Sunday, May 24, 2009

RONGKAI KONFLIK

RONGKAI KONFLIK


Mengapa kita berkonflik ? Kata orang semulajadi.Bermula dari Habil dan Qabil.Berkonflik sehingga berlaku pembunuhan.Tapi mengapa ? Kerana pendapat kita tak sehaluan.Kita converge ke bermacam hasrat,cita2 dan maklamat.Kita tak diverge kepada kehendak Allah dan RasulNya.Kita anggap kita superior.Kita anggap kita boleh.Malaysia pun boleh.Satu Malaysia boleh.Semua itu membolehkan kita berkonflik.Kita pandang diri sendiri.Kita percayakan diri sendiri.Kita hendakkan sesuatu hak untuk diri sendiri.Kita terlalu gelojoh.Kita lupa diri bila sesuatu di amanahkan kepada kita.Buat dunia ni hak sendiri.Begitu ragusnya manusia.Tamak dan haloba memporakperandakan segalanya.Segala kedamaian,kemurnian dan kesentosaan menerima padah yang ngeri.Mengelirukan hati sanubari.Mengelirukan rohani dan jasmani.Pada setiap hari.Dan hari demi hari.Tak renti2 hingga kini.We want to win one battle,but lose the whole war.Dan aku pernah kata,kita kurang pengalaman kerana tak mau belajar dari pengalaman.Dan kita kurang bijaksana ,kerana kita Cuma bijak di sini.


Tak sama bijaksana dan bijakdisini.Di sini kita bijak apa gunanya kalau tak bijaksana.Orang yang bijaksana ialah orang yang kenal masa depan disana.Pasai tu orang tua2 namai orang cerdik itu orang bijaksana.Takkan nak dipanggilkan gulai kalau tak dimasukkan rempah dan santannya.Nak jadi orang besar.Nak jadi orang berpower.Nak segala2nya,tapi kalau tak bijaksana,hapraklah kesudahan jadinya.Tok sah bersembang besar,tok sah bercakap pandai.Tok sah bertutur manis.Pepat di luar,rencong di dalam.


Bijak disini akan membawa peristiwa ngeri.Bijak disini akan melondehkan pekerti diri.Bijak disini perlu dihindari,dan ia bukan lagi misteri.Semua dah dimaklumkan Nabi saw.Semua dah ada di dalam kitab2 wahyuNya.Misterinya tak dijumpai di putrajaya.Atau di mana saja.Cuma yang ada, hanya dan sanya dalam kalbu2 yang bersih putih.Bersih putih di basuhi oleh ayat2 suci.Dimiliki oleh ahli2 bijaksana.Cukup bijaksana.


Wallahuaklam.

4 comments:

Anonymous said...

salam pak cha,

memang kita tak bijaksana . Kita bijak disini yang tak memberi erti.

konflik kita yalah konflik nilai.Nilai di sana dan nilai disini.Kita tak juga bijak menilainya.

Kita menjahnamkan nilai.

CM said...

Assalamualaikum...cikgu

3 kali ,,,saya ulang membaca,saya cari intipatinya,saya cuba cari isi tersiratnya,maka dari pandangan saya sebagai cikgu yang muda mentah ini saya memahami intipatinya berkisar pada sindiran pada mereka2 yang bergelar bijaksana..tapi jahil pada hakikatnya

Teruskan cikgu!! menulis dari rasa hati dan jiwa yang kaya dengan pengalaman dan rentak dunia.Saya amat mengkagumi cikgu

Salam ukhwah dari peminatmu

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

cikgu mas,

terimakasih kerana sudi membaca blog orang tua.

Tugas guru cukup berat. Kerana cikgu lah adanya perdana memteri adanya pemsebar adanya apa saja jawatan.Kerana semua itu bermula dari guru.Mereka semua kena berguru.Kalau mereka jadi haprak hati guru tentu terguris.Mungkin mereka selepas berguru,mereka mengambil nafsu menjadi guru.

Nafsu mudah digoda oleh syaitan.

sekian,maaf kalau tersilap.

wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

cikgu mas,

maaf ejaan tersalah.

memteri = menteri
pemsebar = pembesar.

wassalam.