Sunday, November 15, 2009

UBI KAYU








UBI KAYU


Ubi kayu senang tumbuh,senang hidup,senang berisi,senang makan.Mudah memasak berbagai jenis masakan.Boleh dicampur dengan berbagai bahan masakan.Dia bukan kayu sebarang kayu.Bukan ubi sebarang ubi.Dialah ubi kayu.


Ubi kayu ni cukup sinonim dengan orang keturunan jawa.Pelbagai masakan yang depa boleh hidangkan.Daripada pucuk mudanya boleh buat gado-gado , buat teman dengan nasi.Cukup menggodakan selera bila dimakan dengan nasi panas , di waktu hujan turun.Suasana makan kena ada.Kena ada envoirenmentnya.Kawan2ku pun begitu juga.Bila depa mai ke rumah , waktu makan depa mau makan di luar rumah .Atas pelantar.Pelantar ni saja ku buat untuk sembang2 dengan kawan sekampong waktu petang.Tapi tempat ni lah depa suka nak makan.Walaupun secawan teh O.Jadi aku pun kadang2,bubuh nasi “ taroh atas “ ( ni istilah orang kedah ) pi makan di luar.Bila makan boleh buat berbagai posisi.Tupai dan burung geli hati tengok manusia dok makan di luar.Aksinya menjolok mata .Depa berbisik2 dalam bahasa masing2.Dan kekadang aku pun boleh paham.Sikit2 boleh lah paham.


Sambong balik pasai ubi kayu.Tadi sepupu ku beri 4 ketoi ubi kayu.Baru saja di cabut.Masih fresh dan tak lagi masok angin.Aku terus koyak kulitnya,basuh dan rebus sampai empok.Sekali sekala tolong bini kan bagus ! Mak Wan pula koyak nyiok.Katanya nak kukur (parut) buat mencicah ubi rebus.Bila ubi dah masak,aku syorkan supaya di makan saja dengan serunding ayam berkuah .Serunding ayam berkuah likat.Seperiok kecil diberi oleh kawanku.Belum pernah aku mencuba makan sebegini.Rupa2nya cukup mengancam.Sedapnya………eeemmmpphhh ,sehingga menjilat jari.Nyiok parut aku suruh Mak Wan simpan. Besok buat bengkang ubi kayu,kerana masih ada lagi 2 ketoi.Ataupun buat lepat ubi kayu.Tapi kelmarin baru saja makan lepat pisang.Jadi baik juga buat bengkang . Tentu sedap punya.Lepas balik dari Tanah Suci ni kira makan saja.Yang rebus tu belum lagi habis ,aku bubuhkan ragi .Aku peram untuk dijadikan tapai.Cukup 24 jam masaklah tapai tu.Sila jemputkan makan.

5 comments:

olive oyl said...

salam ayahnda..

wah ubi kayu pula..kalau buat bengkang sedap ni..sagat ,perah pastu bakar..

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda olive oyl,

Kalau dibakar dengan kulitnya,ia akan mengeluarkan satu aroma yang enak.Makan masih panas2 dengan kopi O cukup lazat.

olive oyl said...

salam ayahanda..

jgn lupa ayahanda..doctor dah pesan....ayahanda tak boleh minum kopi..


pucuk dia sedap...anakanda rebus cicah dgn sambal..arini anakanda masak gulai kerisik rebung bersama tulang..jemput mkn ayahanda..

NGINAP SRENGENGE said...

SALAM O2 ( olive oyl),

ppphhhuuuh,sedapnya rebong.Memang sedap.Ayah boleh buat ulam mentah.

Buat pajeri rebung pun sedap.

Tak jemput pun rasa nak pi.TQ.

olive oyl said...

ws salam ayahanda,

jemputlah ayahanda ke umah olive..bukan ja olive masakkan gulai utk ayahanda....olive bagi rebung madu sekali dgn pokoknya,,,khas utk ayahanda dan makwan..