Sunday, November 15, 2009

HISTORY REPEATS ITSELF





INI GAMBAR LEMBU DIKORBAN

(GAMBAR HIASAN )










Sejarah kerap menduakalikan.Guru sejarahku kerap mengingati pelajarnya supaya belajar dari peristiwa sejarah.History repeats itself.Kalau di teliti memang benar kata2 itu.Dengan sejarah Nabi saw,kita rasa cukup sayang dengan Islam.Berbagai2 kita dapat rasai dengan peristiwa2 yang Baginda saw pernah alami .


Tadi selepas membelek2 almari tua ku,aku jumpa buku pasai sejarah Negeri Pattani.Sebenarnya Pattani ialah negeri kerajaan Melayu.Bahasa Melayu juga ialah lingua-franca di timur.Kita hilang satu lepas satu.Betawi masyhur,Melaka masyhur,Langkasuka masyhur,Temasik turut masyhur.Eropah gerun dengan kerajaan Melayu. Itulah sejarah lama.Dan sejarah kini pun ikut plan dulu.History repeats itself.


Sejarah Pattani tidak pernah berada dalam keadaan aman.Kestabilannya diganggu-gugat oleh kerjaan Siam dan juga kerajaan asing.Depa masing2 mempunyai kepentingan tersendiri.Kemerdekaan Pattani tidak pernah mendapat pembelaan antarabangsa.Dari dulu hingga kini nasibnya tetap sama : bersedirian.Kalau dibiarkan , selama2nya mereka akan terpinggir.


Kita heran melihat manusia kini.Dengan tercanggihnya teknologi,manusia celik-huruf dan celik IT.Mereka pintar dalam pelbagai bidang.Beribu pakar2nya.Tapi masyaallah tiada ada kemanusiaan dalam diri.Sudah hilang tamaddun,hilang jati-insan,roh agama diabaikan.Kasih-sayang sesama insan terhakis.Masing2 mementingkan diri.


Diantara orang2 yang paling malang di dunia ialah orang Pattani.Pada realitinya mereka telah hilang negeri.Dan perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan telah tidak mendapat simpati masyarakat antarabangsa dan tidak dibela oleh undang2 antarabangsa.Dari aspek kemanusiaan di manakah keadilannya.Kejujuran sudah tidak bersayap lagi.Yang terserlah cuma kepalsuan hidup.Penipuan dan kezaliman menimpa diri anak2 cucu mereka sejak berzaman.Agaknya, SAMPAI BILA ?

8 comments:

olive oyl said...

salam ayahanda cha

kesiannya lembu tu kena sembelih..bercucuran darah...

olive oyl said...

lagi sekali..salam ayahanda

terima kasih ayahanda kerana bercerita ttg sejarah pattani..kesiannya mereka kehilangan negeri...

olive oyl said...

salam ayahanda

ayahanda..olive tersilap ayahanda..bukan gambar lembu tp kambing....kesian kambing tu bercucuran darah ...

NGINAP SRENGENGE said...

salam anaknda O2 ( double O ),

ayahnda cuba mencari blog anaknda....tak dapat.Cuma jumpa popeye dan wife dia.

Memang itu gambar lembu bukan kambing.

wassalam.

Anonymous said...

Pattani oh pattani....

Leenoh said...

Salam Pak cha & Mak Wan.

Memang betul kerajaan Patani, kerajaan Melayu, terdapat di kalangan orang Patani hanya bercakap Melayu dan tidak pandai cakap Siam.

Saya yang duduk di Kedah pula yang boleh sikit-sikit cakap Siam, dia mai kot mana tak tau. he3.

olive oyl said...

salam ayahanda,

olive tak ada blog lagi ayahanda...
ayahanda,kenapa ayahanda lama tak update blog ayahanda??ayahanda apa khabar???

NGINAP SRENGENGE said...

anaknda O2,

Dua hari ini sebok sikit.Dok tubuh alumni sekolah.Dok pi jumpa bekas2 pelajar.Nak kumpul guru2 lama dan pelajar2 lama.

wassalam.