Sunday, November 8, 2009

WAHABI , WAHABI , WAHABI



Inilah tentera merah yang akan mengerjakan korban di musim haji ini di Mina.Bukan 4 orang ini saja,banyak lagi.

( gambar hiasan )

WAHABI,WAHABI,WAHABI


Orang Melayu ni sangat sensitif dengan perkara2 yang kecik.Orang Melayu suka juga membesar perkara2 yang kecik.Orang Melayu ni cepat melatah.Perkara2 yang remeh di besarkan.Yang besar di remehkan.Kebudayaan sebegini ialah turun temurun.Sejak aku kecil di takutkan dengan hantu.Kini dah tua merempat pun masih ada orang menakutkan anak2 dengan hantu.Padahal hantu tu ,syaitan.Kerana takut kat syaitan,semua jadi syaitan.Padahal ‘lakom aduwun mubin’.Jangan takut,kena berperang dengan syaitan.Ia musuh yang nyata.


Minggu ni setiap hari orang bercakap pasai wahabi.Tuduh menuduh ni ,macam biasalah kerja orang Melayu.Orang yang menuduh pun tah paham apa itu wahabi.Orang yang kena tuduh pun tak perasan pun yang dia tu wahabi.Macam cerita hantu tadi juga.Tak dak sapa pun yang kenai hantu.Akhirnya menjadi lah satu fitnah.Padahal Islam melarang fitnah.Fitnah lebih besar dosa dari membunuh . Begitulah selalunya ,bila habis perkakas hujjah,mereka gunakan perkakas fitnah…..nauzubillah.


Sejarah agama ni selalu membawa movement.Movement ni memantapkan kepahaman keagamaan penganut2nya.Kita tak boleh maju kalau tak bawa movement.Movement mensesuaikan masa dengan agama.Masa berubah,agama tak berubah.ABIM satu movement.Tabligh juga sama.Dulu Arqam juga membawa movement.Dah diharamkan kerana menyeleweng dalam Aurad Muhammadiahnya.Politik secular juga satu movement.Patut juga diharamkan kerana membawa banyak masalah dalam masyarakat.Islam Hadhari juga satu movement , satu movement yang mengarut.Mempolitikkan movement.Bukan meng-agamakan politik.Nasib baik dah lenyap dengan tersungkurnya Pak Lah.


Kini wahabi pula jadi hingar-bingar.Wahabi juga satu movement.Dia tak tolak pendapat imam2.Dia tak tolak mazhab2 yang 4.Dia bermazhab Hambali.Berbagai pertikaian ada terhadap mereka.Tapi tak pernah diselesaikan.Yang ada tuduhan2 dan kekadang menjadi fitnah.Dia Cuma membawa pembaharuan..Membawa movement..Yang lazimnya orang pertikai pasai qunut.Berapa banyak orang kita pi Mekah dan Madinah sembahyang subuh tak berqunut.Apakah mereka semua jadi wahabi ?Apakah qunut itu wajib ? Boleh rosakkah aqidah kalau tak baca qunut ? Berapa banyak pula yang mati di Mekah dan Madinah tak bertalqin.Apakah almarhum semua jadi wahabi ?


Hari2 mendabik dada ,.kita ahli sunnah waljamah.Kekadang satu sunnah pun tak ada pada diri.Sunnah syaitan banyak yang ikut.Apa dia ? Hisab rokok.Para2 mufti dah fatwa haram , tapi yang berserban dan berjubah masih dok syok sendiri2.Itulah orang kita yang dinamai Melayu.Layu minda,layu ilmu,sebab otak dah layu.Apa tak layunya,hari2 main api dan main asap.Isu nak berpikiaq sangat lemah…….selalu misinterprate.

Waspadalah……….Berapa jauhkah kita dengan Allah……………Berapa dekatnya kita bersama Allah……….Lihatlah dunia hari ini , bencana2 yang tak bisa langsai …… Selagi jantung berdegup dan nadi berdenyut manusia terus digoda oleh syaitan.

Supaya sama2 paham :

''''''''''''tidak melakukan qunut Subuh adalah ijtihad mazhab Hanbali dan Hanafi,
''''''''''''menggoyangkan jari ketika Tashahhud solat adalah pandangan Maliki,
''''''''''''membolehkan memgang anjing tanpa samak adalah ijtihad Maliki,
''''''''''''tidak membaca basmalah dengan kuat di awal fatihah ketika solat Maghrib, Subuh dan Isyak adalah ijtihad Hanbali dan Maliki dan banyak lagi.

1 comment:

Al-Faqir Ila 'Afwi Rabbihi Abu al-Fateh Muhammad Fadhli Ismail al-Qad-hi (Kedah) said...

Assalamu'alaikum. Lama tak masuk blog Pak Long ni. La ni dok kat Makkah ka atau kat Sik?

Sedikit pembetulan fakta, sebab ini yang saya mengaji waktu kat Madinah dulu. Aliran Wahabi ni bukan ikut Hambali 100%, depa campur2, ambil tu sikit, yang ni sikit. Cara goyang jari pun berbeza dengan Maliki sbb Maliki gerak dari kanan ke kiri, bukan dari atas ke bawah tak berenti2. Pasal qunut pulak, pada kita bukan wajibpun, sunat ab'adh saja, nak tinggal pun tak pa. Tapi Wahabi ni depa tentang qunut habis-habisan, sapa buat qunut, ertinya buat bidaah, ahli bidaah masuk neraka. Dari segi akidah, lagi banyak beza. Depa kata Tuhan duduk di langit, tiap2 mlm turun ke langit dunia. Harap2 jgnlah aliran ni merebak kat M'sia. Huru-hara nanti. Nanti kat kubur pun bergaduh.

Semoga Pak Long & Mak Long sihat.