Saturday, November 21, 2009

LISTEN TO THE SOUND OF FALLING RAIN




Kambing takut kat hujan.Sesapa yang beranak di tahun kambing dikatakan malas mandi.Itu semua andaian saja.Contoh aku sendiri tak takut hujan,walapun lahir di tahun kambing 'Aries'.


















LISTEN TO THE SOUND OF FALLING RAIN


Listen to the falling rain.Sebuah lagu tahun 50an.Memang hujan membawa banyak kisahnya.Setiap orang pasti ada detik2 tertentu apabila turunnya hujan.Muda-mudi tak lupa bila berpayung bersama dihari hujan.!001 kisahnya dan peristiwanya.Aku juga terkumpul banyak kisah2 di waktu hujan.Waktu susah dulu,bila hujan atap pun bocorkan airnya .Habeh kuyup basah.Ambil upeh untuk rocoh masok di celah atap yang bocor.Bila hujan rezeki aku bertambah.Ini juga cerita dulu.Dapat tangkap banyak ikan.Dapat tangkap banyak belalang.Kalau tahan ciding,pelandok pun dapat.Makan pun cukup sedap di musim hujan.Nasi panas dengan ikan kering pun dah cukup.Tak payah gulai2 lagi.Cabai pun dipatah2kan saja,tak perlu ditumbuk.Tiga pinggan boleh licin.Bila sejuk perut cukup lapar.Ubi kayu rebus dengan kopi O juga mengancam.Gitu juga buah berangan goreng,pegu dengan kopi O sekali lagi.


Hari ni hujan masih berceleret.Mak Wan jamu aku dengan pulut kukus.Aku Cuma pantang bila tak jumpa.Macam2 lauk Mak Wan buat untuk pilihan ku.Ada ikan talang kering di gorengnya.Juga digorengnya ikan pekasam.Ada gulai ikan tenggiri masak cara mamak pulau pinang.Ada sekaya belian.Yang ajaibnya ada juga isi durian.Aku jadi susah nak buat pilihan lauknya.Mau tak mau makan dulu dengan ikan pekasam.Cukup enak lebih2 lagi mendengar titik2 hujan yang terjun dari langit.Pinggan kedua di gomoi dengan gulai tenggiri.Campor sikit dengan talang kering,wah kombinasi yang cukup baik.Enak.Air hujan tetap menitik.Lepas tu curi2 sikit dengan isi durian.Peleknya isi durian juga membuat kombinasi yang menakjubkan sesama gulai tenggiri.Sesapa yang menitik ayiak lioq , mai lah bila hujan masih menitik ni.Titikan air hujan yang memberi banyak manfaat kepada sesapa saja yang boleh berpikiaq.

9 comments:

anak sik said...

salam cikgu..
bestnya makan pulut dgn ikan masin ujan2 nih..
arini byk vocab yg dpt di'recall'...rocoh..ciding...pegu..

bila2 balik sik nanti bila buat lawatan mengejut ke banggol derdap,harap2 dpt pekena pulut..he,he..

p.s. salam 'Assalamualaikum' pd kak wan..

olive oyl said...

salam ayahanda..

ayahanda..comel sungguh kambing yg bertanduk tu...janggutnya sungguh menawan hati anakanda o2..
rajinnya mak wan masak mcm mcm arini..

ayah ..gantikan kopi o dgn teh o yer..
ingat pesanan doctor ye..


kat sini pun ujan lebat..

NGINAP SRENGENGE said...

salam anak sik (mahani)


Berghitu bila nak mari.
Ni no.h/p 013 4748 150
Tapi raya ni nak gi kelate.

Nak gi pekena budu.
Khozir masih di espi ka ?

wassalam.

NGINAP SRENGENGE said...

salam 02,

Simpan janggut sunnah Nabi saw.Kambing pun pandai.

Bila mak wan tak masak,gilir tokwan ni la pula.Tapi senang saja,pi beli nasi bungkus.

Kopi O memang dah berenti,mak wan yang minum.

anak sik said...

salam cikgu..
khozek masih d sp..anak 3 dah..
cikgu g umah sapa d kelate?

salam pada kak wan,kak wa,miswan dan anak2 cikgu..

NGINAP SRENGENGE said...

Salam mahani,

nak gi umah miswan.
nak gi umah ikhwan.

dua beradik dok sana.
jenoh makang budu.

jong ikut cikgu gi sana.
la sekolah coti,

Tq kerana royat pasai kozek.

My Life said...

salam..

satu lagi ayanda lupa..

nak mari umah azie (-_-)

NGINAP SRENGENGE said...

salam azie,

insyaallah.umah azie.
Abah azie gi Makkah.Tak leh jumpa dia.

Doakan dia dapat Haji Mabrur.

wassalam.

Anonymous said...

salam cikgu..lagu yg saya cukup minat dengar berulang kali sampai putus tali keset masa tu dok ngajaq d danglau tahun 2007