Friday, November 6, 2009

DOWN MEMORY LANE





DOWN MEMORY LANE

Kelmarim,semalam hingga ke pagi ini hujan mencurah2 tanpa hentinya.Merupakan satu medley ala marathon.Aku bangun awal untuk solat subuh.Sejuknya menggetarkan dagu.Bayu pagi yang menghembus nipis menikam hingga ke tulang som-som.Beburung tidak bersiul pagi ini.Ayam jantan sekali sekala berderai2 kokoknya walaupun ekornya bergelumang taik.Kucing jantan menggalak memanggil betina.Musim menambah zuriatnya,musim sejok.Beberapa pelepah nyiok kering gugur ke bumi.Sebelumnya singgah di bumbung rumah.Berdentum bunyi macam gugurnya bom atom di Hiroshima.


Biji2 manik hujan menitis entah berapa billion trillion jumlahnya.Segala lopak dipenuhi air.Di sungai dan lain2 laluan , air melimpahi tebing.Haruan dan keli mudik mencari perlindongan.Dulu aku lah hero menangkap ikan2 ini.Emak dan ayahku cukup gembira,aku pandai menjinakkan alam.Bukan saja aku pandai di air , aku juga pintar di hutan.Binatang liar dapat aku jinakkan.Binatang pelandok sepintar2 nya dapat aku eksploit.Aku tangkap guna ‘ciding’.Orang sekarang dah tak kenal ‘ciding’.Ia satu cara menjerat binating liar.Menangkap burung di udara aku boleh lakukan saja dengan mudah.Lastik ku cukup mengena.Sebutir peluru , seekor mangsanya.Pelurunya mahal.Diproses dari tanah liat.Digelintir dengan dua tapak tangan menjadi bulat .kemudian dijemor hingga kering.Kerasnya boleh tahan.Macam juga dengan kayu ‘taklamu di bukit’.


Hujan masih menitis terjun ke bumi.Gara nak rentinya belum pasti.Dia akan turun lagi dan lagi.Hingga Kelantan dan Terangganu digenangi air.Hingga rumah di masuki air.Hingga mangsanya dikumpulkan di dewan sekolah.Mereka semua dijamu nasi kawah.Nasi dan gulai ikan kering di campor terong.Sedapnya menjilat jejari.Moga tahun depan hujan datang lagi.Boleh makan nasi free.Di masa lain janganlah harap.Duit royalty minyak dua negeri ini pun depa bawa lari.

4 comments:

My Life said...

sala ayahnda...

salam perkenalan ayahnda..moga ayahnda dan keluarga dalam keadaan sihat dan dalam lindungannya..

hujan kat kelantan dan terengganu dah beberapa hari turun.. air makin naik, tapi dalam tahap ok lagi..

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda,

TQ doa anaknda.Ayah pun sama doakan.

serupa juga di kedah.Tu la ayah tulis pasai hujan.

Hujan itu rezeki.Tapi kena pandai menilainya.

wassalam.

amirul abdul majid said...

salam pak cha
harap2 sik x kena banjir besar lagi..dah tak ada orang muda di kampung nak tolong angkat barang

NGINAP SRENGENGE said...

ANAKNDA AMIRUL,

SIK TAK BANJIR....INSYAALLAH.
MAK MAH/PAK JID SEMUA SIHAT....ALHAMDULILLAH.

WASSALAM.