Friday, November 13, 2009

LEPAT PISANG & CERITA LONG TIME AGO



Ini gambar lepat pisang aku ambik di blog anaknda Zura sekarang berada di Yanbu,Madinah.

Memang petang tadi aku makan lepat pisang.Cukup sedap.Istimewanya Mak Wan guna pisang emas.Makan panas2 kali ni dengan minuman teh O.Teh arab ku beli di Makkah.Kopi O dah kehabisan , lagi pun aku dinasihat doktor supaya tinggalkan saja kopi.Pasai kesihatan kita tak boleh bantah doktor.Bukan takut kat mati.Tapi biarlah mati tak menyusahkan anak2 dan bini.Susahnya depa nak bela kita bila sakit.Dok mintak biar mati dalam sembahyang,dalam iman.

Sambil dok makan lepat tadi aku sekaligus membaca post aku yang ditulis dalam tahun 2007 dulu.Hati berasa seronok mengingati cerita2 aku zaman dulu.dan aku harap pembaca2ku boleh share cerita lama aku dulu.Jadi aku paste semula untuk sama suka2.

A LONG TIME AGO

LONG , LONG TIME AGO
Tahun ni aku tunaikan puasa cara mudah,sesuai dengan aku sebagai orang ulu .Masakan ulu memang aku minat.Cucur dan kuih-muih tak menggamit selera ku . Makan nasi bersambal belacan ,ulam dan ikan kering lebih mengiorkan.


Mengingati sejarah hidup ku dulu ,aku tak sangka aku boleh jadi begini .Masa kecil ku dulu sebagai anak luar-bandar dari keluarga miskin ,merayau-rayau dalam 'bandaraya' hutan-belantara menjadi mainan harian . Alam hidup ku bagaikan hidup anak Afrika 'kunta-kinte' . Memerangkap burung dan pelandok aku cukup pakar. Lintah dan pacat aku tak hirau . Sekenit dan tungau hinggap di badan setiap hari , dan aku tak risau walaupun kadang-kadang dia ketik di telor dan kote ku . Bila rasa gatal aku garu dan tak pernah aku manja pada emak atau ayah ku. Masok hutan berkaki ayam , dan kalau pakai kasut pun pada musim raya , itupun sekejap saja.Bila tumit ku rasa sakit , aku galas kasut untuk kemana2 , dan aku tak berasa pelik .Orang yang tengok pula yang rasa pelik.


Masa mengaji dulu pun aku tak kisah , cuma aku pi setiap hari ke sekolah . Apa aku nak baca , buku pun tak ada .Maklumlah mengaji zaman tu cuma pakai papan batu dan kalam pun juga batu . Bila pecah beli yang baru . Harganya aku tak ingat .Kadang2 cikgu beri percuma .


Di kampong ku tidak ada kemudahan asas. Jalan pun tak ada , yang ada cuma denai . Letrik dan air paip jauh sekali dan tak pernah aku terlintas di kepala bahawa benda2 itu ada .Aku sedar benda itu ada bila aku di hantar oleh gurubesarku ke sekolah inggeris di Sungai Petani. Aku pun tak tau bagaimana aku terpilih .Aku pun tak tau adakah aku cerdik atau bodoh .Tiga orang kawan ku yang terpilih ialah 2 orang anak guru dan seorang anak pegawai daerah.Sekarang baru aku sedar bahawa aku ni cerdik. Kalau tidak masa kan aku terpilih.


Bila melangkah kaki ke sekolah inggeris, sepatah perkataan inggeris pun aku tak tau. I knew nothing .Nak berak di jamban pun aku tak tau .Ada flush-water system pula. Mula aku takut bila ditarik tali ,air akan mencurah turun. Seminggu aku tak berak.Busuknya kentut habis cerita.Tapi sapa yang tau aku yang kentut.Aku cerdik , aku pandai kawal diri. Kekawan yang lain pula yang kena ejek. Menangis budak tu . Di hostel aku kena makan guna garpu dan camca .Ini kerja yang paling lece bagi ku . Kekadang tersilap pacak camca , habis nasi terpelanting keluar . Semua kekawan ketawa , aku pun ketawa juga . Dengan sebab cerdik ku itu ,aku tak dimarah oleh prefect . Aku jadi idola mereka . Sekejap saja aku jadi terkenal . Mawi kena bertarung hampir 3 bulan baru terkenal , tapi aku belom pun sebulan di hostel dah terkenal . Semua panggil aku Pak Hitam . Cikgu pun panggil aku Pak Hitam. Sampailah aku keluar sekolah selepas mengambil peperiksaan senior cambridge , aku dikenali sebagai Pak Hitam. Hingga hari ni kekawan lama dulu memanggil ku begitu .


Akhir2 ini bila usia meningkat tua depa panggil aku Pak Cha pula . Aku tak kisah , kalau panggil Pak Hitam pun tak mengapa , sebab hitam itu manis . Macam kopi-kaw .


Dekat sekolah ku ada hutan,disitulah tempat aku bermain . Aku berkawan baik dengan Mat Tongkoi. Dia pun jenis budak 'kunta-kinte' macam aku juga . Kami tangkap burung , biawak pasir dan kami bela di belakang asrama . Macam satu zoo pula . Guru asrama pun suka datang melihat binatang2 itu . Mat Tongkoi jadi kawan ku sampai la ni . Dan dia baru meninggal dunia . Ceritanya cukup sedih . Dia jatuh pokok . Pokoknya besar 5 pemelok . Semasa dia sedang mengambil manisan lebah. Dia mati di situ juga ....Al-Fatihah.


Aku minat nak jadi askar , sebab boleh tinggal dalam hutan. Aku pohon bila aku lulus senior cambridge . Aku berjaya di panggil temuduga sebagai pegawai kadet . Aku terima waren tiket keretapi tanah melayu kelas dua. Emak aku tak restu kerana masa tu banyak komunis . Dia takut aku kena tembak komunis . Aku ikut kata ibu . Aku jumpa Syed Abu Bakar,gurubesar Sekolah Inggeris Sik untuk memohon jawatan guru sementara. Permohonan ku di terima . Dan dari sinilah aku mula berminat jadi cikgu . Lebih2 lagi Syed Bakar yang banyak mencurah ilmu perguruan pada ku . Syed Bakar juga adalah kawan cikgu2 aku semasa di Sungai Petani dulu .Depa geng guru2 dari Kirkby. Dan aku sekarang dah masuk geng depa . Kerap menulis di Kirkbyites.net. Dapat banyak kawan baru yang terdiri dari guru2 pencen.

6 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
olive oyl said...

salam ayahanda cha..

bestnya masuk blog ayanhanda ..ada gambar lepat ada gambar mee..olivepun suka mkn lepat tp lepat liat..sedap sungguh klu minum dgn kopi..
seronok baca kisah ayahnada..
tp ayahandajgn minum kopi yer...ikut nasihat doctor ye ayahanda cha......

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda olive oyl,

terima kasih kerana sudi ke blog ayahanda.

Buboh pisang banyak , tepong sikit.Baru tak liat.Kalau liat orang bergigi palsu tak boleh makan,nanti tercabut keluaq semua giginya.....hehehe

olive oyl said...

salam ayahanda cha,

hahahaha..ayahanda buat lawak pula...tq ayahanda sudi kongi resepi..dalam lepat pisang ni kena letak sagu tak ayahanda???

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda olive oyl,

Selalu tengok mak wan buat tak bubuh sagu.
Boleh try bubuh , mungkin ada uuummmphhnya.

wassalam.

olive oyl said...

salam ayahanda

tadi olive dah cuba buat lepat pisang...habis terburai isi dgn kulit..tak reti nak balut ayahanda..kena kursus dgn mak wan...

ayahanda ,mak wan pernah tak buat kuih lepat liat ..gambar ada kat website yg olive sertakan ni..ayahanda klik ok...

http://www.myresipi.com/top/detail/8647