoda.Ikut nafsu semuanya nak digapai.Bujur lalu ,melintang patah.Diusaha dengan penuh gigih untuk dimiliki.Dengan cara dan kaedah , tak pernah sunyi dari mimpi dan hasrat,walaupun ngeri mau juga dijamahnya.Sapa saja tak menolak dunia,kerana sapa saja terlalu cintakan dunia.Walaupun sementara.Dunia lah halangan utama menguji manusia.


Kasih pada dunia menjadi kita sibok mengatur dan memikir.Sibok mengatur dengan pelbagai usaha.Pintu hati tertumpu untuk mencapainya.Apabila sibok dengan satu perkerjaan,kuranglah perhatian kepada yang lain.Kuranglah perhatian pada akhirat.Walaupun umum tau akhirat tu kekal.Kita ketepikan akhirat.


Dunia dan akhirat ialah seperti dua pompuan yang bermadu.Apabila kamu sukakan seorang daripadanya,kamu memberi perhatian lebih kepadanya.Kasih mu lebih diberikan kepadanya.Semuanya diberi lebih dari yang satu lagi.Yang satu lagi itu terabai.Kecenderongan padanya juga turut merosot.Ia jadi juga seperti timor dan barat.Jauh ke timur, membelakangkan barat.Dekat ke barat,menjauhi timor.


Cukup memudaratkan kalau terlalu cintakan dunia.Ini Cuma untuk orang yang tamakkannya.Nabi saw bersabda : Sapa kasihkan dunia,mudaratlah akhiratnya.Sapa kasihkan akhirat,mudaratlah dunianya.Maka UTAMAkan yang kekal atas yang fana.

3 comments:

Anonymous said...

TAJUKNYA PENOH SUSPENSE.........
DAN CITERNYA LAGI BERSUSPENSE...
ORANG TUA BANYAK ASAM-GARAMNYA..

TABEK UTK PAKCHA

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Boleh tabek,terima kasih.
Yang bimbangnya bila tua sampai ke nyanyok.Masa tu tak sapa nak tabek.

Yang nyanyok pula pi tabek sana,tabek sini.Jumpa ikan keli pun dia tabek.

CM said...

Salam cikgu...waktu rehat berkursus sempat jugak saya jenguk blog cikgu..

diblog saya,saya sempat mengulas tentang dunia dan akhirat,tapi termenung seketika saya dengan kemampuan cikgu meletakkan metafora sebegini bombastik pada perbandingan dunia dan akhirat,bagai dua perempuan bermadu?aduuh cikgu nak baca pun takut!!!.ni bukan asam garam lagi,rempah kunyit semua dah cukup..

Sama seperti comment atas,saya tetap tabik spring,tak kiralah nyanyuk atau lupa..