Friday, November 13, 2009

UBI KELEDEK





UBI KELEDEK


Dalam masyarakat Melayu,inilah ubi resminya.Zaman dulu setiap keluarga ada saja di tanam di belakang rumah.Ia makanan resmi.Boleh direbus,digoreng,dimasak sayur,dimasak sebagai gulai,di buat bubur.Sekarang pun peminat2nya banyak.Cukup enak di buat resepi sebagai kuah mee.Lagi sedap di buat kuih che mek molek.Isi karipap pun kekadang dimasokkan ubi keledek.
Dari segi perubatan pula ia cukup mujarab menangkis lemak dalam badan.Ia mempunyai serat yang tinggi.Lemak sukar menyerap dan mudah terperangkap.Tapi pengguna kena pandai memakannya.Jangan kupaskan kulitnya.Rebuskan dulu ubinya,bila masak baru disiangkan kulitnya.Bahagian isi yang rapat dengan kulit mempunyai lebih 90% vitamin.Bila dikupas habislah 90% vitamin.Yang lain tu cuma hampas.
Pucuk mudanya pula boleh mengubati penyakit semelit dan berak berdarah.Rebus saja dibuat ulam.Cukup enak di makan bersama sambal.Rebus biar kehijauannya tak hilang.Lebih baik dicelor saja.
Masa pi Makkah baru ni aku dapati banyak terdapat di pasar2 dekat Misfalah.Di Bin Dawood pun aku dapati ada dijual.Direbus makan sebagai sarapan pagi,dan dicicah dengan isi nyior parut
digauli sedikit gula dan garam adalah kegemaran ku.Lepas tu hirup pula kopi O panas.Serbok kopi pula buatan orang kampong.Tak di mesin,tapi ditumbok dengan lesong kayu.Wah-wah, mai Pak Non , mai Azli ,cikgu mas dan sesapa saja yang membaca blog aku....boleh tambah secawan lagi.

2 comments:

kotastar said...

Betoi tu! Baru kelmarin saya dijamu ubi keledek goreng oleh orang rumah.Kepingannya disiram dengan madu lebah. Sedap dan juga menjembuhkan selsema. Kena pula dengan teh O. Apa hendak lagi. Kopi O tentu lebih hebat.

NGINAP SRENGENGE said...

Pak Non,

Cuba (try) lepat pisang pula.

wassalam.