Wednesday, May 20, 2009

WABAK DUNIA ,WABAK AKHIRAT

DARI WABAK KE WABAK


Dunia hari ni tak habis2 dengan berbagai wabak.Semua itu membuat manusia memberi perhatian sepenuhnya pada jasmani.Sepantas mungkin jasmani perlu dijaga.Berbagai virus di temui menggoda jasad manusia.Manusia cukup perihatin pada jasmani.


Yang melanda rohaninya ,manusia kurang beri perhatian.Berbagai virus juga serang rohani manusia.Virus kezaliman,virus rampasan kuasa,virus pilihanraya,virus caci mencaci,virus membenci adalah antara begitu banyak rahoni2 manusia menjadi rosak.Virus ini pula dibaja dan disemai.Habis rohani dan hati manusia pecah-belah.Virus altantuya pula membuat najib gundah-gulana.Big Mem juga tidor tak lena.Banyak virus jenis ini menjahanamkan manusia dalam hidup diakhirat.


Perhatian pada jasad lebih dari rohnya.Doktor merawat berbagai penyakit.Pesakit pula mencari ubat dengan cepat.Rohani yang sakit,tak perlu dirawat.Mereka tak kenal nilai manusia.Nilai manusia adalah pada rohnya.Roh yang sihat hidup aman damai di alam akhirat.Akhirat ialah tempat sebenar untuk hidup.Hidup di dunia hanya sementara,tempat menduga nafsu.Hidup akhirat Abadan-abada.Ambillah dunia sebagai bekalan.Agama tak menolak dunia.Tapi dunia yang membahamkan manusia.Yang cantik bukannya dunia.Nafsu memberikan kecantikan padanya.Dunia tak kekal.Tapi manusia tertarik sangat pada dunia,kerana mereka tak kenal akhirat.Tak dapat terpikiaq oleh akal,tak dapat dilihat oleh mata,tak pernah terdengar oleh telinga.Cuma kita percaya kerana itulah di ceritakan Al-quran dan hadis nabi saw.


Wallahuaklam.

5 comments:

Hafez Iftiqar said...

sakit lagi chikungunya? baru tahu ayahanda sakit.semoga cepat sembuh dan semoga kesabaran terima dugaan tu jadi asbab utk ditambahkan lagi amal kebaikan dan dihapuskan dosa, amin...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

salam anakanda,

Terimakasih doa dari anakanda.Semoga anakanda juga sihat dan berjaya dalam mengejar cita2.

Maksiat banyak,bala pun tiba.Bertubi2 pula tu.Manusia oh manusia.Sedarlah akan janji2 Allah.

wassalam.

Noor said...

As Salam,
tumpang membaca blog ayahda.. ayat2diperenggan yg terakhir.. bagaikan nasihat yang dah lama tak didengar.. meleleh air mata.. tulisan yang amat mendalam erti nya..
mohon izin untuk terus membaca blog ayahda.. agar dapat menjadi pedoman..

Leenoh said...

Salam Pak Cha.
Memang betul yang cantik dan indah itu bukanlah dunia, keindahan itu hanya disalut oleh nafsu.

Dunia sebenarnya najis jika berbanding dengan syorga,dunia ini di sisi Allah tanpa nilai kalau adapun tiada sampai sebesar sayap nyamuk pun.

Tetapi manusia jadikan dunia sangat bernilai sehingga berebut-rebut sesama mereka, berperang,merompak, membunuh dan sebagainya sehingga kehidupan dunia tidak bersih lagi.

Perbuatan manusia yang tidak mahu patuh kepada Allah itu menyebabkan dunia ini menjadi kotor dan terhasil berbagai-bagai penyakit. wallahu aklam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Saudara Noor dan leenoh ,

syukran kerana mengikuti blog saya.Kalau ada apa2 yang salah tolong beri teguran.Saya cukup syok kalau menegur saya.Walaupun dah tua,tapi ilmu masih sikit.

Walaupun asal cikgu,tapi cukup sudi menjadi murid.Nak belajar sampai ke liang lahat.

Insyaallah jumpa lagi,kalau umur masih panjang.

wassalam.