Saturday, May 2, 2009

HIDUP DAN MATI......apa dia ?

BERPIKIAQ NAK HIDUP


Semua orang dok pikiaq nak hidup.Celik2 mata bangun tidoq tak dak benda lain yang nak pikiaq.Dok ronda2 nak hidup.Ramai manusia yang jadi lupa akan mati.Kekadang tak mau pikiaq langsong tentang mati.Masing2 dengan kerenah hidup sendiri.Orang politik berligat otak dengan politiknya.Orang business dengan businessnya.Seterusnya dan seterusnya begitulah.Sedikit sangat yang nampak mati dihujung kaki.Halobanya manusia pada harta dan pangkat tak terkira.Tak cukup,mau dan mau lagi.Dikumpul dan dijulang entah kemana nak dibawanya.Masih tak sedar,walaupun dalam nyawa2 ikan.


Kongkongan sifat tamak payah nak ingat pada mati.Tamak pada harta dan pangkat tu sama saja.Mengikat minda ,mengusek kalbu dan menjahanamkan citarasa untuk mati,dan tak mau kenal pada mati.Perjalanan hidup kita didunia ialah perjalanan maut.Penghujung kita ialah mati.Kematianlah kejaran kita.Hidup yang sebenar ialah di akhirat.Tiada kehidupan selain akhirat.


Bersedap2lah seketika sebelum tiba ajal.Kalau mau hidup senang lenang kenalah banyak buat persediaan untuk mati.Ambillah dunia untuk bekalan mati.Kena pandai2,kena ada ilmu,kena ada caranya dan juga kaedahnya,kena pandai niatnya,kena ikut pedoman Al-quran dan sunnah.Ikutilah sahabat2 Nabi saw.Bilangannya seperti bintang2 di langit.Ribu2an.

4 comments:

Hafez Iftiqar said...

Salam ayahanda, semoga tenang-tenang di samping yang tercinta. Doa saya dari kejauhan, semoga terus diberi kekuatan utk beramal =) Sibuk nak exam - ada lagi 3 semester kalau tak ada aral, inshaAllah...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

semoga Allah memberi kejayaan pada anakanda.

terimakasih kerana menjengok blog ayahanda.

Al-Faqir Ila 'Afwi Rabbihi Abu al-Fateh Muhammad Fadhli Ismail al-Qad-hi (Kedah) said...

Syafakallahu Ya Pak Long, dalam seminggu ada beberapa kali saya buka blog Pak Long ni, nak menyantap minda orang lama. Tapi hampa juga kerana masih isi lama. Tak tau pulak rupa-rupa Pak Long kena penyakit musabbab daripada makhluk Allah yang kemetot tu. Semoga itu menjadi peningkatan darjat kepada Pak Long atau kaffarah. Fadhli (musnad313.blogspot.com)

Azizi Ahmad Termizi: said...

Salam Pak Cha

Semoga cepat sembuh...Allah nak bagi pahala lebih tu.