Monday, November 23, 2009

YAB Dato' Seri Nizar,MB Pilihan Rakyat



Ini gambar hiasan semata.
Hadiah hantar belanja.















TAZKIRAH 'LABAIKALAK HUM MALABAIK'

Malam selasa d Bandar Baru Bangi aku mendapat peluang bersembahyang jemaah di Masjid An-Nurr.Alhamdullillah .......juga aku mendapat peluang mendengar tazkirah dari YAB,Menteri Besar pilihan rakyat Perak.Aku dah tau kelebihan YAB , memahami banyak perkara bukan saja professionnya sebagai bekas jurutera.Agama juga sudah semestinya.Mahir pula berbahasa Cina.
Sesuai dengan musim haji dan pada detik ini berjuta jemaah sedang memulakan perjalanan mereka menuju ke Arafah , YAB memberi tazkirah yang cukup menarik mengenai tajuk haji.Huraian beliau tentang talbiah mempesonakan aku bukan saja dari segi maknanya,bahkan hakikat yang termenteri dalam ungkapan2 yang dilaungkan para jemaah.Yang termaktub dalam talbiah ialah menyerah diri kepada kerajaan Allah.Kita yakin sepenuhnya dengan kerajaan Allah.Di Makkah jemaah berlumba2 ulang-alik ke Masjidil haram saban waktu.Begitu juga semasa di Madinah.Sampai saja di Jeddah semangat dah berkobar2 .Tarikan haji cukup ketara.
Tapi sayang sekali bila pulang ke tanahair,semangat luntur,lemah longlai dan tak bermaya lagi.Jubah mungkin boleh dipakai beberapa minggu saja.Perangai juga turut merosot dalam tak lama masa.Dan bila berpolitik dah tak ingin lagi memilih yang berjuang untuk Islam.Politik lain,agama lain.........astagfirullah.Di akhirat Allah akan bertanya kita semua ' siapakah kerajaannya hari ini ?' Jadi sayogialah sangat kita menegakkan kerajaan akhirat di bumi yang sementara ini.Supaya kelangsungan hidup tidak mensyirikan Allah.....labaikallah hum malabaik,labaikallah syarikalakalabaik......................

5 comments:

My Life said...

salam... makin hampir dengan hari wukuf.. makin sayu hati ini.....

tak sabar2 nak jumpa ayahndan dan bonda.. semoga dipermudahkan semuanya... insyaallah

Leenoh said...

Salam Pak Cha & Mak Wan.

Bila Islam menguasai minda dan hati barulah tasauwur mengenai kehidupan ini menjadi betul dan tepat.

Selamat Aidil Adha.

Wassalam.

Umi Azuddin said...

Salam ziarah ayahanda,

Wah, ayahanda berkesempatan mendengar tazkirah daripada seorang pemimpin yang dikagumi di negeri saya :)
Alhamdulillah, semoga kita terus beristiqamah dalam mengerjakan setiap ibadat.

Selamat hari raya Eidul Adha.

VpeaceV

My Life said...

alhamdulillah..alhamdulillah

Unknown said...


Awalnya aku hanya mencoba main togel akibat adanya hutang yang sangat banyak dan akhirnya aku buka internet mencari aki yang bisa membantu orang akhirnya di situ lah ak bisa meliat nmor nya AKI NAWE terus aku berpikir aku harus hubungi AKI NAWE meskipun itu dilarang agama ,apa boleh buat nasip sudah jadi bubur,dan akhirnya aku menemukan seorang aki.ternyata alhamdulillah AKI NAWE bisa membantu saya juga dan aku dapat mengubah hidup yang jauh lebih baik berkat bantuan AKI NAWE dgn waktu yang singkat aku sudah membuktikan namanya keajaiban satu hari bisa merubah hidup ,kita yang penting kita tdk boleh putus hasa dan harus berusaha insya allah kita pasti meliat hasil nya sendiri. siapa tau anda berminat silakan hubungi AKI NAWE Di Nmr 085--->"218--->"379--->''259'